CLICK HERE FOR FREE BLOGGER TEMPLATES, LINK BUTTONS AND MORE! »



.Tetamu Istimewa.

30 December 2008

Buat Sahabat Akrabku

SELAMAT HARI LAHIR KE 23 BUAT SAHABAT AKRAB SOALHATI,
'ALYAA ZAHIDAH MOHD ZUHARI.
SEMOGA ALLAH BERKATI UMUR KAMU.
SAYA SAYANG KAMU.

Dalam melakukan sesuatu janganlah meletakkan harapan yg sgt tinggi,
takut2 kalau gagal kita pecah hati,
jgn pula meletakkan harapan terlalu rendah sekali
kerana ia tak kurang dari menipu diri sendiri,
akan tetapi letak lah harapan yg menghampiri realiti
kerana apa2 pun terjadi kita tetap mempunyai tempat berdiri...

-pesan seorang teman-

Serangan gila rejim Zionis. Tindakan kita?

Sungguh menyayat hati tatkala membaca isu-isu yang berlaku di sana. Jumlah kematian terkini di Gaza adalah 345, manakala lebih daripada 1650 telah tercedera. Tapi apa yang mampu dilakukan? Kita di sini masih lagi hidup dengan senang lenangnya tanpa sebarang gangguan. Tapi kita mesti beringat, semua tu tak mustahil berlaku walau dimana saja. Namun pohonlah padaNYA, agar dijauhkan ujian sebegitu rupa.... Tunaikanlah solat hajat dan sedekahkanlah selautan doa buat saudara seagama kita di sana..

KEJAM... Ribuan penduduk Gaza berarak mengiringi jenazah kanak-kanak Palestin, Dena Balosha, 4, untuk dikebumikan. Dena dan empat ahli keluarganya terbunuh dalam serangan terbaru tentera Israel, semalam.-Utusan Malaysia Online

SEORANG lelaki mendukung anaknya yang cedera akibat serangan Israel di Beit
Lahiya, Genting Gaza semalam- Kosmo


28 December 2008

Kepulangan kali ini.

Assalamualaikum wbt..

Kurang sihat aku 2 3 hari ni. demam, selsema,batuk..lengkaplah 1pakej. Hajatnya balik sekejap ni nak penuhi jemputan sepupu kahwin. Tapi dah keadaan tak mengizinkan ni, terpaksalah duduk di rumah saja. Tak berdaya jadinya. Tapi malam-malam aku still gagahi diri.Tolong mak serba sedikit kat kedai makan.Tapi bertahan 2 3 jam je..lepas tu terus masuk rehat. Kenapa tiba-tiba demam ni... :/ Mak pun tegur aku.."kak in balik ni nampak termenung...je...bakpe?" biasalah aku ni, bukan nak berterus terang masalah aku. Aku bilang pada mak aku kurang sihat. pening kepala. Tapi, nak kata ada masalah, masalah apa? Hm...takpelah, ujian sakit datang sekejap.Nanti baiklah tu. Kan sakit tu penghapus dosa-dosa kecil. Ameen.. Ku mohon agar aku cepat sembuh. Awal-awal sem dah demam ni. Bimbang juga..

Esok kembali ke kampus semula. Bas jam 9pagi naik di Kuantan. Mak aiihhh..jauhnya... Siapalah yang sanggup hantar aku pagi-pagi buta ke kuantan tu.. Mak terpaksa beli tiket tu sebab dah kehabisan tiket di kemaman... Tapi semalam ada berita gembira! Mak kata petang ni semua pergi kuantan. Kita tidur sana dan pagi esok hantar kak in! alhamdulillah.. Ni kira percutian tak terancanglah ni :)

24 December 2008

Rasa ingin terus MEMBERI

Rasa ingin terus memberi. Ya, rasa ingin terus memberi. Sekalipun pemberian kita bukan sesempurna yang diharapkan. Sekalipun pemberian kita tak memberi kesan kepada banyak perkara. Sekalipun pemberian kita tak nampak oleh manusia. Sekalipun pemberian kita hanyalah disaksikan olehNYA. Tapi rasa ingin terus memberi. Memberi apa saja? Oh tidak... memberilah sesuatu yang bermanfaat unuk semua selagi tidak melanggar syariatNya. Mudah, sebagai contoh seseorang meminta pertolongan kita. Mohon dipinjamkan sebanyak RM100. Tapi kita tak mampu itu. Kita mungkin ada sedikit cuma. Maka berilah pinjam setakat yang kita mampu. Sekalipun kita tak dapat penuhi hajatnya, tapi kita sudah membantu seadanya kemampuan kita.Kita sudah mampu memberi sedikit rasa tenang dalam hatinya. Sedikit kegembiraan. Sedikit kesenangan untuknya.. Bukankah dengan menggembirakan orang lain akan membuatkan diri kita gembira? Jadi, amalkanlah :)

Inilah yang dididik oleh Abah saya.Tetap memberikan pertolongan walaupun kita tak mampu membantu sepenuhnya. Bantulah setakat yang kita mampu. Yang penting, IKHLAS. Kita maklum, Allah memandang kepada keikhlasan kita beramal. Bukanlah kepada berapa amount yang telah kita peruntukkan.

Dari Abu Umamah r.a., katanya: "Seorang lelaki telah datang mengadap Rasulullah s.a.w., lalu bertanya: "Ya Rasulullah! Bagaimana hukum seseorang yang pergi berperang untuk mencari pahala dan nama yang terpuji, apa yang akan didapatinya?"

Maka Rasulullah s.a.w. (menyatakan kepadanya dengan) bersabda: "Orang itu tidak beroleh sebarang pahala"; Si penanya mengulangi pertanyaannya tiga kaIi.

Rasulullah s.a.w. pula tetap menjawab: "Orang itu tidak beroleh sebarang pahala"; akhirnya Baginda bersabda: "Sesungguhnya Allah `Azza wa Jalla tidak menerima sebarang amal melainkan yang dikerjakan untukNya semata-mata dan dengan tujuan untuk mendapat keredhaanNya." ( Abu Daud dan An-Nasa'i)

Hadis ini menerangkan bahawa sebarang amal yang dikerjakan bukan kerana Allah, tidak ada nilainya di sisi Allah.Sesuatu amal yang dikerjakan, walau seberapa besar dan tinggi nilainya pada anggapan manusia, belum tentu ada nilainya di sisi Allah untuk mendapat balasan pahala pada hari akhirat kelak.


Jelaskan betapa pentingnya keihlasan dalam setiap amal kebajikan kita. Tapi, seandainya kita seorang yang 'berkemampuan' lebih, mengapa tidak kita juga memberi lebih?Semakin memberi, hakikatnya kita semakin MENDAPAT. Tapi kita tak nampak itu semua disaat kita menghulurkan....


Jadilah seseorang yang terus menerus memberi dengan ikhlas. Bukan sekadar berbentuk material tetapi pemberian berbentuk nasihat, perkongsian idea, dan lain-lain lagi.
Dari Abu Hurairah r.a dari Nabi s.a.w., sabdanya:

"Sesiapa yang melakukan dua atau lebih dari jenis-jenis amal kebajikan untuk mencapai keredhaan Allah, ia akan diseru oleh Malaikat dari pintu-pintu Syurga, katanya:

"Wahai hamba Allah! Pintu ini lebih baik bagimu memasukinya. Maka sesiapa yang membanyakkan jenis sembahyang: ia tetap diseru dari pintu sembahyang dan sesiapa yang membanyakkan jenis perjuangan: ia tetap diseru dari pintu perjuangan, dan sesiapa yang membanyakkan jenis puasa: ia diseru dari pintu puasa yang bernama: Rayyan, dan sesiapa yang membanyakkan jenis sedekah: ia tetap diseru dan pintu sedekah. "
(Bukhari dan Muslim)

confuse!

Confuse nak amik Intro to Econs atau Principles of Public Relations. dua2 sesuatu yang baru untuk dipelajari sebab memang bukan under Sociology and Anthropology. Intro to Econs kelas setiap isnin dan rabu jam 11.30pagi-12.50tengahari. Principles of Public Relations plak kelas pada hari yang sama tapi jam 5.30-6.50petang. nak ambil yang mana ni? advisor kata sebaiknya jangan ambil Intro to Econs. walaupun tu subjek level 1, tapi its quite hard bagi kita yang tak pernah belajarpun pasal economics. madam nasihatkan ambil subjek yang boleh relates dengan major aku. hmm... nampaknya Public Relations lah. tapinya......petangnya kelas dia?!! huhu.. subjek tu plak subjek level 3...under Communications. kena istikharah dululah nampaknya... masih ada 2 hari untuk membuat keputusan!

Hari ni plak aku tak berdaya nak jalan ke kelas. bangun pagi, tengok tapak kaki bengkak. terpijak paku semalam masa berkunjung ke rumah generasi. ya Allah..dalam sungguh. sampai habis paku dia masuk. ku menarik keluar paku tersebut perlahan-lahan. alhamdulillah bukan paku karat. paku baru beli! hua hua hua..sakitnya. berdenyut2. hajat nak pergi kelas naik motor pagi ni. Muakhah saya dah bagi saya guna motornya sampai pertengahan january nanti. terima kasih kak! tapinya.... motor tu sangat bermasalah bila nak start pagi... nampaknya kena call abang bengkel dululah...

ok, got to go. ada assignment nak siapkan untuk kelas petang ni. 1st class dah dapat assignment. bagus betul!

23 December 2008

Akademik itu Amanah

Assalamualaikum geng2 semua..apa khabar?

Sem 2 sudah bermula semalam. Amanah akademik sem ni:

1) Social change and development (selasa & khamis 2-3.20pm)
2) Political thought 1 (selasa & khamis 11.30-12.50pm)
3) Language for occupational purpose (isnin & rabu 3.30-4.50pm)
4) Introduction to economics (isnin & rabu 11.30-12.50pm )

Subjek yang berbaki: Population and society. ni kena ambil sem 3 nanti. no choice!

DOAKAN KECEMERLANGAN SOALHATI! :)

20 December 2008

Langkah diteruskan lagi!

Masa untuk terus...
Kita tak mampu nak puaskan hati semua orang.
apa yang difikirkan betul, tak semuanya betul difikiran orang.
apa yang mampu kita buat?
saya yakin, masing2 punyai cara tersendiri. jalan tersendiri.
mungkin posting saya kali ini kurang mencapai maksud.
tapi biarlah.
apa yang saya lakukan saya yakin betul tapi tak memenuhi kehendak orang.
biarkan. saya adalah saya.
untuk menjadi selain saya, mungkin sukar. saya telah merasainya dan saya tak mampu itu.
langkah akan saya teruskan.
saya mesti kuatkan semangat.
saya tak punyai masa untuk melayan hal yang remeh temeh kini.
tapi hakikatnya hal-hal sebegitu adakala menjadi warna yang lebih indah dalam hidup saya.
disebalik kesibukan amanah dikampus... JUGA AMANAH TERHADAP KELUARGA SAYA NUN DI SANA.
apapun, saya mohon padaNYA, agar saya dan semua hambaNYA dilindungi. andai saya tersilap, YA ALLAH, BETULKAN AKU.

14 December 2008

Back to campus!

esok aku akan kembali ke kehidupan asalku! ye, belajar dan belajar. tapi sebenarnya new sem start 22dec. tapi aku ada amanah lain yang mesti ditunaikan. balik awal sebab ada meeting! berat hati nak tinggalkan rumah, orang rumah dan isi rumah. huhuhu... mak aku tak berapa sihat sekarang. sakit kakinya tak baik2 lagi. malah makin teruk! tapi mak tetap juga buka kedai. berniaga macam biasa. berdiri berjam2 memasak. walaupun tengah sakit macam tu.. huhu sedey plak. hajat dihati tak nak hadir meeting tu. tapi assisstant akupun tak dapat hadir sebab ada terlibat program. takkan aku tak hadir jugak, nanti siapa nak attend meeting... kesian plak ketua aku datang seorang diri jer. huhuh.. ya Allah, aku serah padaMU. lindungi mak..kurniakan kesembuhan pada sakit yang dialaminya.. Aameen..

aku bimbang juga memikirkan pekerja mak aku yang tak mencukupi. mahu saja aku cancelkan tiket yang Tengku dah beli. tapi....wajarkah? meeting itu juga penting! huhu. alhamdulillah, berkat doa padaNYA, semalam datang seorang makcik, yang agak mesra denganku. makcik ni mohon untuk bekerja di kedai mak. cuci pinggan. alhamdulillah.... ada juga akhirnya orang datang mohon kerja di saat aku harus berangkat pulang ke kampus! dalam keadaan yang serba salah ini.. lega sikit hatiku. anak perempuannya pula akan turut sama bekerja. Alhamdulillah. hopefully segalanya menjadi nanti. kerjalah dengan amanah dan bersungguh-sungguh. Aameen..Permudahkan Ya Allah...

ohye, bercerita sedikit mengenai pengajianku, inshaAllah, berbaki lagi 1sem panjang dan 1 sem pendek! sem 1 ni inshaAllah aku ambil 4 subjek sahaja. sepatutnya 5.tapi 1 subjek lagi lecturer aku tak dapat offer melainkan sem3 yakni sem pendek nanti. kenapa? Beliau cuti bersalin. huhu sedih betul aku kerana aku membayangkan aku grad sem ni. inilah sem terakhir aku. tapi tidak, panjang poula jodohku dengan kampus ni. aku mesti mengambil 1 lagi sem pendek. 1 lagi subjek. apapun, aku redha kini. pasti ada hikmah. PASTI! ramai juga member2 seangkatan yang menerima nasib yang sama. semua geram pada awalnya. tapi apakan daya, lecturer department kita tak cukup. yang sedia adapun dah overload! huhu... jom kita score betul2 biar dapat tambah bilangan lecturer kat department kiter!!! kwang3

sem 2 : 22 Dis 2008 - 18 April 2009
sem 3 : 4 Mei 2008 - 28 Jun 2009 Grad inshaAllah... ;)


13 untuk 16

Semalam, dengan jayanya dapat surprisekan Fequl! hehe. dalam jam 9.45malam, kami lakukan kezutan tu. actually, birthday adik aku ni 16 Disember. tapi disebabkan aku akan pulang ke kampus esok pagi dan abangnya plak akan berangkat semalam, so kami awalkanlah! memang dia tak jangka! semstinya! sebab dia tak terfikir orang akan sambut birthday dia awal 3 hari!!! hehehe.. actually nak buat dasyat sikit. nak main 'jahat' sikit. tapi bila tengok Fequl tidur tersangatlah nyenyak dan tak bangun-bangun, kamipun plan biasa jer. kesian gak kat budak tu. hehe. penat sangatlah tu buat kerja kat kedai abah sampai terbongkang macam tu.

Abangnya dah nak balik. bas jam 11 malam. kamipun cepat2 gelapkan seluruh isi rumah. mulanya nak cakap kat Fequl yang rumah blackout! tapinya keadaan diluar rumah (kedai makan kami) sangatlah kuat sound Tv nya. jadi tak logik plak. lalu kami just bawa kek tu, pasang lilin sikit bagi ada cahaya...lepas tu kejutkan dia dan tayang kek depan muka dia. tengah nyenyak tidur masa tu, tiba2 semua orang kejut dia macam ada something bad happen! hehe. dia memang terkejutlah!

''SELAMAT HARI LAHIR!!!!" Mak, Badi, Kak Ira, Akuz dan aku menjerit untukmu Fequl.....heehee

kek coklat..tak banyak pilihan kedai tu, tapi ok la kan...

tak lawa tulisan 'dia' huhu jahatkan! memang tak puas hati sangat masa dia start tulis tu. dah la dia tulis mula kat bawah, lepas tu mulalah tak muat. akupun pelik! aku suruh dia lukis love sikit kat atas sebab nampak kosong & tak balance, sekali dia lukis love yang nampak macam V je tu huhu.. 1st time pergi kedai tu sebenarnya. nak beli kek kat 'resipi rahsia'...urm..fulu..fulus..bawa cukup2 rm30! hehe. lepas ni kalau pergi kedai tu lagi, aku nak tulis sendiri!!! dia bagi tak?
buat pengetahuan pembaca, gambar Fequl dan ladybird tu aku yang tambah sendiri... nak bagi nampak menarik sikit :) tu gambar masa Fequl kecik.


Ewah2..macam tukang buat kek plak hehe... masa ni ramai pelanggan kat kedai sebenarnya. apronpun tak sempat nak tanggalkan. mak lepas nyanyi sikit, terus keluar semula siapkan makanan pelanggan. huhu terima kasih mak sebab sponsor kek ni :p

Fequl baru lepas bersiram..hehe..mamai lagi tue...


''Abang nak gi dah..jaga diri molek!''

** terima kasih pada kak iparku yang memberikan kerjasama terbaik dalam menjayakan plan aku. hehe. kak Ira yang teman aku pergi beli kek tu dan dialah drivernya :p

11 December 2008

Puding triffle soalhati








ni tukang rasa aka pengkritik tetap ;)


yang ni dua lapis je. sebab kek dah habis. tapi sedap jugak tanpa kek!

Hari tu soalhati try resipi baru. as usual. soalhati memang suka try yang simple2 jer. bahan mudah didapati dan tak perlukan:-
-terlalu banyak bahan2 yang mahal (mana ada duit nak beli..still mintak duit mak abah huhu )
-resipi yang rumit proses penghasilannya
-alat2 yang terlalu canggih.

cuti ni, banyak explore blog para 'chef' di rumah masing2. memang terliurlah dan teruja tengok gambar2 yang mereka tepek. rasa nak cuba semua yang nampak best but simple! tapi ada juga tak menjadi sebab oven tak de. huhuhu.. selalu berangan nak beli oven! macam izzah, kat rumah dia ada 2 oven bapak dia beli huhu. rumah ni bukan tak ada, ada.. tapinya sangat besar dan sukar digunakan. dah lama. mak je yang reti guna. oven tupun beroperasi time nak raya je. maknanya setahun sekali cuma ia memanaskan diri....

ok, ni lah resipi yang soalhati cuba! sedap juga!!! hehe. cubalah! terima kasih ummi zaihadi atas perkongsian ilmu masakan :) ni resipi mengikut step ummi zaihadi. tapi soalhati ada jugak main belasah jer.. hehe.. macam kek tu, soalhati tak beli swiss roll cake, just guna lapisan kek kahwin abang yang ada balance lagi hari tu. hehe. jimat kos! lapisan atas sekali soalhati ikut nasihat ummi zaihadi, just guna Nona Jelly perisa strawberry. senangpun senang. cantik!

Bahan:-
Lapisan bawah:
1 buku swiss roll cake - potong 1 cm
- Aturkan swiss roll cake dalam bekas kaca.

Lapisan Tengah:
125 gm tepung kastad
250 gm gula
500 ml air
125 susu cair
1/2 sudu kecil garam
- Bancuh sebati adunan dan masak atas api perlahan. Kacau selalu dan bila agak pekat, tutup api dan tuang ke atas lapisan pertama tadi. Ratakan kastad.

Lapisan Atas:
3/4 tin buah koktel- tuang ke atas kastad, rata.
10 gm serbuk agar-agar
125 ml air
2 sudu besar gula
Pewarna hijau/merah

bawalah pulang award dari saya!

Terimalah award dari soalhati yang tak seberapa ni. harapnya insan-insan terpilih yang tersenarai di bawah bolehlah merangkul award ini, membawa pulang dan tepek di blog masing2 :) sememangnya saya adalah peminat setia blog awak!

izzah ulfah
musafirah amani
hypnotic
rafidahjannah
ahshab
cikgu lama
hakimahzuhari
mofir
idotpearl
akh zukhairi
sufy girl
suebaik
spekmataku
syahidat
wan firdaus
permata tantawi
syauqah

aaarrggghhh!!! banyaknya blog yang saya suka! buat semua yang tersenarai di link soalhati, terimalah award ini.... huhu..TQVM

aku sebagai anak? aku sebagai pejuang?

Jelous plak tengok blog sahabat2 seperjuangan yang aktif melakukan 'khidmat masyarakat'. aku bila dah balik kampung ni, memang tak dapat lari dari bekerja! ye, aku bekerja. tapi bukanlah dengan orang lain. bukanlah untuk mencari pendapatan sendiri. bukanlah untuk mendapatkan pengalaman hidup berdikari. tanpa mengharap wang saku ibu bapa. tapi memang berniat membantu ibu bapaku berniaga. mencari rezeki untuk kami sekeluarga. itu saja sumber rezeki familiku. berniaga. bila ada yang ajak join program, jadi fasi, jadi itu, jadi ini... di luar sana...aku tak dapat penuhi. berat hati untuk menolak, tapi tak dapat menyatakan yang aku menerima...

Jarang sekali aku berpeluang terlibat dengan penganjuran program di saat aku sudah berada di rumah. kalau adapun, mungkin waktu itu pekerja ibu bapaku sudah ramai. tak perlu bantuan aku lagi. kebiasaannya, kalau aku mesti terlibat program tu,aku akan straight ke tempat program setelah cuti kampus bermula. kemudiannya barulah aku pulang ke rumah. sepanjang cuti, memang hari2 aku di rumah saja... kadang2 datang rasa serba salah kerana tak 'bersama masyarakat'.tak berkongsi ilmu dan pengalaman yang cetek ni dengan insan2 yang memerlukan di luar sana.

Tapi aku perlu rasional berfikir. tanpa aku di sisi ibu bapaku, ada kekurangan di situ. aku tak sampai hati melihat ibu bapaku bersusah payah sendirian. tanpa bantuan anak-anak yang selama ini ditatang penuh kasih sayang. berkorban apa saja untuk aku. tapi aku? tiada pula di saat mereka amat memerlukan. sanggupkah aku membiarkan ibu bapaku bermandi keringat sendirian? walhal mereka masih punyai aku sebagai anak? aku teringat kisah zaman Nabi Muhammad s.a.w. ada seorang sahabat baginda yang confuse sama ada hendak ke medan jihad, mengangkat pedang, bertarung nyawa dengan sahabat2 baginda yang lain, ataupun menjaga kebjikan ibu/bapa (saya sudah terlupa) yang sedang uzur. lalu Nabi Muhammad menyuruh dia pulang ke rumah. kerana keberadaannya di sisi ibu/bapanya yang uzur itu lebih utama di saat itu!

Aku cuba cari persamaan kisah pengajaran tersebut dengan realiti hidupku kini. aku yakin tindakan ku tak terpesong dari landasan yang benar. ya Allah, tenangkanlah aku dengan keputusan yang aku ambil... cutipun semakin ke penghujung.. saat2 begini lebih lagi rasa 'diperlukan' oleh ibu bapaku.. maafkan aku 'masyarakat' di luar sana.. :(

10 December 2008

nostalgia & raya haji

hari ni penat bukan kepalang. pagi tadi, bangkit tidur, melakukan apa yang patut. alhamdulillah 'mood mengemas' datang awal hari ni Wan kata huhu. rupa-rupanya ada sebab kenapa mood nak mengemas datang awal. Mak ajak pergi hospital KT nak lawat Oki. dia kemalangan lagi. innalillah....

Oki dah sedar hari ni. semalam dia koma. alkisahnya kereta dia dihempap pokok rhu kat tepi pantai dungun. kesian oki. kawan2 dia alhamdulillah ced
era ringan je dan hanya dihantar ke hospital dungun. tapi Oki kena hantar ke hospital KT. pendarahan dalam otak. leher diapun tak dapat bergerak. actually oki masih dalam rawatan. bekas sakit accident yang hari tu tak sembuh sepenuhnya lagi. masih berjalan menggunakan 'tongkat'. tapi accident lagi... dugaanNYA kan. ada lah sesuatu yang DIA nak bagi peringatan/pengajaran pada kita... :'(


sampai kat hospital KT, memang nostalgia sungguh ku rasakan. teringat zaman SHAMS dulu. (sebenarnya sampai je area KT dah rasa macam2. 5tahun membesar di sini. macam2 perkara aku lalui dan pelajari)....melihat hospital,entah berapa kali dah aku menjejakkan kaki ke sini. pernah sama2 kena masuk ICU dengan Izzah, kena masuk air. sebab? hehe malu nak cakap. cirit birit kih3... beberapa kali ditahan icu sebab sakit perut yang tak dapat dikesan. ada 2 kali rasanya kena masuk wad. paling best tang masuk wad ni sebab warden2 dan sahabat2 seperjuangan datang melawat! fuh, terharu sungguh! sampai nangis2 aku. kononnya cakap kat nurse aku sakit. walhal hati sangat tersentuh!!


ustaz Fauzi plak datang dengan 3 orang heronya. sampai melompat2 budak2 tu tengok aku. excited lama tak jumpa kot. hehe. siap naik atas katil untuk bermanja dengan kak in seketika. huhu... rindunya pada masa lalu... singgah di pasar payang sekejap. tak sampai setengah jampun.memang kalut jugaklah membeli. tak best! huhu. sebab kena balik sesegera yang mungkin. hari raya haji ke2 ni mak dah nak berniaga semula.. sekalipun kaki mak terseliuh akibat excited mengait mempelam rumah sebelah...

itulah sebabnya sangat penat hari ni. pelanggan ramai sungguh. mula dari jam 6 petang kami tiba di rumah, sampailah 12malam, mak tak henti2 masak. akupun tak henti2 buat air. huhuhu.. maybe sebab ni hari raya haji kedua, orang ramai nak balik ke tempat masing2, ada lawan bola lagi, ada 'smack down' lagi. huhu ramai betul orang. dalam hati duk cakap ''nak berhenti kerja'' hahaha.. teruk betul! kesian jugak tengok kak ipar aku. dah macam pekerja baru plak. turut sama membanting tulang membantu ibu mertuamu... huhuhu... moga2 kak iparku dapat adapt dengan kehidupan di 'rumah kedai' ni. banyak benda dia harus pelajari :) moga dia terbuka dan tenang menerimanya. Aameen. :)

haa... bercerita tentang raya haji kali ni. berbeda dengan raya haji yang lalu. tak meriah mana memandangkan saudara mara semua tak dapat datang akibat tersekat dek banjir....kecuali mak saudara aku yang duk Cherul. Wan pun beraya sini.mujur dah ambil Wan hari tu. sebab sekarang jalan nak ke kampung Wan dah tak boleh lalu. air naik! kesian juga mengenangkan sepupu2 kecik ku yang teringin benar nak beraya dengan di sini... akhirnya kami proceed juga membuat nasi dagang, satay, tapai, buat daging Q, buat puding triffle..... banyakkan! bukan kami makan semua tau. agih2 la kat jiran2. hehe. ( kelakar time bawak mak naik motor agih daging korban. mak pegang aku kuat sangat! walhal aku bawak slow yang amat!)

oklah, nak masuk zzZZZ dah... esok nak kerja lagi... Assalamualaikum. jaga diri semua...

06 December 2008

simple tapi bermakna

aku suka sangat dengan sorang customer mak ni. ha... jangan salah faham, dia ni kenalan rapat abah dan baik juga dengan mak. boleh dikatakan almost every night pakcik ni datang. lselalu order nasi goreng pelbagai jenis.lately, aku tengok penampilan dia dah berlainan sikit. sejuk je mata memandang pakcik berkopiah, berbaju melayu dan berkain pelekat.mungkin dah menginjak usia ni, takkan nak still macam dulukan. alhamdulillah, berubah ke arah yang lebih baik! tapi, bukanlah ini perkara yang aku suka mengenai pakcik ni.

aku suka bila dia datang dan selalu bagi 'ceramah motivasi' kat aku. hehe. mulanya aku sering melarikan diri ke dalam rumah tatkala melihat kelibat pakcik ni. bukan apa, tiap kali jumpa tipa kali itulah dia tanya aku study mana, kos apa dan bila habis. soalan paling tak suka, kerja apa keluar nanti??..hmm..lepas aku jawab semua tu, dia akan acap kali juga khabarkan yang anak dia di oversea ambil medic! aku dah maklum semua itu bertahun sudah. usahlah pakcik mengulanginya lagi. bukan iri hati, tapi muak mendengarnya... huhuhuh....


tapi lately, aku jadi suka plak. nampak je pakcik tu datang, jadi nak tahu apa 'pesanan' dia kali ni. macam haritu, sampai mak pun bergenang air mata. directly pakcik nasihatkan aku dihadapan mak.

''akak jaga mak baik-baik tau. apa-apa halpun, mak jangan diketepikan. abahpun baik. kena taat pada abah jugak..biar keadaan dah jadi macam ni, kita nak buat macam mana. kena terima. mak kuat! mak kerja untuk akak. akak kena jaga mak! jaga mak tau.. jangan susahkan mak! nak kahwin ke apa, kerja dulu, jaga mak baik-baik. ingat tau.."

aku hanya mengangguk setiap kali pakcik berpesan. ayat pakcik simple je. tak berbungapun. tapi penyampaian pakcik bersungguh-sungguh. dari hati. sebab tu sangat mudah menyentuh hati mereka yang mendengar....

04 December 2008

Kereta kebal

3 hari ni tak dapat nak coretkan kisah-kisah hidup. mungkin agak lesu dek kerja siang malam. cewah, dah macam ibu yang berkerjaya. hehe.. siang dalam 9pagi aku broom..broom dengan abang & adik ke kedai abah. balik dalam 5 petang. kadang-kadang aku naik motor sorang diri, abang dan adik bergendong. eh, betulke istilah ni? ape2 jelah. malamnya after maghribaku tolong mak plak kat kedai. as usual, tukang buat air.. bila siangnya dah kerja dengan abah....tak mampu nak bertahan lama waktu malamnya. dalam 11malam aku dah stop buat air. mengantuk, tak larat...semua ada. tidurpun awal. masalah imsomniapun entah hilang ke mana. bagus jugak tak hadapi masalah tu lagi sebab tersangat penat! baringjer terus zzZZZ...

tapi hari ni aku tak mampu dah. badan rasa tak sedap semacam. 4kali aku bersiram bagi menyegarkan diri huhu. tapi still the same. janganlah demam ya Allah... aku nak rest pun tak selesa. ntah, rasa panas jer...huhu. aku tak pergi kerja kedai abah hari ni. adik kata abah tanya ''tukang cat mana?''. mujur jawapan adikku sangatlah menyelamatkan diriku agar tidak dianggap pekerja yang acuh tak acuh bekerja. hehehe. adik kata aku kepenatan sangat sebab malam bekerja dengan mak. TQ Fepul!

ohye, dalam 3 hari ni jugak aku banyak mencabar kemampuan diri. walaupun mungkin perkara biasa bagi insan lain, tapi bagi aku sungguh bermakna. perkara apakah??? hehe. actually semalam abah 2 3 kali cabar aku. disuruhnya aku drive 'kereta kebal' dia tu! "ish, tak mboh la aboh..dok berani..besor bapok gitu..huhu..."

tapi nak dijadikan kenyataan, akhirnya dengan tak semena-mena ego yang aku bawak tu bocor tayarnya. kena paku. masa tu otw nak amik motor lagi satu yang abah tinggalkan kat workshop. aku bonceng Fequl. makanya terpaksalah kami call abang untuk datang asap menghulurkan bantuan. abang datang dengan kereta kebal abah.. ish, nampak gaya aku kena drive jugak kereta kebal tu. sebab abang kena bawak motor yang pancit tu ke wokshop. tapi........ aku TAKUT.......!!! huhuhuhuhu.... belajar kereta kancil je. selama cutinipun boleh bilang dengan jari tangan kanan je berapa kali aku drive. tetiba nak kena drive kereta kebal tuh! :(

akhirnya....... alhamdulillah aku selamat tiba depan kedai abah. abah senyum penuh makna. bangga ke kelakar abah?? abah suruh parking betul2 depan kedai. tetiba PIIIIIIINNNNN! Huhu..malunya! tak tahu gelabah ke, excited ke, lega dah selamat ke, aku tertekan hon plak. ish malunya..... itulah pertama kali aku drive Triton. mungkin akan ada siri seterusnya untuk aku drive kereta kebal itu lagi....



JAWAB TAG

1stly mohon maaf sebab agak lewat menjawab tag dari Syahidat & 'Alyaa... terimalah segala jawapan yang terlintas difikiran saya tatkala ini. hehe

1. Apakah benda yang paling penting dalam hidup kamu?
benda? handset yg ada credit

2. Apakah benda terakhir yang kamu beli dengan wang sendiri?
topup celcom 10. baru beli tadi. guna duit sendiri tu hasil titik peluh kerja kat kedai makan mak:)

3. Di manakah tempat impian perkahwinan kamu?
kat kampung Wan saya. Felda seberang Tayor. sebab laman rumah luas. boleh masak memasak dalam tu, pasang khemah dalam tu. semua dalam pagar je. nak akad nikah plak, surau sebelah rumah Wan jer...rumah wan besar. jadi saudara mara & kawan-kawan nak tumpang tidur malam kenduripun senang:)

4. Berapa lama anda rasa hubungan kamu berkekalan?
hubungan dengan siapa? hehe. harap hubungan tu terus.....

5. Adakah anda di lamun cinta?
baru putus cinta. haha. takdelah, tak dilamun cintapun sekarang. sibuk menguruskan 'cinta' orang...

6. Di manakah restoran terakhir kamu makan malam? restoren mak saya. terima tak jawapan ni?? hehe. hari2 makan kat sini. tapi kalau restoren orang lain..urm...foodcourt kat 'double M' lah. makan chicken chop!

7. Namakan buku terakhir yang kamu beli?
hmm.... Bunga Kebahagiaan -Tok Guru Nik Abdul Aziz Nik Mat

8. Apakah nama penuh kamu?
Cahaya Mata Kemuliaan Agama

9. Kamu lebih senang dengan mak atau ayah?
Both!

10. Namakan seseorang yang kamu ingin jumpa untuk pertama kalinya dalam hidup anda?
Jodoh saya.

11.Sebutkan 8 nama sahabat yang paling rapat dengan kamu? Paling??? tak terjawab lah. maaf. biar soalhati saja yang tahu. :)

12. Adakah kamu mencuci pakaian anda sendiri?
ye. dengan bantuan washing machine.

13. Tempat yang paling seronok kamu mahu pegi?
Mekah

14. Pelukan atau ciuman?
Both.

15. Butirkan 5 perkara tentang orang yang tag kamu.

Syahidat :
ceria
sensitif juga sebenarnya
pendam
creative
hormat saye:)

'Alyaa :
manja walaupun kak long :p
pandai motivate diri
pinky girl!
ada style lah!
cepat nervous

16. 8 perkara yang amat saya gilai
laptop yang boleh connect internet hehehe
round-round blog orang
graphic design
decorate bilik..nak bilik besar!!!
tengok movie korea & japan
being photographer & cameragirl
kacau orang
singing

17. 8 perkataan yang sering di ucapkan
okkey!
bakpe?
0o0o...
jap eh
yela tu...
sedapnyer....
hhmm....
ya Allah... (sambil mata terbeliak / menggelengkan kepala / menepuk dahi/ merenung ke bawah/ke atas...)

18. 8 buah buku yang paling terbaru dibaca.
Al-Qur'an. boleh? sebab dah lama tak baca buku bila balik cuti ni.. huhu

19. 8 lagu yang saya boleh dengar berulang kali.
lagu cerita My Girl
Samudera Kehidupan
i'm yours
lagu p.ramlee
sandaran hati- letto
delima - hijjaz
soal hati - erra
lagu samy yusuf

19. 8 perkara yang saya pelajari tahun lalu
1) lebih cakna dan mengambil berat
2) menghargai insan sekeliling
3) ujian dunia...sementara jek
4) sabar dengan sikap insan tertentu
5) penantian memang menyiksakan
6) lebih matang hadapi dugaan
7) hati-hati dengan kenalan baru
8) pengorbanan itu sesuatu yang tak sia-sia

20. Mari meng'tag' 8 orang lain.
izzah dan 'alyaa dah kena. nak kenakan sape ek..
1- hayyi (walaupun izzah tag dia, tapi dia tak jawab lagi hehe)
2- prof mofir
3- Wani Hamid
4- Mbak Inta
5- cikgu lama aka ummi
6- Suhaila (ke suebaik dah jawab tag ni?)
7- Wan Firdaus
8- Hakimahzuhari

02 December 2008

WA...

Selamat pengantin lama (hehe) saya ucapkan kepada sahabat saya NOOR WAHIDAH BINTI WAHID BERSAMA PASANGAN PILIHANNYA, USTAZ HAFIZ. Alhamdulillah selamat diijabkabulkan tanggal 14 November 2008.

Maaf ye wa saya tak dapat pergi kenduri awak. mak tak bagi saya drive kereta. nak naik bas, saya tak punyai teman... saya juga sibuk dengan persiapan kahwin abang diwaktu itu.wah, banyaknya alasan.....tapi kukuhkan? huhu... apapun, saya bersyukur awak dah selamat jadi isteri orang.. dah sempurnakan separuh agama... sempurnakanlah separuh lagi dengan menjadi hamba,anak, isteri, ibu (akan datang inshaAllah)...yang SOLEHAH : )

01 December 2008

KENDURI DAH SELESAI. ALHAMDULILLAH TAK HUJAN :)

Abang buat sendiri. berminat? Kami sedia menerima tempahan :)

Dia datang... hehe. abang mintak family kak ipar bertolak lewat sejam. sebab kalau datang tepat jam 11, tak ramai orang lagi nak sambut :)

announcing! the arriving of the bride....!

lawa jugak warna purple + white kan....

disamping kek 5 tingkat..buat surprise untuk kak ira. hehe. cakap dekat kak ira 3 tingkat je. bukan apa, sedare mare ramai, pakat bawak baliklah sekeluarga setingkat kek.

makan beradab.. semuanya dihidangkan oleh chef terkemuka, Wan(nenek) dan Angah (mak saudara).

ni hasil kesungguhan dan kreativiti Wan. boleh dikatakan semua idea resipi makan beradab tu dari Wan aku. sayang Wan! gambar ikan 4 ekor ni je sempat aku amik. aku sangatlah busy. huhu. terkejar ke sana ke mari bersama tengku skali. kami bahagian buat air.. setong demi setong kami buat..huhu..... banyak benda aku mis!!! tapi takpelah, nak buat macam mana kan...

sebahagian family sebelah abah yang datang dari jauh.. Melaka, KL, Pahang..

sebahagian dari family kak ipar ku..

family ku. segelintir saja. mana kaum adam ni? berterabur dah semua uruskan kenduri ni. hehe. nak buat macam mana. kakitangan terhad. inipun sempat aku masuk bergambar sekejap huhu.

3 of us bersama pengantin baru!!

terima kasih cikgu lama, musafirah amani, hakimahzuhari & marsya cute sebab sudi datang! cikgu lama, soalhati dah upload gambar ni. dah tunaiklan hajat cikgu lama. tapi maaf sebab lewat :) tak sangka sangat penat setelah berkenduri ini..sampai 4 hari baru dapat posting.

Terima kasih buat Helmi, Yon_hensome, P-rol & Shawal. suka buat kezutan pada soalhati. cakap mungkin tak datang sebab masalah transportlah, bimbang banjirlah...huhu. sungguh terharu dengan susah payah anda semua hadir ke kenduri abang soalhati. kalau kenduri soalhati, jadi wajiblah datang ye? tapi bukan sebagai tetamu tau, jadi caterer, tukang basuh pinggan, pengapit..urm apa lagi ek.... hehehe

ini lagi satu surprise yang betul2 buat aku terharu! kehadiran Ayahanda Adnan Sulong!

di mana ada 'ain, disitu ada izzah dan tengku. hehehe

crowdednyer..sampai aku tak dapat nak masuk huhu. actually muat je kalau aku menyumbatkan diri. tapi takpelah, bagi can lah kat tetamu semua nak masuk... nak2 yang 4 orang paling depan tu. hahaha jangan maree....

habis kenduri dalam 6 petang. lepas maghrib pun still ada tetamu datang. pagi esoknyapun ada lagi ytang datang... malam lepas kenduri, dalam 8.30malam kami berangkat ke KDRP( KELAB DESA RANTAU PETRONAS). wah, terkenang2 memory zaman sekolah rendah dulu bila sampai sini n tengok swimming pool die..huhu... ohye, kami ade family gathering malam tu dengan family sebelah abah yang datang dari serata negeri tu hehe. abah ajak jugak geng2 dia mase sekolah dulu. SPM75. kira reunion jugaklah. tapi yang kekal berhubung sampai sekarang dalam 5 orang je. 5 orang nilah yang selalu gather every year! kira meriah jugaklah sebab semua datang dengan keluarga masing.

sessi karaoke. setiap keluarga kena hantar wakil. tapi keluarga aku semua jadi wakil kecuali aku. hahaha. memang suka sangat karaoke. adik aku yang ni mula2 gementar jugak dia kata. tapi bila dah nyanyi sekali, tak puas. nak nyanyi lagi jadinya. so sepanjang malam tu asyik suara die jelah yang berkumandang kat KDRP tu...

sessi potong kek siri ke II. Hehe.. siri I dah buat kat rumah.


.I ♥ Khat.





Grab A Button