CLICK HERE FOR FREE BLOGGER TEMPLATES, LINK BUTTONS AND MORE! »

.Tetamu Istimewa.

04 December 2008

Kereta kebal

3 hari ni tak dapat nak coretkan kisah-kisah hidup. mungkin agak lesu dek kerja siang malam. cewah, dah macam ibu yang berkerjaya. hehe.. siang dalam 9pagi aku broom..broom dengan abang & adik ke kedai abah. balik dalam 5 petang. kadang-kadang aku naik motor sorang diri, abang dan adik bergendong. eh, betulke istilah ni? ape2 jelah. malamnya after maghribaku tolong mak plak kat kedai. as usual, tukang buat air.. bila siangnya dah kerja dengan abah....tak mampu nak bertahan lama waktu malamnya. dalam 11malam aku dah stop buat air. mengantuk, tak larat...semua ada. tidurpun awal. masalah imsomniapun entah hilang ke mana. bagus jugak tak hadapi masalah tu lagi sebab tersangat penat! baringjer terus zzZZZ...

tapi hari ni aku tak mampu dah. badan rasa tak sedap semacam. 4kali aku bersiram bagi menyegarkan diri huhu. tapi still the same. janganlah demam ya Allah... aku nak rest pun tak selesa. ntah, rasa panas jer...huhu. aku tak pergi kerja kedai abah hari ni. adik kata abah tanya ''tukang cat mana?''. mujur jawapan adikku sangatlah menyelamatkan diriku agar tidak dianggap pekerja yang acuh tak acuh bekerja. hehehe. adik kata aku kepenatan sangat sebab malam bekerja dengan mak. TQ Fepul!

ohye, dalam 3 hari ni jugak aku banyak mencabar kemampuan diri. walaupun mungkin perkara biasa bagi insan lain, tapi bagi aku sungguh bermakna. perkara apakah??? hehe. actually semalam abah 2 3 kali cabar aku. disuruhnya aku drive 'kereta kebal' dia tu! "ish, tak mboh la aboh..dok berani..besor bapok gitu..huhu..."

tapi nak dijadikan kenyataan, akhirnya dengan tak semena-mena ego yang aku bawak tu bocor tayarnya. kena paku. masa tu otw nak amik motor lagi satu yang abah tinggalkan kat workshop. aku bonceng Fequl. makanya terpaksalah kami call abang untuk datang asap menghulurkan bantuan. abang datang dengan kereta kebal abah.. ish, nampak gaya aku kena drive jugak kereta kebal tu. sebab abang kena bawak motor yang pancit tu ke wokshop. tapi........ aku TAKUT.......!!! huhuhuhuhu.... belajar kereta kancil je. selama cutinipun boleh bilang dengan jari tangan kanan je berapa kali aku drive. tetiba nak kena drive kereta kebal tuh! :(

akhirnya....... alhamdulillah aku selamat tiba depan kedai abah. abah senyum penuh makna. bangga ke kelakar abah?? abah suruh parking betul2 depan kedai. tetiba PIIIIIIINNNNN! Huhu..malunya! tak tahu gelabah ke, excited ke, lega dah selamat ke, aku tertekan hon plak. ish malunya..... itulah pertama kali aku drive Triton. mungkin akan ada siri seterusnya untuk aku drive kereta kebal itu lagi....



2 comments:

hkmhzhr~ said...

sian ke k.in. hehe. seb baeq ade peneman setia. fequl. (;

Cahaya Mata Kemuliaan Agama said...

kak in drive sorang jer.. fequl bawak motor lagi satu.. huhu..apepun, best pengalaman cengini..hihihi

.I ♥ Khat.




Grab A Button