Jelous plak tengok blog sahabat2 seperjuangan yang aktif melakukan 'khidmat masyarakat'. aku bila dah balik kampung ni, memang tak dapat lari dari bekerja! ye, aku bekerja. tapi bukanlah dengan orang lain. bukanlah untuk mencari pendapatan sendiri. bukanlah untuk mendapatkan pengalaman hidup berdikari. tanpa mengharap wang saku ibu bapa. tapi memang berniat membantu ibu bapaku berniaga. mencari rezeki untuk kami sekeluarga. itu saja sumber rezeki familiku. berniaga. bila ada yang ajak join program, jadi fasi, jadi itu, jadi ini... di luar sana...aku tak dapat penuhi. berat hati untuk menolak, tapi tak dapat menyatakan yang aku menerima...
Jarang sekali aku berpeluang terlibat dengan penganjuran program di saat aku sudah berada di rumah. kalau adapun, mungkin waktu itu pekerja ibu bapaku sudah ramai. tak perlu bantuan aku lagi. kebiasaannya, kalau aku mesti terlibat program tu,aku akan straight ke tempat program setelah cuti kampus bermula. kemudiannya barulah aku pulang ke rumah. sepanjang cuti, memang hari2 aku di rumah saja... kadang2 datang rasa serba salah kerana tak 'bersama masyarakat'.tak berkongsi ilmu dan pengalaman yang cetek ni dengan insan2 yang memerlukan di luar sana.
Tapi aku perlu rasional berfikir. tanpa aku di sisi ibu bapaku, ada kekurangan di situ. aku tak sampai hati melihat ibu bapaku bersusah payah sendirian. tanpa bantuan anak-anak yang selama ini ditatang penuh kasih sayang. berkorban apa saja untuk aku. tapi aku? tiada pula di saat mereka amat memerlukan. sanggupkah aku membiarkan ibu bapaku bermandi keringat sendirian? walhal mereka masih punyai aku sebagai anak? aku teringat kisah zaman Nabi Muhammad s.a.w. ada seorang sahabat baginda yang confuse sama ada hendak ke medan jihad, mengangkat pedang, bertarung nyawa dengan sahabat2 baginda yang lain, ataupun menjaga kebjikan ibu/bapa (saya sudah terlupa) yang sedang uzur. lalu Nabi Muhammad menyuruh dia pulang ke rumah. kerana keberadaannya di sisi ibu/bapanya yang uzur itu lebih utama di saat itu!
Aku cuba cari persamaan kisah pengajaran tersebut dengan realiti hidupku kini. aku yakin tindakan ku tak terpesong dari landasan yang benar. ya Allah, tenangkanlah aku dengan keputusan yang aku ambil... cutipun semakin ke penghujung.. saat2 begini lebih lagi rasa 'diperlukan' oleh ibu bapaku.. maafkan aku 'masyarakat' di luar sana.. :(

No comments:
Post a Comment