CLICK HERE FOR FREE BLOGGER TEMPLATES, LINK BUTTONS AND MORE! »

.Tetamu Istimewa.

10 December 2008

nostalgia & raya haji

hari ni penat bukan kepalang. pagi tadi, bangkit tidur, melakukan apa yang patut. alhamdulillah 'mood mengemas' datang awal hari ni Wan kata huhu. rupa-rupanya ada sebab kenapa mood nak mengemas datang awal. Mak ajak pergi hospital KT nak lawat Oki. dia kemalangan lagi. innalillah....

Oki dah sedar hari ni. semalam dia koma. alkisahnya kereta dia dihempap pokok rhu kat tepi pantai dungun. kesian oki. kawan2 dia alhamdulillah ced
era ringan je dan hanya dihantar ke hospital dungun. tapi Oki kena hantar ke hospital KT. pendarahan dalam otak. leher diapun tak dapat bergerak. actually oki masih dalam rawatan. bekas sakit accident yang hari tu tak sembuh sepenuhnya lagi. masih berjalan menggunakan 'tongkat'. tapi accident lagi... dugaanNYA kan. ada lah sesuatu yang DIA nak bagi peringatan/pengajaran pada kita... :'(


sampai kat hospital KT, memang nostalgia sungguh ku rasakan. teringat zaman SHAMS dulu. (sebenarnya sampai je area KT dah rasa macam2. 5tahun membesar di sini. macam2 perkara aku lalui dan pelajari)....melihat hospital,entah berapa kali dah aku menjejakkan kaki ke sini. pernah sama2 kena masuk ICU dengan Izzah, kena masuk air. sebab? hehe malu nak cakap. cirit birit kih3... beberapa kali ditahan icu sebab sakit perut yang tak dapat dikesan. ada 2 kali rasanya kena masuk wad. paling best tang masuk wad ni sebab warden2 dan sahabat2 seperjuangan datang melawat! fuh, terharu sungguh! sampai nangis2 aku. kononnya cakap kat nurse aku sakit. walhal hati sangat tersentuh!!


ustaz Fauzi plak datang dengan 3 orang heronya. sampai melompat2 budak2 tu tengok aku. excited lama tak jumpa kot. hehe. siap naik atas katil untuk bermanja dengan kak in seketika. huhu... rindunya pada masa lalu... singgah di pasar payang sekejap. tak sampai setengah jampun.memang kalut jugaklah membeli. tak best! huhu. sebab kena balik sesegera yang mungkin. hari raya haji ke2 ni mak dah nak berniaga semula.. sekalipun kaki mak terseliuh akibat excited mengait mempelam rumah sebelah...

itulah sebabnya sangat penat hari ni. pelanggan ramai sungguh. mula dari jam 6 petang kami tiba di rumah, sampailah 12malam, mak tak henti2 masak. akupun tak henti2 buat air. huhuhu.. maybe sebab ni hari raya haji kedua, orang ramai nak balik ke tempat masing2, ada lawan bola lagi, ada 'smack down' lagi. huhu ramai betul orang. dalam hati duk cakap ''nak berhenti kerja'' hahaha.. teruk betul! kesian jugak tengok kak ipar aku. dah macam pekerja baru plak. turut sama membanting tulang membantu ibu mertuamu... huhuhu... moga2 kak iparku dapat adapt dengan kehidupan di 'rumah kedai' ni. banyak benda dia harus pelajari :) moga dia terbuka dan tenang menerimanya. Aameen. :)

haa... bercerita tentang raya haji kali ni. berbeda dengan raya haji yang lalu. tak meriah mana memandangkan saudara mara semua tak dapat datang akibat tersekat dek banjir....kecuali mak saudara aku yang duk Cherul. Wan pun beraya sini.mujur dah ambil Wan hari tu. sebab sekarang jalan nak ke kampung Wan dah tak boleh lalu. air naik! kesian juga mengenangkan sepupu2 kecik ku yang teringin benar nak beraya dengan di sini... akhirnya kami proceed juga membuat nasi dagang, satay, tapai, buat daging Q, buat puding triffle..... banyakkan! bukan kami makan semua tau. agih2 la kat jiran2. hehe. ( kelakar time bawak mak naik motor agih daging korban. mak pegang aku kuat sangat! walhal aku bawak slow yang amat!)

oklah, nak masuk zzZZZ dah... esok nak kerja lagi... Assalamualaikum. jaga diri semua...

2 comments:

'izzahUlfah said...

Hospital Tengku Intan Zaharah? Bukan Hospital Sultanah Nur Zahirah ke? ke ada hospital lain?huhu..

Moga Oki cepat sembuh..alhamdulillah umur dia panjang lagi..

Cahaya Mata Kemuliaan Agama said...

silap nama la...hehehe. sultanah murka! :p bese panggil spital trg jer..

.I ♥ Khat.




Grab A Button