Surah itu ku baca lagi petang ini. Tak tahu apa yang patut dilakukan. Air mata tak henti-henti mengalir…
Tadi…
Saat mengulangkaji nota-nota Public Relation, aku ber’sms’ seketika dengan Ila. Membincangkan perancangan untuk melawat rumah generasi. Ila memberitahuku kak Erni juga nak pergi. Aku pelik. Bukankah kak Erni nak balik secepat mungkin kerana ayahnya tenat kini? Ila akan bertanyakan semula hal tersebut kepada kak Erni. kak Erni, aku memanggilnya kak Lang jika ber’sms’. Dia memanggilku anjang. Panggilan ini ‘lekat’ saat kami sama-sama jadi pimpinan..
Semalam kak Lang mengadu ayahnya sedang tenat. Adik beradiknya yang ada menetap jauh dari negeri kelahiran, semuanya mula berangkat pulang. Nak menziarahi ayah yang dikhabarkan sudah 2 hari berada di CCU.. Ayah kak Lang seakan ‘mengamuk’ semalam. Wayar dan tiub habis dicabutnya… kak Lang kata mungkin dalaman ayah sangat sakit sekarang. Kak lang menenangkan dirinya sendiri.. memujuk diri sendiri untuk terus bersabar dan menahan perasaan untuk berada disamping ayahnya sesegera mungkin. Masih ada 2 paper untuk dihadapi pada 16 & 17 hb. Aku sekadar memberi sedikit kata-kata semangat. Moga kak lang tabah dan cekalkan hati. Kalau dah itu keputusan kak lang, tak mengapalah. Aku tahu, kak lang juga sangat tidak tenang untuk mengulangkaji pelajaran. Tambahan pula 2 paper itu sangat ‘berat’ baginya. Tapi apakan daya, keadaan sudah ditakdirkan sebegitu....
Aku menerima sms Tengku. Mengkhabarkan ayah kak Lang sudah tiada. Baru sebentar tadi. Innalillahi wa inna ilaihi rojiun… Kak Lang, kuatkan, kuatkan, dan kuatkan lagi semangatmu… Aku tak dapat ikut serta mengiringi kak Lang ke KLIA. Mereka telahpun dalam perjalanan saat kutahu berita tersebut. Maafkan Anjang Kak Lang….
Aku sempat mengenali ayah kak Lang semasa kami menumpang tidur di rumah kak Lang sekelurga. Masa tu kami ramai-ramai nak pergi kenduri kak Hasna. Arwah seorang yang ramah. Tak berhenti berkongsi cerita itu dan ini. Arwah berkongsi kisah peribadinya saat kami kecoh-kecoh bersiap nak ke kenduri kak Hasna. Ada yang khusyuk mendengar, ada juga yang sibuk bersiap. Arwah juga bertanyakan setiap orang dari kami menganai asal usul masing-masing. Ku masih ingat lagi, waktu makan malam, arwah tanya umurku berapa dihdapan sahabat-sahabatku muslimin dan muslimat. Aku bergurau, aku minta arwah meneka berapa usiaku… Arwah ketawa kecil Arwah terkejut bila mengetahui aku baru berusia 24tahun… Mungkin arwah ingat aku lebih tua dari usiaku.
Buat kita yang bergelar anak, saat ‘mereka’ masih ada, bahagiakanlah ‘mereka’ sepenuh hati. Mereka….. ibu bapa kita.. Dimana, disitulah letaknya syurga seorang anak….. Dimana, disitulah letaknya redha Pencipta….
14 April 2009~ 5.24pm.

No comments:
Post a Comment