CLICK HERE FOR FREE BLOGGER TEMPLATES, LINK BUTTONS AND MORE! »



.Tetamu Istimewa.

14 April 2009

Setiap kita pasti merasai


Dalam seminggu ini, acap kali aku membayangkan kematian. Ya Allah, teruknya aku. Sepatutnya kematian kuingat setiap masa dan ketika.

Bila aku nak tidur, aku membayangkan, saat aku ‘bangkit’ nanti, rupanya aku di alam kubur. Bagaimanakah aku ketika itu? Astarghfirullah..Justify Full
Bila aku nak pergi kelas, aku sering parking motor berdekatan dengan van jenazah. Bila lalu disebelah van, aku membayangkan bagaimana jika aku yang diusung didalamnya? Adakah aku akan menaiki van ini? Ya Allah…

Bila aku lalu di tanah perkuburan berhampiran rumahku, aku bertanya pada diri, disinikah aku akan ditempatkan? Ya Allah… Bagaimanakah arwah datuk dan moyangku di alam sana..? ya Allah…

Bila aku mati nanti, bagaimana dengan kehidupan ahli keluargaku? Ya Allah… ini juga sering aku bayangkan…. Astarghfirullah..

Mengenangkan mati, diri terasa amat takut. Takut kerana terlalu kurang persediaan untuk mengadap Allah. Terlalu jauh… terlalu hina… terlalu berdosa… terlalu banyak hutang yang belum langsai dengan Allah… ya Allah… rasa takut lebih-lebih lagi membayangkan kehidupan di alam barzakh. Alam sementara sebelum dibangkitkan dan dihimpunkan di padang Masyar kelak.. ya Allah…..

Tuhanku aku tidak layak untuk syurgaMU
Tetapi aku tidak pula sanggup menanggung siksa nerakaMU
Oleh itu kurniakanlah ampunan kepadaku
Ampunkanlah dosaku
Sesungguhnya Engkaulah Pengampun dosa-dosa hamba..

AL FATIHAH BUAT AKH AHMAD SYUKRI ABD KADIR YANG TELAH PERGI MENGADAP ILAHI SEBENTAR TADI. KENANGAN BERSAMA ARWAH, WALAU SECEBIS CUMA, TETAP MEMBERI IMPAK YANG BESAR DALAM DIRI INI…. SEMOGA ROH ARWAH DICUCURI RAHMATNYA.

Aku pernah sekelas skill khat dengan arwah. Masa tu tak sangka juga sekelas dengan 'senior' yang dikagumi dan dihormati ini. Saat dia mengatur langkah ke kelas atau pulang dari kelas, aku sering mengikutnya di belakang. Sekadar memerhati. Terasa ingin sekali memimpin tangannya. Mengiringinya perjalanannya. Bimbang kalau-kalau dia terjatuh. Nampak lemah benar. Tapi masih mampu ke kelas. Masih mampu membuahkan senyuman. Masih mamu berjenaka dan membuatkan kami ketawa.. Subhanallah., Kuatnya semangat arwah......

12.30am~13 April 2009

1 comment:

musafirahamani said...

salam..seriously i also feel da same since last week..always think about 'when it would be my turn'.dunno why it came to my mind.when someone sent sms about Allahyarham last night, then i realise why..nak dengar berita kematian rupanya...walau tak kenal sngt tapi cukup menyentuh hati pemergiaannya..ramai yg bercerita tentang allahyarham..may Allah bless and place him in da jannah..


.I ♥ Khat.





Grab A Button