CLICK HERE FOR FREE BLOGGER TEMPLATES, LINK BUTTONS AND MORE! »


Daisypath Anniversary tickers
Lilypie Angel and Memorial tickers
Lilypie Breastfeeding tickers

.Tetamu Istimewa.

30 March 2009

Puding Cocktail Soalhati- untuk Jamuan Perpisahan:(

Semalam buat puding ni lagi. Ingatkan cukup bawak 4 bekas je kat jamuan perpisahan sahabat-sahabat 1 batch. Tapi rupanya tak cukup. Ada yang tak sempat merasapun. Huhu..akhirnya saya keluarkan 1 bekas yang saya sorok dalm beg, yang hajat dihati nak bagi kat KakCik. KakCik, nanti saya buatkan untuk kamu ya. Sumimasen~ huhuh...




Cara-cara membuatnya, mudah saja:)

Bahan-bahan yang soalhati guna:
1 tin susu cair
1 peket agar-agar (25gram)
1tin cocktail
gula secukup rasa
esen vanila 1 camca teh
sirap
air

Cara-caranya:
Mula-mula rendam dulu agar-agar tu seketika. Bila dah kembang baru soalhati start masak agar-agar tu. Soalhati masak kat bilik masa tu hehe jadi guna rice cooker jelah. Jenuh gak nak tunggu menggelegak & agar-agar cair sepenuhnya... huhuh..sabar...

Bila agar-agar dah larut dalam air, masukkan gula, air buah cocktail tu, esen vanila dan biarkan larut juga.

Kemudian soalhati asingkan kepada 2 bekas agar-agar tu.

1bekas soalhati masukkan sirap sedikit, dan kacau sebati.

Yang ada dalam rice cooker tu soalhati masukkan susu cair.

Kemudian, sediakan bekas-bekas yang menarik(soalhati wat kat bilik, takde bekas yang menarik huhu)

Tuangkan agar-agar warna merah, biarkan seketika supaya lapisan atasnya menjadi 'kukuh' untuk menampung agar-agar yang dah bercampur susu cair tadi. Actualliy1st time buat macam ni. Selalu 1lapis je. Tapi sebab rasa nak 'main masak-masak', jadi buat 2 lapis plak. Itupun kalau ada perisa/pewarna lain, ade 4 5 lapis tu heheheh....

Then, isikan sedikit demi sedikit agar-agar yang bercampur susu cair ke atas agar-agar merah. Kalau takut agar-agar tu bercampur, try tuangkan guna sudu dulu... hehe... Soalhati buat mula-mula terus tuang guna jug, terus pecah kat tengah agar-agar tu hahaha.. ganas betul! Tak sabar punya pasal...

Kemudian dah siap tuang semua, isilah buah-buah tu plak.. campak2 je :P Nak isi masa gaul skali atas dapurpun boleh.. Tapi soalhati suka letak sikit je sebab nanti bila nak potong, payah hehe..jadi pecah-pecah. Maybe atas faktor pisauku tak berapa tajam gak huhu. Jadi kali ni soalhati biar sekejap lapisan kedua ni sejuk, then atur buah-buah tu.... SIAP! Sedia untuk dimakan~ eh, tunggu dia mengeras la hehehe

ok, tu saja. Senangkan? Banyak cara kot ikut versi masing-masing. Ni cara soalhati yang masak sesuka hati hehe

6 comments:

SpEkmATaKu said...

droolin sy tgk..nok atekk..
mintak resepi bleh hihi...

.: yUhAiSya :. said...

slm ziarah n prkenalan. minta izin copy resepi ni ye, nk cuba :)

SoalHati said...

dah letak resipi..hehe.

yuhaisya, sila2. slmt mencuba :)

Shams Ali said...

salam.soal hati..mcm mana buat corak love kt atas tu???

SoalHati said...

mujahidah, corak love tu soalhati guna tuuuttt.. hehe. 'putik kapas' org tranung kate. of course la yg bersih hehehehehe

Shams Ali said...

putik kapas tu buat cm mana? cube cerita..excited ni.. jemput ke blog ana http://nurmentari.blogspot.com


.I ♥ Khat.





Grab A Button