CLICK HERE FOR FREE BLOGGER TEMPLATES, LINK BUTTONS AND MORE! »

.Tetamu Istimewa.

28 March 2009

Presint 18

Indahnya suasana pagi di Putrajaya. Rasa nak buat lawatan plak. Jogging ke kat sini... ;p


Assalamualaikum. Pagi tadi dirasakan pagi yang amat terbilang gemilang dan...... apa eh? hehe..ha, cemerlang. Usai subuh, aku dah melusuri 'gajah menyusul' di kolejku. Hm, mata terbuka luas. Takut kalau-kalau ada anjing yang aku tak perasan.. Memang ada. Dia tidur kat court. Seekor cuma. Huhu takut! Terus berjalan dengan lajunya sambil sesekali pandang belakang. Tak boleh 'jangan pandang belakang' sekarang ni. Anjing dimana-mana...Sokmo ada kat blok G :( Masa ni dalam 6.30pagi. Abahpun dah otw nak ambil aku. Kami janji di bulatan kampus saja. Mudah.

6.40, kami bertolak ke Putrajaya. Mulanya abah beriya amat ajak naik train. Kira tinggal kereta kat KL Central. 20minit je abah kata. Lepas tu ambil teksi pergi Sek. Men. Keb. Presint 18(1). Akupun dah get ready bawa beg sekolah. Mudah sikit boleh sumbat macam-macam. Nak bawa handbag saja, aku tak gemar. huhu Sekali abah tanya nak naik train ke naik kereta pergi sana. Mana yang 'Ain selesa?( of course kereta!) Tapi aku jawab '"tak kisah mana-manapun abah..."..Amboi anak yang solehah hahaha... Semalam beriya bebenor abah nak naik train...Bimbang jem katanya. Rasanya abah tersilap kot. Harini kan hari Sabtu. Tak sesak sangat jalan raya tuh..... Jadi, terus kami berangkat ke sana dengan kereta saja:) yahoo!

Tahu kami sampai pukul berapa? Cuba teka!!! Setengahjam je dah sampai sana...huhuhuhu.. Nak buat apa pagi buta kat Putrajaya ni. Gerai nasi lemakpun takde kat tepi-tepi jalan. haha.. Kurang friendly lah tempat ni. Nak cari tempat makanpun susah. Kena pergi satu tempat tu je. Kalau dah pergi sekolah tu. Kene pusing-pusing kat lain plak kalau nak makan... Finally, kami cari sekolah dulu. Alhamdulillah mudah jumpa. Tak ramai orang lagi. Yelah, baru 7.30 hahaha.... Kamipun terus cari tempat nak mengisi perut. Nampak Taman Warisan. Ai, macam muzium jer... tak nampak ada rupa-rupa kedai makan/ restoren di situ. Abah turun bertanyakan orang. Ada lah rupanya. Kena masuk dalam! Lor..manalah kami tahu. Atleast buatlah signboard sikit.. signboard sekolah kat tepi-tepi jalanpun tak de. Bukan mahal sangat. Lagi mahal lampu jalan yang unik dan kreatif tu. huhuhuh....

Lama tak breakfast macam ni dengan abah. Seronok plak rasa. Hilang sikit gemuruh nak seat for Mtest. hehehe.... Makan pun boleh tahan larr... bihun goreng putih + telur mata + sambal kerang + timun. Abah? Nasi kunyit + rendang daging + sambal sotong + bihun. Jangan ternganga mulut tu...Kami ambil sikit-sikit je belaka..hehehe. Abah hantar sampai pintu pagar sekolah. Macam nak ambil SPM je. hahaha.. Eh tapi SPM dulu mana ada parent hantar...Duk asramalah.. Abah need to go to Bukit Gantang. Aku merelakan. Spend masa dengan abah sepagi nipun rasa nikmat dah! TQVM ABAH!!!

Soal Mtest, malas nak ulas panjang huhu. Nasib kurang baik. Dalam banyak-banyak hari, hari ni aku terkena c****-b****. Ouh, malu nak menyatkannya disini =( Sejam setengah yang pertama, aku stabil dan cool lagi. Masuk paper ke 4, Ya Allah, memulas-mulas. Sakit sangat. Kenapa ni.. sebab makan kerang tu ke.... huhuh. Nak menangis rasa. Aku bertahan...Masa ni paper ANALITIKAL. keadaan aku, sangat KRITIKAL! Akhirnya, tak mampu nak critical thinking sangat. Jawab mengikut kemampuanku berfikir ketika itu. Ya Allah....dugaaannnnn........:=(

Pulang bersama Tengku, Farhan dan Mayah, aku sangat tak tenang. Tapi buat-buat tenanglah. Bukan selalu dapat pergi Putrajay. Sekali pergi, c****-b**** la pulak... Tak jadi nak bergambar sakan huwahuwahuwa... Jalanpun agak jem...cobaaann.. Ya Allah, tolonglah aku..... Kuatkan batnunku....

Petang! Abah datang lagi.... Abah tak jadi pergi Bukit Gantang. Semangatnya tetiba je hilang. Eh kenapa ni..Pasti ada sesuatu telah berlaku... Abah tolong bawa balik barang-barangku dan Tengku sekali. Abah kata ingatkan macam nak pindah rumah barangnya.. tapi sikit cuma. hehe..
Abah tolong beli minyak motor jugak! Manja betul saya ni.....huhu..

Terima kasih banyak-banyak Abahku!

No comments:

.I ♥ Khat.




Grab A Button