CLICK HERE FOR FREE BLOGGER TEMPLATES, LINK BUTTONS AND MORE! »

.Tetamu Istimewa.

31 March 2009

"Cekdu"

Assalamualaikum geng2 semua :)

Ahad lepas dapat pengalaman yang best! Ajar budak-budak 4, 5 & 6 tahun Bahasa Inggeris. Jadi cikgu tuisyen kejap. Tapi cikgu ganti jer..hehe. Menggantikan Fizah yang ke Bukit Gantang. Mulanya agak malas sebab kena bangun awal pagi hahah teruk betul! Perangai tak ubah-ubah lagi. Tapi nekad nak pergi jugak. Nak latih diri. Nanti dah nak masuk bidang kerjaya dah :) ecece.. Mengajar start 9-10pagi. Anak murid sebenarnya ada 12 orang. Tapi tunggu punya tunggu, 4 orang je akhirnya yang datang. Maybe budak-budak ni terlupa kot ada kelas ganti. Hehe maklumlah, 4 5 tahun. Aku dulu tak ada la mak abah hantar pergi tuisyen baya ni... Start pergi tuisyenpun masa darjah 6. Inipun sebab nak UPSR. Cikgu tuisyen pun cikgu kelas Matematik sendiri. Kat sekolah belajar dengan cikgu Razali. Malamnya pergi lagi rumah cikgu Razali, belajar lagi. Best! Sebab isteri cikgu suka masak desert...:) Masa tu plak sangatlah admire kat anak cikgu yang sebaya dengan aku. Jadi, 3 in 1 la..hahaha. Tak matang betul. Ribut petir pun sanggup redah sebab nak belajar dengan anak cikgu. Alhamdulillah, dengan niat yang tak berapa ikhlas nak belajar time tu, dapat 5A:) Kenangan Terindah!

Masa ni baru 2orang yang datang. Hakim & Izzati... Hakim sangat 'buah' kata orang Terengganu..huhu.. Bila dia dah hilang mood nak belajar, aku suruh nyanyi lagu yang depa biasa nyanyi...Akhirnya mereka nyanyi.....1 little 2 litte 3 litte indians......-bolehla... hehehe

Dah habis refresh sebutan ABC...Z. Aku suruh buat latihan dalam buku. Awal-awal latihan banyak kena suaikan.. Kesian plak kat adik-adik ni. Sebab buku tu saiz A4, nak suaikan tu agak panjanglah perjalanan dia..si Hakim suaikan dah jadi berliku-liku..bulat-bulat..sebab masa dia nak suaikan tu dia tak jumpa cari lagi padanan huuf tersebut... Hehe..pening nak cek kertas dia.
Alif, 4 tahun. Sangat tekun buat exercise yang diberikan. Walaupun dia tak berapa ingat lagi sebutan2 ABC ikut slang englihs tu, tapi dia focus! Aku suka... hehe.. Dia panggil aku 'cekdu..cekdu...'

Si Izzati, pelajar perempuan yang sangat bagus. Aku bagi mereka main playdoh. Masa ni bebudak tak fokus dah. Semua nak main. Okeyla kita main playdoh..Tapi 1 syarat! Kena bentuk jadi huruf...Izzati je berjaya buat. Yang laki semua buat main-main..Siap ada lawan-lawan ultraman, superman, spiderman, cicakman.. huhu.. Suka hatilah budak-budak ooii....:)

TAHNIAH ERRA :)
Selamat Bergelar Ibu :)-dari peminatmu, soalhati...hehe.. Berat baby 4.04 kg...wah! sihatnya..sama dengan berat adik aku masa lahir dulu. Aku dulu 3.37kg je. Hahaha.. Nama diberi Engku Aleesya Engku Emran yang bermaksud dilindungi. Semoga bayi dan Erra sekeuarga sentiasa dilindungiNYA dan sihat0sihat selalu. Tak sabar nak tengok. Tapi Erra kata lepas 44 hari baru leh tengok huhu...

2 comments:

Liyana Safra said...

cantik erra kan? mesti anak die comel

Cahaya Mata Kemuliaan Agama said...

yup! x sabar nk tgk ;)

.I ♥ Khat.




Grab A Button