CLICK HERE FOR FREE BLOGGER TEMPLATES, LINK BUTTONS AND MORE! »



.Tetamu Istimewa.

28 October 2008

bersama keluarga

27 Oktober 2008
Ya Allah.. hari ni sangat teruk selsema datang menyerang hidung saya. Kesian hidung dipenyek-penyek setiap masa dan ketika.. Biasa saya batuk yang teruk kalau demam. Kali ni lain pula. Cobaan… hilang konsentrasi saya nak study. Walaupun semangat menggunung tinggi untuk study, tapi akhirnya terbantut dek melayan selsema ini… ya Allah, moga-moga aku lekas sembuh dari sakit ini Malu juga kalau duk so seb sob seb dalam exam hall tu. Bimbang mengganggu ketentraman awam. Ketentraman diri sendiri juga...


Tadi saya mohon Wan call saya. Credit saya tak mencukupi untuk sembang dengan Wan. Wan cerita macam-macam. Segalanya soal apa yang berlaku di rumah sepanjang ketiadaan saya. Iri hati saya dibuatnya. Seringkali kedai ditutup ketika ketiadaan saya. Pekerja mak tak cukup. Hanya ada seorang. Bila kedai ditutup, dapatlah seluruh kaum keluarga menikmati masak dan makan bersama, jalan-jalan ke Mesra Mall bersama, menonton television bersama, dan lain-lain lagi perkara dilakukan bersama. Tapi jika saya ada, pasti kedai dibuka kerana sayalah yang menggantikan pekerja yang tiada. Tapi apakan daya, itukan sumber rezeki keluarga saya? Tidak patut untuk saya keluh kesahkan perkara ini.


Cuma sebagai manusia biasa, adakala saya juga ingin selalu menikmati saat-saat bersama keluarga sebegitu rupa.Tapi tak mengapalah, jika kedai bukapun dan saya bekerja membantu emak, saya juga ‘bersama keluarga’. Cuma berlainan versi. Saya ‘bersama keluarga’ dalam kedaan susah dan senang bersama. Alhamdulillah. Saya gembira sekalipun keletihan. Menolong mak membuat air untuk pelanggan apalah sangat nak dibandingkan kerahan tenaga yang dikeluarkan oleh mak saya. Jauh sangat bezanya. Mak berdepan dengan ‘api’. Saya hanya berdepan dengan ‘air’.


Mungkin kerana saya hanya sekali sekala pulang membantu, jadi saya tidak sekuat mak. Saya tidak biasa. Bekerja keras dengan tiba-tiba setelah beberapa bulan ‘belajar’ saja. Tenaga mak saya cukup luar biasa bagi saya. Dapat bersengkang mata dan bekerja dari jam 2 petang hingga ke subuh keesokan harinya. Kuatkan mak saya? Adakala mak saya hanya tidur sebentar selepas subuh dan bangun jam 8pagi untuk ke pasar. Membeli keperluan kedai. Jika saya berjaga sepanjang malam, agak berat untuk saya ikut mak ke pasar. Mengantuk, letih, semua ada. Tidur lebih awla dalam kamus hidup saya pada hari tersebut.Melainkan jika ada sesuatu yang saya inginkan, jadi saya akan ikut emak. Ish, ada udang disebalik mee rupanya....



Eh, mak pula call saya. Sebentar ya..saya jawab panggilan mak...tahu-tahu aje mak ni saya sedang bercerita tentangnya...


(11minit kemudian)


Terhibur saya menerima panggilan emak. Sekali lagi, cemburunya saya. Macam-macam juga mak saya cerita. Cerita perihal abang yang baru nak baik demam dan semangat menggubah hantaran perkahwinannya. Cerita perihal adik yang dah baik demam dan agak bosan setelah menempuh PMR. Cerita perihal adik lagi seorang yang demam juga minggu lepas dan telah berangkat pulang ke Ampang. Rupanya kami 4 beradik demam. Jauh pula demam tu berjangkit ye? Sampai KL! Adik saya yang rockers tu pesan, baguslah demam-demam ni, hapus dosa-dosa kecil kita. Mak saya mengiyakan saja. Dia memang suka memberi ‘ceramah’, kata mak.


Oklah, selsema saya ‘senyap’ seketika. Saya nak sambung study. Assalamualaikum.


Ingat, rebutlah masa sihat kita sebelum tiba masa sakit kita.



No comments:


.I ♥ Khat.





Grab A Button