CLICK HERE FOR FREE BLOGGER TEMPLATES, LINK BUTTONS AND MORE! »

.Tetamu Istimewa.

30 October 2008

KALAU DAH SUKA

Assalamualaikum kawan-kawan.

Alhamdulillah, tahap kesihatan saya dah semakin baik. Selepas pada serangan selsema yang agak teruk itu, keesokannya saya semakin ok. Oo..petanda nak baik rupanya bila jadi macam tu. Hehe. Alhamdulillah. Terima sahabat2 yang bertanyakan khabar dan mendoakan saya sokmo!

Semalam dah selamat 4 paper. Semalam paper EAP. Mencabar! Rasanya exam core course pun tak penat macam tu sekali otak aku ni. Huhu. Tapi Alhamdulillah, sempat siapkan semua soalan. Ada balance 15 minit untuk check apa yang patut. So, tak dapatlah saya nak keluar awal kali ni. Hehehe.. tapi kesian kat kawan saya. Dia tak sempat siapkan essay tu. Saya lihat ada juga yang menangis. Huhu.. bersabarlah dan tawakallah. Itu saja yang mampu dibuat.

Tadi lunch di cafe. Kebiasaannya saya bungkus. Menikmati makanan di bilik lagi best! Sambil tengok movie. Hehe. Tapi sebab saya terpandang wajah Erra Fazira dikaca televisyen, terus saya mengisi nasi dan lauk pauk di dalam pinggan! Mesti tengok ni! Huhu… saya memang minat sangat Erra Fazira. Especially bila dia berlakon filem Soal Hati dan menggunakan nama Nurul ‘Ain! Wah wah wah.. lagilah saya suka. Hero cerita tupun saya minat. Hahaha… minat lakonanlah. Bukan minat benda lain tau.

Tadi cerita Menantu vs Mertua. Best best best! Tapi bersiri daa.. ni lemah sikit ni. Tak tahu bila dapat tengok next episode tu. Lain la kalau duk rumah. Of course saya akan set in reminder kalau ada cerita yang saya memang nak tengok sangat. Haha.. teruk betul. Bukan pe, kat rumah saya kerja. Jadi kalau dah ralit kerja tu, selalu la mis cerita yang saya nak tengok! Hehehe..

Cerita tadi era jadi tomboy sikit. (Teringat plak zaman saya sekolah rendah dulu…) Cerita ni macam ikut cerita korea/ jepun yang pernah saya tengok.sikit-sikitlah ada persamaannya. Finally dia kahwin juga dengan seorang anak hartawan ni. Dia tinggal dengan mertua dia. Mertua dia memang anti lah sebab sebelum ni siap buat majlis kat rumah dan panggil semua anak-anak gadis yang berpelajaran tinggi, jelita, anak dato’.. tapi semua anak teruna dia reject sebab dia lihat semua perempuan-perempuan tu ‘plastik’..hehe… dia tetap berkenan kat Erra yang jadi mechanic kereta dia.

Yang bestnya cerita ni…Erra guna nama Nurul Ain jugak! Kih kih kih.. kalau tengok kat rumah ni, mesti family saya meluat dengan saya. Hehehehehehe….. “dok habis-habis perasan sorang…”

Ok, kene chow dulu. Saya ada date petang ni! Dengan sape? Dengan kekasih sayalah.. Muhammad Khuzaifah bin Kamaludin. Adik saya! Pak guard kampus ni selalu cekup kami! Huhu. Sedih betul! Gerampun ada. Selalu kami kena bersoal jawab dengan pak guard bila mereka Nampak kami berdua-duaan. Padahal di tempat awam ape…huhu…memang tension gak lah kalau kena tegur. Adik saya banyak kali cakap “ni kakak saya…” aku plak “dia adik saya la pakcik…”. Kami yang adik beradik ni selalu kena. Orang lain yang bukan mahram tu, siap naik motor berpeluk-peluk, naik kereta hantar sampai blok, pak guard tak marahpun??

muka tak puas hati nih....

2 comments:

'izzahUlfah said...

Entohnye...student lain yg duk jalan berdua, makan brdua, berkepit ke sana ke mari tak kena plaks...

hmm..suruh Akuz pakai tag la lainkali..tulis situ "saya adik kakak saya" hoho :p

Cahaya Mata Kemuliaan Agama said...

tu ah..tempat terbuka tu sibuk gi tegur..yang duk dua2 dlm keta senyap2..kat gelap2..dok plok depa gi round..e...pelik..pelik..pelik... siap ugut adik nak amik nu plat motor plok..ntah pape ntah....

.I ♥ Khat.




Grab A Button