CLICK HERE FOR FREE BLOGGER TEMPLATES, LINK BUTTONS AND MORE! »



.Tetamu Istimewa.

22 September 2008

Mangsa jatuh bangunan!

21 September 2008

Selepas berbuka puasa bersama adik,menunaikan kewajipan kepada NYA, aku lepak di center kampus. Lama pula adikku menunaikan solat. Berjemaah barangkali. Alhamdulillah. ..

Dalam kesunyian maghrib itu, aku terdengar suara pergaduhan. Aku mencari kelibat mereka. Aku kehairanan. Di mana mereka? Aku tak nampakpun . Suara itu ku dengar dari atas sana. Ya, mataku menyaksikan sendiri pergaduhan mereka di atas sana! Eh, nak jatuh dah tu!! Tapi tika itu, salah seorangnya hanya mampu memaut lengan seorang lagi. Aku tidak pasti adakah temannya menolaknya atau cuba menyelamatkannya..dalam beberapa saat, …………….. kedua-duanya terjatuh dari atap bangunan setinggi 4 tingkat itu. YaAllah!!!! Aku mahu bergegas ke tempat kejadian. Agak gelap tempat itu. Senyap! Tiada lagi kedengaran suara pergaduhan. Aku membatalkan niat ku. Ada 2 orang pelajar antarabangsa yang menyaksikan juga insiden itu rupanya. Mereka seakan-akan berkira-kira untuk melihat keadaan mangsa atau tidak kerana mereka telahpun memasuki perut kereta. Akhirnya, mereka ke tempat kejadian. Aku kaget. Apa yang berlaku pada kedua-duanya tadi? Hancurkah badan mereka? Pecahkah kepala mereka? Ya Allah… beberapa minit kemudian, lelaki-lelaki tersebut berlalu begitu saja. Aku menunggu adikku. Aku bimbang dia tercari-cari pula aku nanti. Sebaik saja adikku tiba, aku terus mengajaknya melihat mangsa yang terjatuh dari bangunan itu.. hanya tinggal satu. Mana satu lagi??

Lari doh kot kak in…

Yeke..kesiannya….mujur hidup lagi…eh, se suluh lampu..

Meh gi dekat sikit..

Ya Allah kuz…..mulut dia darah…huu…..

Ye lah kak in…penuh darah tu…macam ngerang sakit je…

Yelah, tengok perut dia…ya Allah siannya…nafas gitu sekali paa...nok wak gane kuz?

Dok tahulah saya….

Apa yang kami berdua lakukan selepas menyaksikan mangsa tersebut???

Aku buntu. Takkan aku nak membawanya ke klinik UIA sedangkan dia adalah seekor haiwan……

Oh kucing, maafkan aku…..Adikku mahu bergegas pulang ke Ampang. Aku diselubungi rasa bersalah yang amat atas tindakanku terhadap kucing itu..yaAllah....berdosanya aku....Aku teringat kisah seorang sahabat Nabi menyelamatkan seekor anjing. ganjaran yang besar Allah bagi padanya kan? Apa ganjaran yang dia dapat? Aku terlupa...

22 September 2008

Aku teringatkan kucing itu.. pagi tadi, setelah selesai exam Sociological Anthroplology, aku bergegas ke tempat kejadian semalam. Aku mahu melihat kucing tersebut. Innalillah... dia masih ada disitu. Di bawah sebatang pokok..Dia tidak berganjak agaknya dari semalam. Pasti dia kesejukan dalam kesakitan dan kelukaan itu...

2 comments:

MofiR said...

kesiannya kucing tu...
ish2...

btw, pandai btol buat surprise, ingatkan orang mana tadi gaduh, rupanya kucing... memang kesian gak la kat kucing tu...

p/s: trima kasih & Jazakillah khairan jazak coz bagi puding semalam, memang sedap... yay~

SoalHati said...

hehe..semalam ana g tgk lagi, dh x de dh kucing tu kat citu. d dp bergerak agaknya..sian dia..ntah sedara mara dia tau ke tak dia jatuh bangunan huhu

sdap aje?hehe. nanti bagi balik bekas tu! kih3.


.I ♥ Khat.





Grab A Button