CLICK HERE FOR FREE BLOGGER TEMPLATES, LINK BUTTONS AND MORE! »



.Tetamu Istimewa.

25 September 2008

EDUCATIONAL VISIT

20 Sept 2008
Sabtu yang lepas aku diizinkan Tuhan melawat Pusat Kraft Malaysia, Muzium Kesenian Islam dan Balai Seni Lukis Negara. Bertolak dalam 8.30pagi. mengantuk! Sangat tak da mood nak pergi. Sebabnya hari Jumaat aku tak cukup tidur. Tidur jam 5.30pagi-6.30pagi je, lepas tu ke kelas 8pagi straight sampailah 1.30pm. Ada exam hari tersebut. Abah jemput aku selepas solat jumaat. Ya Allah, sangat tak bermaya nak berjalan-jalan. Tapi langkah ku teruskan jua. Terus melangkah perlahan-lahan… jalan-jalanlah katakan.


Menju ke jalan TAR, dalam sejam, tiada apa yang aku berkenan. Aku hanya membeli alas meja untuk tv kat umah.
Langkah diteruskan ke KLCC. Masih tiada apa yang aku berkenan. Aku hanya membeli dorayaki 4 biji. Nampak menyelerakan sekali! tak pernah makan lagi dorayaki doraemon! Jiwa kanak-kanak riang masih sebati dalam diri. Berbuka puasa juga disana. Setelah solat maghrib, langkah yang tadinya sangat longlai menjadi sedikit bersemangat. Badan dah menerima sedikit tenaga mungkin.


Kami menuju ke Ampang Park. Tiada apa yang aku berkenan kecuali kad raya! Memang kad raya menjadi barang objektif utama aku nak beli bila keluar dengan abah ni. Abahpun pelik. Kak in sokmo macam tu. Bila keluar, payah nak membeli. Bila balik, mulalah terliur tengok yang orang punya. Huhu.
Abah hantar aku ke kampus semula dalam jam 10.30 malam. Sepanjang perjalanan pulang, banyak yang abah ceritakan padaku. Rasa seronok dapat dengar kisah-kisah pengalaman abah. Aku hanya bertanya bila perlu, mengangguk, ketawa dan kata ‘hmm...’. aku nak dengar cerita abah saja. Bukan senang nak dapat borak macam ni dengan abah. Selalunya abah agak pendiam bila kami berkumpul.Tapi bila abah dengan aku saja, abah akan jadi sangat banyak cakap. Hehehe..


Terima kasih abah. Kak in betul-betul nak berehat ni. Sampai bilik, kendiri, terus lena atas karpet hijau sampai pagi! Uish3..qadha’ tidur sungguh!


Berbalik kepada pengalaman melawat ke tempat-tempat yang aku nyatakan tadi, kesimpulannya, sangat best! Sekalipun sekali lagi nak mention, sangat tak bermaya!
Awalnya ke Pusat Kraft tu. Aku dah sedikit bosan. Memang hati sangat berminat dengan seni-seni lukisan, ukiran dan macam-macam lagi, tapi disebabkan fizikal dan emosi yang unstable, jadi tak tertarik mana. Tapi ku lihat sahabat-sahabat sangat excited. Bergambar sana sini. Boleh kata setiap sudut lah nak bergambar. Jadi takkanlah aku nak spoilkan keadaan yang ceria lagi bahagia itu… aku maniskan muka. SENYUM!!!


Bila mood aku terus berubah? Ha, bila menjenguk dalam pusat jualan kraft sempena aidilfitri.ish, tak sangka, kat tingkat atas dan persekitarannya agak membosankan bagi aku yang kehilangan mood yang baik, tapi di bawah ni, macam-macam aktiviti ada.. wah! Sangat seronok! Terus ceria seceria-cerianya. Rasa tak nak lawat tempat lain dah! Hehe. Tapi ustaz cakap 11.30 dah kena naik bas. Nak pergi muzium plak. Aiseh....x puas lagi ni ustaz.....


Muzium Kesenian Islam. Best! Bukan sekadar bahan pamerannya, tapi abang yang jadi tour guider group kami. Hehe. Muka iras-iras macam abg amin. Perwatakanpun sama. Banyak penerangan yang diberikan sesuai dengan level kami selaku mahasiswa ni. Bukan mudah nak jadi tour guider ni. Nak kena arif tentang sejarah, pandai speaking, bukan sekadar english, paling penting bahasa arab kata abg Syakirin.. hmm..ada hati nak minta kerja kat sini? Hehe.... tapi kena duk KL. Hajat hati nak menabur bakti di bumi kelahiran sendiri dulu...


Last, kami ke balai seni lukis negara setelah solat zohor di national mosque. Bangga aku bila dapat saksikan sendiri hasil seni ustaz yang mengajar khat II ada dipamerkan dalam galeri seni ni. tajuk dia: Muhammad s.a.w. Tapi tak dapat ambil gambar, maklumlah, hasil seni dalam galeri tu terpelihara hak ciptanya. jadi kena hormatlah kan.tapi memang kagumlah! cuba bayangkan betapa banyak pahala ustaz dapat bila orang ramai melawat galeri tu dan saksikan lukisan ustaz. Tulisan khat tertera nama Rasulullah s.a.w. cukup memikat hati dan mempersonkan. Kalaulah ia bisa membuat orang mengingati baginda, menyedari keindahan islam, pasti banyak pahala ustaz dapat. Tahniah ustaz! teringin ikut jejak langkah ustaz. cara ustaz berdakwah....


nak pergi educational visit kena pakai tag ke? huhu macam lawatan tadika plak :p

kami dah tiba di destinasi pertama!

seramik

lukisan kucing..mesti izzah suka! hehe

setiap 'rumah' aka galeri artis ada nama tersendiri.

di sini dia mecurahkan ilham..ecece..

rumah sape ni? toilet daa...hehe

persekitaran pusat kraft

ruang legar di pintu utama pusat kraft

akak ni ajar buat kuih saang semut. tapi sayang, tak boleh rasa..

seni khat yang ada pada desing2 sempena Lebaran

pakcik ajar buat ketupat. tapu aku tak minat. hehe

pakcik ni plak, tulis khat. sedia menerima tempahan:)

cara-cara membuat songkok.

bergambar disamping hasil seni orang...hehe

"opah pekabar?", kata fida.

Soalhati, Jua, Nazihah, Farhan.

sukanya die......
Farhan tu betul-betul cat ke, buat-buat?hehe

aissshhh...khusyu' nya dua orang ni...
ala...cat tak da dah..nak guna warna apa macam ni..huhu

tara...! teka yang mana soalhati punya? kih3

bergambar kenangan di ruang masuk MUZIUM KESENIAN ISLAM


NAK BALIK DAH...

No comments:


.I ♥ Khat.





Grab A Button