CLICK HERE FOR FREE BLOGGER TEMPLATES, LINK BUTTONS AND MORE! »

.Tetamu Istimewa.

26 December 2012

Genap 9bulan :)

Alhamdulillah, 9 bulan sudah kami bersama mengharungi suka dan duka.. Alhamdulillah, syukur dikurniakan suami sepertinya.. Allah pinjamkan dia buat saya...untuk saya berusaha meraih redha Allah, dengan lebih tenang dengan adanya dia di sisi..


Sebenarnya tak ada pun plan nak sambut kat mana-mana sempena 9 bulan ni.. tapi since beberapa minggu lepas lagi kami memang nak berjalan haha. Bukan berjalan apa, nak tidur kat mana-mana selain rumah yang kami tumpang ni kui3..yelah, nak ambil angin lain...survey punya survey, hotel swiss garden yang abang memang dah ada member card tu, dah penuh. Boleh check in bulan 1 nanti je.. abangpun dah cop 6jan untuk tidur sana...itupun kalau aku belum bersalilanlah hehe. Terpaksalah kami usha tempat2 penginapan yang lain..cari punya cari, terjumpa satu guest house ni..cantik. Semua tema ikea.hahaha.. kami pun setuju nak bermalam di sana. Alkisahnya, hari kami nak pergi tu, kami dapat info yang guest house tu masuk air hujan, jadi tak boleh check in. Pihak dia bagi kami peluang tarikh lain, dengan sedikit diskaun..Sukalah kami..haha.Terpaksalah kami unpack semula baju2 tu..tak apalah, janji diskaun :P

Akhirnya, hari Sabtu lepas check up, dapatlah kami ke Guest House Sahabat yang terletak di Bukit Bintang tu...hahaha... sangat sibuk! Tapi dekat guest house tu, duk dalam dia tak terasa macam duk di key ell yang busy..tenang aje :)

Overall, guest house ni ada baik dan kurangnya..
yang baik: 
  • tenang
  • suasana cantik
  • hijau mata memandang
  • design menarik
  • minuman di dapur boleh bancuh 24hours, ada kopi, teh, susu semua


yang kurang:
  • bilik agak kecil, tak cukup ruang nak solat berjemaah
  • ruang lain seperti ruang makan, ruang menonton, ruang dapur, kena share dengan penghuni lain. Maknanya kalau nak guna dapur tu, kena intai dulu line clear ke tak
  • parking sangat susah kalau menjelma malam sebab belakang tu ada pub..wawawa memang sangat stress waktu ni sebab kami pergi Big bad wolf dan sampai sana jam 1.30pagi....susahnya nak cari parking sampai rasa nak check out malam tu juga dan tidur aje kat Setapak Jaya haha..tapi finally ada juga, dengan pertolongan pihak Guest House.Alhamdulillah...


Kesimpulannya, lepas ni rasanya tak pergi dah kot hahaha..cukuplah sekali merasa dengan harga diskaun ;)  sebab tak privacy sangat...walaupun cantik. Nak ke dapur semua tu kena cover aurah..jadi rasa leceh plak..mind set kan santai-santai tapi tak santai mana...

Apapun, kami tetap happy meraikan malam 23 disember 2012 ni dengan cara kami tersendiri;) 
7.25 am: bertolak ke Pusrawi
9.20am: check up doktor Asmah
10 am: selesai check up
10.30am: menuju ke PTS Book Cafe dan borong buku
12pm: Lunch dan beli sikit barang baby dan buah-buahan di Giant Batu Caves
2pm: tiba di Bukit Bintang dan check in Guest House Sahabat
5pm: menuju ke Big Bad Wolf di The Mines
7.15pm: solat maghrib dan shopping buku kali kedua
10.30pm: selesai shopping
12am: makan di kedai mamak..lapar sangat sangat
1.30am: tidur di guest house

Siangnya kami check out pukul 12tengahari, pergi lunch tepi tasik yang berhampiran je dengan rumah ni..lepas tu rest aje kat rumah. Plan petang tu nak tengok pertunjukan belon panas..tapi tak jadi, ketiduran semuanya hahahaha..letih shopping buku rasanya. Malam keluar makan di gerai dekat dengan JJ Wangsa Maju..Alhamdulillah, syukur atas nikmat Allah


























No comments:

.I ♥ Khat.




Grab A Button