CLICK HERE FOR FREE BLOGGER TEMPLATES, LINK BUTTONS AND MORE! »



.Tetamu Istimewa.

07 August 2012

Taraaaa! :))

Assalamualikum..
Lamanya tak update blog..4 bulan! Ish ish ish..tak tahu nak mula dari mana..macam-macam cerita ada. Tapi semuanya kuabadikan serba sedikit dan secra surface di facebook:)) Mood untuk mengadap laptop apatah lagi menaip berkurangan sewaktu awal kehamilan..sekarang ni baru ok sikit.. Jadi kita start macam biasalah ye? Macam hari-hari update blog hehe~

Pagi tadi ada check up.. Alhamdulillah kini kandunganku masuk 17 minggu. Berat static. Tekanan darah ok, walaupun mula-mula tinggi sikit. Lepas tu nurse suruh rest setengah jam lepas tu check balik HB. hehe..aku selalu macam tu. Awal-awal sampai tu nervous kot..tak pun lelah ke hulu ke hilir..jadi naiklah sikit tekanan darah..agaknya lah:) Soal berat tu ada kerisauan sikit. Supposedly aku naik 0.5kg setiap bulan..tapi tak naik bulan ni..ku akuilah aku kurang makan. Mungkin sebab bulan puasa ni, bila berbukapun makan sikit aje takut muntah. Dah lepas terawih tupun habiskan separuh makanan berbuka aku yang tak dapat nak habiskan dalam satu masa... bangun sahur, baru makan nasi. itupun sesenduk cuma,. Kalau tambah aje, lepas tu mulalah muntah balik huhu~

Makanya time raya nanti aku kena pergi check up lagi. Huhu hopefully naik lah nanti tapi tak banyak sangat.. Almaklumlah aku sendiripun dah terlebih berat kui kui kui. Bila search internet, berat yang sepatutnya bertambah untuk golongan macam aku ni, dalam 5-9kg sahaja. Sekarang sudah 4 bulan, ada 5 bulan lagi.. InshaAllah, harap-harap berat naik slowly dan tak melebihi.. Ya Allah, bantulah aku ya Allah. Peliharalah aku, pelihara kesihatanku, pelihara anak ini..Aameen..

Oh, dah azan. Nanti aku sambung lagi. Dalam kelas ni sebenarnya. Hari ni sengaja bawa laptop hubby sebab nak pasang lagu-lagu nasyid masa budak-budak ada free time nanti. Teacher 'Ain tak larat sangat nak mengajar hari ni..Pagi tadi muntah banyak..huhuhu~

No comments:


.I ♥ Khat.





Grab A Button