CLICK HERE FOR FREE BLOGGER TEMPLATES, LINK BUTTONS AND MORE! »



.Tetamu Istimewa.

30 March 2012

Status sudah berubah, begitu juga kehidupan:)

Assalamualaikum

Waaahhhh lama bangat aku tak update kat sini kan? Owh, bunyi kat sini macam ada blog lain plak.. hehe. Memang aku ada buat blog baru tapi blog tu khas untuk cerita-cerita aku masa sebelum dan selepas bertunang dan persiapan menjelang majlis perkahwinan.. Alhamdulillah!

Sekarang aku nak mula focus kembali soalhati ni.. Bukan apa, sebelum ni kisah aku banyak sangat kedukaannya yang aku rasa sukar dan sulit untuk aku kongsikan.. Lagipun, terasa amat pedih untuk berkongsi sesuatu yang kita sendiri bagai tak percaya kita sedang diduga sebegitu. Namun Allah maha kuasa. Aku sematkan dalam fikiran aku, aku pujuk hati..Allah uji sebegini pasti ada hikmah. Duka itu tidak selamanya. Bahagia pasti menjelma. 

Alhamdulillah, hari ni Jumaat, genap seminggu aku bergelar isteri kepada Mohd Nirman Bin Mohd Halil. Macam tak percayapun ada.. Pantas masa berlalu, pantas juga kita melalui kehidupan bersama sebagai sepasang suami isteri. Bahagia. Tenang. Tak percaya. Suami ada juga kata.."kisah kita ni macam fairy tale".. itulah, memang kuakui:) InshaAllah nanti aku kongsikan bagaimana kisah jodoh kami bermula ye..:))  

Oh, dah nak masuk waktu zohor, harus siapkan pakaian abang nak solat Jumaat. Hari demi hari kena belajar dan pupuk minat suka menggosok baju hehehe~ Kesian abang kalau pakai kedut-kedut. Padahalk dah ada 'orang jaga'..:) Sempoga segala amalanku bernilai ibadah di sisi Allah. Aameen.... 

1 comment:

ariana said...

Asmkm. Tahniah buat Ain dan suami..Moga berbahagia dunia akhirat..:) Slmt menjalani alam rumahtangga..:)


.I ♥ Khat.





Grab A Button