CLICK HERE FOR FREE BLOGGER TEMPLATES, LINK BUTTONS AND MORE! »


Daisypath Anniversary tickers
Lilypie Angel and Memorial tickers
Lilypie Breastfeeding tickers

.Tetamu Istimewa.

21 January 2010

Tersenyum, buatku senang.

Assalamualaikum wbt. Apa khabar semua?


Aku alhamdulillah, Allah masih beri kesihatan yang baik. Hal 'cikton' tu, macam biasalah. Malas nak layan dia dah:) Petang tadi aku mengajar tuisyen awal sikit. Mula jam 2.30petang. Pukul 2pm aku dah gerak. Hajat nak beli ABC, tapi terlajak plak. Next time ye cikgu belikan. Budak2 ni ada latihan sukan sampai awal februari ni. Jadi petang2 dalam 4.45pm depa dah kena ke sekolah semula. Kesian la plak nak ajar depa dalam keadaan macam tu. Yelah, baru je balik sekolah, baru je makan, baru je salin baju sekolah, dah nak kena belajar balik. Kalau sebelum ni, 3pm baru start. Sempatlah budak2 ni rest2 dulu. Tak apalah yep, nak buat macam mana. Sampai awal februari je kan.. Jangan selama2nya sudah..hehe. Si Maya tadipun tak salin2 lagi baju pengawas dia. Nak tuisyen macam tu je. Ikut sukalah. Yang penting selesa:)


Tadipun, hajat nak budak2 ni hasilkan 1 karangan fakta. Dah pilih dah 2 tajuk yang menarik. Tapi mula je tuisyen, mula je nak buat 'tulang ikan', si Maya dah kata ''kenapa macam boring je hari ni... selalu best!'' Ai, tak sampai 5 minit mula tuisyen dah boring? Parah ni Maya.. Akupun ubah plan. Aku suruh depa fikir isi2 untuk masukkan dalam 'tulang ikan' tu je. Tak perlu buat ayat. Tapi still 'lambat semacam'..penat sangat kot...Yang nampak semangat nak penuhkan isi2 tulang ikan tu, si Hajar. Si Nik plak suka ajak sembang. Nik..Nik..cikgupun bagi coklat bar kat Nik. Jadi bila dia makan, dia tak sembang. hehehe. Finally akupun ajak bincang sama2. Barulah ada semangat sikit. Siap je 1 tulang ikan, terus ajar tatabahasa plak. Tatabahasa ok sikit. Budak2pun suka sebab main bulat2 je jawapan. Aku try buat tuisyen tu enjoy tapi efektif! Harap2 berkesanlah dihati mereka apa yang dipelajari hari ni. Aameen.


Balik tuisyen aku tumpangkan sekali Hajar dan Nik pergi sekolah. Kebetulan memang aku akan lalu Sekolah Rantau Petronas yang penuh nostalgia tu:) Mula2 Hajar & Nik macam malu2 kambing, takut rasa menyusahkan kot..tapi aku suruh dia call mak dia & beritahu aku nak hantar. Apa salahnya kan, tolong-menolong... Bukan susahpun sebab 1 way je. Kesian jugak mak dia nak ulang alik ulang alik. Sampai je kat dataran perhimpunan sekolah tu, Hajar dan Nik hulur tangan dan salam dengan aku. Siap cium tangan lagi. Mak aiihh..macam mak hantar anak sekolah la plak. hehehe..terharu~


Oh ya, hari ni dapat lagi hadiah sempena birthday yang ke 25. Terima kasih Hajar. Special sangat. Bagi ferrero roshel(sorry malas nak pergi tengok ejaan yg sebetulnya hehe~)+ 1 mug yang agak besar. Nak buat apa ek mug besar ni? Ha, guna bila nak makan Kellogg's! ;) Terharulah jugak bila anak2 murid bagi hadiah ni tapi at the same time terfikir juga macam menyusahkan mak bapak mereka :( Tapi tak tahulah kalau budak2 ni guna duit tabung kih3



Oklah, nak permisi dulu. Malam ni nak tidur lewat sikit. Nak house keeping. Jadi esok pagi tak perlu sibuk2 nak mengemas. Boleh enjoy buat benda lain:) Sebelum tu, nak tepek jugak gambar2 masa surprise yang mak aku buat. Kelakar sangat sebab mak memang takkan menjadi surprise dia setiap kali dia kata nak buat surprise. Ala-ala tak sabar gitu.. Samalah macam Wan. Ada sekali, bukan main lagi plan detail dengan Fequl nak buat surprise sempena birthday Wan. Pergi beli senyap2, sorok kek dalam kereta. Sekali mak pergi kat Wan dan kata ''Mak tengok dok lagi kek harijadi mak?" Aayok!! Tension sangat masa tuh! Kalau tahu nak tanya direct macam tu, tak perlulah nak sorok2 dan nak surprise! huhu..tapi tak apalah, tak jadipun tak apalah...Asalkan bahagia hehe~


Tengoklah kek ni..dah macam sambutan hari guru jer...kih3. Nak sangat anak perempuan dia jadi cikgu gamaknya..


Abang yang tolong beli. Kek Cappucino...Tapi aku makan semulut je. Aku memang kureng sikit kek2 ni. Kecuali cheese cake ori punyer! Demand la plak :P



Sambut dengan mak dan abang je.



Siap dengan pakaian seragam opis lagi :P


Dah jumpa nasi lemak..tak peduli dah benda lain! Lagu 'Allah selamatkan kamu' pun dia tak nyanyi dah...:P



OK, Bubye, Take Care ya..!:)

2 comments:

Nurul 'Izzah said...

Chukae.. ^_^

A'a, awok memang..cheese kek ye makang..haha :P

SoalHati said...

hehehe..tingat cheese kek rumet kita bowok masa matrik tu..sapo doh namanya? dia x brape suka, i yg habiskan..pergghhh sedap3


.I ♥ Khat.





Grab A Button