CLICK HERE FOR FREE BLOGGER TEMPLATES, LINK BUTTONS AND MORE! »

.Tetamu Istimewa.

24 January 2010

Pantang

Hari ni aku stop kerja awal 1jam! Tak pernah2 buat 'perangai' macam ni. Entahla.. tadi memang geram tahap gaban dekat sorang pekerja nih(lelaki, pangkat adik). Dia tulis 'HD'. Akupun tanyalah,

"ni honey dew ke?

Dia kata,

"ha, yelah, honey dew panas.."
"oo..panas..ok2".

Akupun terus buat air tu. Bila dah siap, customer dah terima air tu, tiba2 customer tu panggil pekerja yang hantar air tadi. Pekerja tupun datang kat aku dan cakap

"kak, dia nak tambah horlick sikit lagi"
"hah? nak horlick? ni kan honey dew?"(dalam hati dah start 'panas').
"eh, bakpe honey dew nya? dia nak horlicklah..!"
"dah tadi awak kata dia nak honey dew panas?"

"bila masanya.. saya kata horlick..kan saya tulis horlick tu...!"

Ya Allah..masa ni memang dah bergelora dah rasa nak marah...Dah silap dia tapi tak mengaku plak! Buat2 lupa! Ishh!!!

Makpun datang, tanya apa problem. Makpun sokong aku sebab memang masa aku tanya dia air apa, mak ada sekali masa tu. Memang dengar sebutir sebutir! Dia plak duk tak nak mengaku yang dia order honey dew. Dia duk kata 'bacalah bil tu saya tulis apa!!'' Ya Allah...geramnya aku kat dia nih..! Aku rasa nak baling je air honey dew tu kat dia. Pantang betul aku bila orang main tuduh2 & tak mengaku kesilapan sendiri! Dah salah tu terima jelah, ni tuduh2 aku plak yg salah buat air! Eeeeeeeeeeee!

Datang plak seorang lagi, pergi sokong plak belah dia..kata dia yang betul sebab memang dia tulis 'HP'=Horlick panas! Aku balas balik,

"tu bukan P, tapi D! Dah tanya dia tadi. Lagipun kalau nak panas, mana tulis panas kedai ni..tulis H je..!"

Pekerja tu plak tak henti2 ulang ayat yang dia order horlick & aku salah buat! Akupun apa lagi, blah la dari tempat kejadian! Memang geram tahap gaban! Buat horlick, terus tinggal dan kata ''lepas ni buat la sendiri!!" (walaupun aku tahu dia tak pandai buat air dan memang bukan diapun yang akan buat kalau aku tak ada..si mbak yang buat)

Isshhh..sorrylah mak atas tindakan aku malam ni. Memang aku pantang betul orang tuduh2 ni. Cukup pantang. Dah tak mengaku salah tu 1 hal(even mak aku saksinya), pastu tuduh2 aku yang salah plak.Ish! Memang tak bolehlah tengok muka dia. Daripada berdiri, aku masuk dalam rumah, duduk. Masih tak reda kemarahan aku. Aku baring sekejap! Fuh..tak tahulah esok nak mengadap muka dia macam mana....!!! :((

No comments:

.I ♥ Khat.




Grab A Button