CLICK HERE FOR FREE BLOGGER TEMPLATES, LINK BUTTONS AND MORE! »

.Tetamu Istimewa.

24 January 2010

Berkesan


Tersenyum sendirian aku dibuatnya. hehehe. Tak sangka la plak kes 'protes' semalam menampakkan hasil yang lebih baik hari ni. Memang tak ada hati nak kerja hari ni. Bangun pagi tadipun badmood semacam je. Lepas solat subuhpun, still rasa pedih kat hati ni. Kenapa la hal kali ni 'terkesan' sampai macam tu sekali. Lepas zohor, mengajar tuisyen macam biasa.. Tapi bertolak sangatlah awal. Sampai sanapun masih ada 15minit sebelum kelas bermula. Apa kes ni cikgu datang awal? Cikgu datang awal sebab nak cari mood baru aka nak lepaskan tekanan di tempat kerja(konon....hehehe)

Balik tuisyen, pergi MM, simpan duit tuisyen yang budak2 bayar & regist untuk membership Cosway;). Terus balik rumah, solat, masuklah kerja. Dalam hati memang plan tak nak tegurpun dia unless ada perkara yang memerlukan?(of course akan ada!). Tapi muka ni nak serius macam mana pun memang tak dapat bertahan lama. Tension taw kerja macam tu. Tapi disebabkan nak 'ajar' sikit pekerja macam tu, so go on jelah with the intention. Don't know whether its right or wrong intention hehe~

Tak lama kemudian, dia yang start cakap dulu. Nampak lah dia macam tak 'semesra' biasa haha. Akupun lagi la. Serius semacam. Tapi tahu2 jela kan...suara aku ni memang tak dapat nak di'garang'kan. Tetapla macam doraemon huhu~ Jadi tak nampak sangat macam tengah 'sambung protes lagi hari ni' hehe~ Kerja kerja kerja, hubungan kembali baik. Alhamdulillah, memang kali ni pekerja ambil order & tulis lebih baik daripada yang sebelum2nya. Aku rasa diapun dah mula beringat kot....Mungkin mak akupun ada pesan apa2 kat dia semalam lepas aku 'protes' tu:) Alhamdulillah....no more tension2:)

2 comments:

ibnu yusof said...

suara macam doraemon?huhuhu... anyway say no more to stress...gud luck cikgu...hehehe

♥Cahaya Mata Kemuliaan Agama♥ said...

hehehe~ org kata masa belum ade keje dulu, elok try mitak keje kat stesen tv. jd pengalih suara citer kartun :P

yes2, no stress! :) alhamdulillah, biasala kan..hidup kalau tak ada turun naik, tak sah:)

.I ♥ Khat.




Grab A Button