CLICK HERE FOR FREE BLOGGER TEMPLATES, LINK BUTTONS AND MORE! »


Daisypath Anniversary tickers
Lilypie Angel and Memorial tickers
Lilypie Breastfeeding tickers

.Tetamu Istimewa.

10 December 2009

ORANG TENGAH yang BETUL


Anda orang tengah? Apa itu orang tengah? :)
Sekiranya anda/ sahabat anda ingin menjadi orang tengah, pastikan dahulu anda/sahabat anda;

Sudah tentu, Muslim Sejati

Amanah/bertanggungjawab

Jujur & sentiasa berkata benar

Ikhlas dan tidak ada hidden agenda/ udang disebalik mee:)

Sentiasa menghormati perasaan orang lain

Benar-benar memahami kehendak seorang sahabat

Bertanggungjawab dengan apa yang diajukan oleh sahabat

Tidak pernah mengambil kesempatan atas kesempitan sahabat

Bersungguh-sungguh untuk menolong

Pilihan anda tentu yang terbaik untuk sahabat anda

Nah, adakah anda mempunyai sifat2 yang tersenarai di atas? Paling penting bagi aku kalau nak jadi orang tengah ni, IKHLAS & MENJAGA KERAHSIAAN TAHAP MAKSIMA. Tak ada nak bocor2 kat mana2..Sekalipun teman akrab seakrab-akrabnya! Mulut orang kan..Bukan mulut tempayan..Mula-mula rahsia lagi..dah rancak bersembang, tersembur semuanya..huhu~

Penting juga orang tengah ni dalam kategori mereka yang sudah berpunya, sudah settle down, tapi...adakalanya tak semua sahabat yang kita percayai tu dah berpunya. Tapi inshaAllah, sekiranya kita dapati dia ada ciri2 seperti di atas, kita yakin dengannya, inshaAllah dia patut dijadikan orang tengah. Bukan apa, kekadang yang jadi orang tengah tu lah yang tersepit. Tersepit kenapa? Sebab si lelaki/perempuan telah 'jatuh' hati kepada orang tengah tersebut.. Ha...watch out! Aku pun tak berani nak cakap lebih2 sebab bukan berpengalaman sangat. Sikit2 je. Tapi alhamdulillah dapat diatasi dengan baik. Niat kita baik, takkan kita sendiri nak musnahkan plak kan.. Kena betul2 kuat lah dan teguh pendirian untuk menolong sahabat. Moga terhindar daripada masalah hati.


Ok, setakat ni dulu. Ada lagi nak share ni:) Tapi tunggu next episode. hehe~ Aku demam hari ni. Suam-suam kuku gitu.. Badanpun sakit2 lagi kes jatuh tu. Kepala berat. Tapi masih lagi boleh bertahan baca buku 20 TIPS MEMILIH JODOH karangan Puan Amina Hj Noor♥

4 comments:

Healmie Zahari said...

Salam,
saya suka simpan rahsia! InsyaAllah...hehe

Semoga cepat sembuh.

SoalHati said...

yeke? baguslah gitu;)

syukran:)

Khair said...

salam...saya juga punyai orang tengah..namanya abdul.... baik orangnya. tak sanggup tengok sahabatnya dalam kesukaran dan kepayahan...apatah lagi dalam soal mencari pasangan hidup..rasanya dah menepati intisari rencana yang disiarkan..

SoalHati said...

maaf, baru perasan komen ni.

ye ke... alhamdulillah la kalau abdul tu menepati ciri2 yang disebutkan ;)


.I ♥ Khat.





Grab A Button