CLICK HERE FOR FREE BLOGGER TEMPLATES, LINK BUTTONS AND MORE! »

.Tetamu Istimewa.

05 December 2009

Di sini ada DAMAI

2 3 hari ni, banyak 'songe' sangat sepupu2 aku yang cinonet ni. Nak balik kampung sangat, tapi tak dapat sebab tersekat dek banjir. Masuk hari ni ada la 3kali packing baju tapi finally tak dapat balik juga. MASIH BANJIR! Lepas tu mogok2 tak nak mandi, tak nak makan, tengok tv je kerjanya. Mulut duk sebut2 'nak balik... nak balik...'. Serabut juga mendengarnya huhu~ Puas dah explain jalan nak balik kampung tu tak boleh lalu. Banjir melanda kawasan itu dan ini. Tapi ada je jawapnya. Budak2 kan..nak kena tengok dengan mata sendiri baru percaya. Kalau terangkan aje, dia ingat kita ni tak bagi dia balik. Ish..ish...ish.. Orang rumah semua naik pening.. Tula..siapa suruh ikut Tokwan!! (Nak marah ni hahaha). Dek keserabutan yang melanda, akupun ajak mereka pergi pantai. Terus yang dari pagi tak nak mandi, pergi mandi tanpa dipaksa! Mak oi...beriya la plak. Aku malas nak keluar sebenarnya, badan masih sakit2 lagi.. Tapi daripada duduk berehat dalam keadaan macam tu, baiklah aku menghirup udara segar di tepi pantai, menikmati alam ciptaan Tuhan, mencari kedamaian ditengah-tengah 'keserabutan' :)


Lepas tu bawa pergi pasar malam. Tapi memang banyak jugalah syarat yang aku kenakan. Haha.. Antaranya, tak boleh sebut/merengek pasal nak balik, selagi Tokwan tak kata "Dah boleh balik!". Dua-dua setuju. Lalu aku berikan buku latihan Bahasa Inggeris Darjah 3 & 4, pensel, sharpener, potato chips, roti boy, ais krim strawberry. Ok! Cukup untuk memujuk hati mereka yang mungkin terlalu rindu pada ayah ibu atau........jelous dengan kawan2 sekampung yang dah main banjir!!!

Baru 2hari beli buku2 tu, dah terjawab dah semua soalan.. mak aihhh.. bagus benor! Nak buat macam mana, memang boring sikit duduk rumah yang tak ada alat mainan langsung dah ni...:)














**geramnya tengok pics yang berbelang2 ini..huhu~ Camera aku still kat workshop. Sangat sedih. Dah sebulan lebih! Tak pulih2 lagi.... :(

No comments:

.I ♥ Khat.




Grab A Button