CLICK HERE FOR FREE BLOGGER TEMPLATES, LINK BUTTONS AND MORE! »



.Tetamu Istimewa.

13 December 2009

"Ibu segala dosa..."

Tersentuh plak tengok drama TV3 tadi. Tapi tajuk dia aku terlupa plak. Sebab dia guna nama.. Nama-nama ni aku payah sikit nak ingat. Mula-mula tengok biasa je cerita tu. Tapi bila tengok ada macam unsur2 Islamik sikit, terus bertahan tengok. Bukan apa, tengok tv ni tak tahan dengan iklan yang berlambak tu.. Cerita 15 minit jadi 1jam! huhu~

Dalam cerita ni, saat berlaku konflik keluarga, antara suami dan isteri, tiba-tiba sangat terkesan dengan 1 punca segala masalah yang berlarutan tu. Apa dia? Cuba teka...:)

Ala, tak tengok tak dapatla jawab kan... Ok, the answer is, ARAK! Kawan baik lelaki yang telah dianggap curang (melakukan hubungan sulit ni) cerita tentang seorang ahli ibadah yang tersimpang jauh disebabkab ARAK. Alkisahnya, ahli ibadah ni telah diugut samaada hendak menyelamatkan nyawa seorang budak yang akan dibunuh oleh si pelacur, atau meminum arak untuk mengelakkan daripada budak tersebut dibunuh. Lalu dia berpendapat bahawa 'apalah sangat jika dia minum arak kalau nak dibandingkan kesan/dosa membunuh seorang budak! Lalu dia meminum arak tersebut.

Lantas, dia berzina pula dengan pelacur itu setelah dia mabuk disebabkan arak. Kemudian, kerana terlalu bimbang budak yang menjadi saksi dia berzina mengkhabarkan kepada orang lain, dia terus membunuh budak itu. Semuanya berlaku dalam sekelip mata sahaja, saat dia sedang mabuk! Benarlah.... arak adalah ibu segala dosa!

Moral of the story? Lu fikirlah sendiri:) Ini sekadar perkongsian. Minta jauhlah kita dari melakukan dosa-dosa sebegini. Nauzubillah..

Oh ya, cerita tadi tu, sebenarnya suami dia tak curangpun, perempuan tu tak berjaya nak 'menawan' lelaki tu. Lelaki tu terlalu mabuk sehinggakan dia tidak sedarkan diri. Tiada apa yang berlaku antara mereka berdua sebenarnya. Namun, si isteri sangat kecewa lalu membawa diri sebulan lamanya di negara orang. Hati siapa tak terguriskan dan berkecai kalau suami dikatakan curang huhu~

Itulah, disebabkan arak, buruk padahnya...

Kemudian, ada la berlaku itu dan ini...dan akhirnya, mereka kembali berdamai. Happy Ending:)

No comments:


.I ♥ Khat.





Grab A Button