CLICK HERE FOR FREE BLOGGER TEMPLATES, LINK BUTTONS AND MORE! »

.Tetamu Istimewa.

15 November 2009

Rasa dewasa semacam je

Fuuuhhh...aktif sikit hari ni. Pagi2 lagi lepas breakfast, (kali ni wan beli kat kedai sebelah rumah) aku terus bertolak ke Kemaman. Hantar tokwan balik kampungnya. Aku suka hantar2 tokwan ni. Masa nilah aku nak lelama sikit kat kampung. Best dapat kacau2 sepupu2 yang semuanya cinonet lagi. Suka sangatlah main2 smack down ngan mereka haha.. Dalam perjalanan tu, singgah jugak kat gerai lemang & kedai runcit. Wan macam biasalah, tak ada ole2 tak sah! :)

Lepak2 & main2 dulu dengan budak2 tu..(anak paksu) then lepas zohor, bertolak ke bandar semula.Aku pergi PPD Kemaman. Supposely nak jumpa seorang cikgu yang incharge bahagian GSTT ni, tapi dia pergi KL plak. So just tanya staff tu macam mana nak apply GSTT. Dia kata biasanya jadi guru ganti dulu, then dia akan serap.. Em... begitu sistem di sini. Akupun berlalu dengan hasrat nak hantar semula resume yang lengkap sekali dengan scroll:) Dulu dah hantar dah, merekapun dah call, tapi time tu aku mengajar di paka. Under PPD Dungun. Kali ni berubah anginlah. Harap2 murahlah rezeki nak mencari nafkah belah Kemaman pula. Geng2 semua, doakan aku ya??! (ada tanda seru ni maknanya arahan! hehehe)

Kiranya tak sampai 5 minitpun pergi PPD tu..Nak terus balik, aku teringat tudung untuk kenduri 'Alyaa tak beli lagi. Baju......familynya dah bagi(terharu......) siap tolong tempahkan lagi. huhu~ Komaeyo... Aku pun terus menuju ke Cnter Point. Parking boleh tahanla jauhnya. Susah sikit parking kat sini. Tapi kalau seorang diri, no hal. Lagi bagus parking jauh2. Sebab ni salah satu tips senaman secara tak langsung :P Kalau bawak mak/tokwan, sure tak park dah kat situ... hehehe~

Round2...akhirnya belilah selai tudung & t-shirt labuh. Terus berangkat pulang ke rumah. Hujan renyai2 dah masa ni... Sampai rumah dalam 4petang. Rest jap & macam biasa, masuk kerja. Alhamdulillah Allah lindungi aku. Walaupun ada juga insiden yang tak diingini berlaku, alhamdulillah aku selamat dan Kassim Selamat pun selamat! huhu.. Actually ni lah 1st time aku bawak KS(Kassim Selamat) masuk bandar. Seorang diri. Selalu je gi bandar tu tapi tak pernah plak drive sendiri. Rasa berdebar2 tu tak ada...tapi bimbang sikit2 ada la.. Maklumlah 1st time. Alhamdulillah semua ok. SELAMAT :) Ada yang hon sekali tu..tapi bukan salah akupun, salah pemandu depan! Aku tak plak hon2 pemandu depan tu. Entahla..tak suka la hon2 orang nih....Takut bila hon lagi orang terkejut & ada tindakan luar kawal plak nanti...huhu~

No comments:

.I ♥ Khat.




Grab A Button