CLICK HERE FOR FREE BLOGGER TEMPLATES, LINK BUTTONS AND MORE! »



.Tetamu Istimewa.

27 November 2009

Macam2 nak cerita:)

Assalamualaikum.
Perkahwinan bestfriend
Alhamdulillah, selesai sudah akhirnya kenduri bestfriends aku ni. 'Alyaa dan Hayyi. Alhamdulillah Allah permudahkan segala. Hujan2pun, redah je..Hujan rahmat inshaAllah:) Kenduri kahwin kali ni, aku penat sikit. Bukan penat tolong kat kenduripun..penat drive meredah hujan(drive pun penat huh)... 1st time drive banjir2 gitu. Takut jugak. Berdoa jelah banyak2 dengan izzah sepanjang perjalanan ke rumah pengantin. Banyak kali jugaklah ulang alik sebab kami tak tidur sana. Apapun, alhamdulillah Kassim Selamat teguh menghadapi dugaan banjir. Dia tak buat halpun. Takut jugak kalau2 dia 'mapuh' di tengah jalan huhu~
Enjoylah pics yang tak mengikut urutan cerita ni yep. Malas nak arrange hihihi

Sahabat2 BPS;)

Umi wa Wan

Banjir yang kami rentasi...

Budok2 SHEIKH ;)

Sempat juga jumpa Nailah. Tahniah Ku, sanggup susah payah naik bas..

Bersama Puan Ada..Mom to be? hihi

Bersama Lin & Ku yang diingati selalu:) Di Majlis Sambut Menantu

Tak ada photographer nak melayan masa ni. Pandai2 sendiri je buat gaya hihi

Sahabat yang bersusah payah datang dari jauh.. :)

After akad;)

Geng2 SRP(SEKOLAH RANTAU PETRONAS)

Pengapit setia. Bak kata IzzahUlfah, since sekolah lagi ;)

Pengantin yang sangat cocok

Kehadiran si puteri, khalifah Allah di muka bumi
Alhamdulillah, SIL selamat lahirkan bayi muslimah tepat jam 1054pm, di hospital Kemaman melalui caesarean. Awal baby lahir ke dunia. Supposely 3Jan2010. Tapi puteri ni nak juga lahir tahun 2009. Nak juga lahir before Aidil Adha. Nak sambut raya sama2 makngah ea puteri.... ;)

Berdebar sangat sewaktu dikhabarkan SIL masuk wad semula. Actually before that, ada la 3 4 kali juga SIL masuk wad dek high blood pressure. Sambut 1st anniversary pun dalam wad. 3hari lepas tu, masuk wad lagi dan....terus doc kata kena operate juga malam tu. Tak tenang aku malam tu. Tengah ralit online & asyik berehat sebab letih sangat buat air..Sekali dapat news tu! Akupun terus ajak abah pergi hospital Kemaman. Nak ajak mak sure tak boleh, mak tengah berniaga. Takkan nak 'hambat' customer2 tu semua. huhu~ Mak pun tak tenang masak. Lain yang di'order', lain yang dimasaknya. Kesian plak mak aku...

Sampai je hospital, tup2 abang cakap.. 'beranok doh 'Ain......" sambil tersenyum penuh makna! Aku pun "Ayoh doh la awok....!!!!!" huhu~ Tak tergambar perasaan masa tu...... Abah cool je..tapi dalam duk cool tu, tersengih memanjang. SMS banyak plak tu masuk. Mesti dia sent kat semua orang umumkan dia dah bergelar ATOK K!!! hehehe~ Abah kata ni bukan DATUK K, TAPI ATOK K! :)

SIL sekarang kurang stabil sikit. Darah dia sekejap naik, sekejap turun. Dah pindah ke wad biasa, tapi harini kena plak naik wad bedah semula. Kena kawal lebih rapi sebab masalah tekanan darahnya tu. Puteri plak dah bawa balik kampung. Nak raya ni, terpaksalah papa nya bawak balik kampung dulu. Tapi yang sadinya......bukan kampung sini, kampung mertua huhuhuhuhu~ Doakan semuanya selamat eh kawan2...


Beberapa minit selepas lahir ke dunia!

2 hari


3 hari
Aidil Adha

Esok raya korban! Biasa panggil raya haji je kan:) Kuucapkan selamat hari raya Aidil Adha buat geng2 semua. Ingatlah firman Allah s.w.t;

“Dan kami jadikan unta (yang dihadiahkan kepada fakir miskin Mekkah itu) sebahagian dari syi‘ar agama Allah untuk kamu; pada menyembelih unta yang tersebut ada kebaikan bagi kamu; oleh itu sebutlah nama Allah (semasa menyembelihnya) ketika berdiri di atas tiga kakinya; maka apabila ia tumbang (serta putus nyawanya), makanlah sebahagian daripadanya, dan berilah (bahagian yang lain) kepada orang-orang yang tidak meminta dan yang meminta. Demikianlah Kami mudahkan dia untuk kamu (menguasainya dan menyembelihnya) supaya kamu bersyukur” (Surah Al-Hajj: 36)

19 November 2009

2 comments:

Liyana Safra Zaabar said...

thniah utk alyaa n hayyi,n ain jadi makcik..

SoalHati said...

tq lily:)


.I ♥ Khat.





Grab A Button