CLICK HERE FOR FREE BLOGGER TEMPLATES, LINK BUTTONS AND MORE! »



.Tetamu Istimewa.

20 November 2009

Musim Kahwin di Musim Hujan

Assalamualaikum.

Hari ni pagi2 lagi dah ke Kemaman. Ziarah SIL yang dah masuk wad 2 hari. High blood pressure. Ingatkan boleh masuk bila2 masa je sebab hari Jumaat, rupa-rupanya dah berubah jadual tu. Waktu melawat setiap hari hanyalah mulai jam 1-2petang & 5-7 petang. Semuanya gara2 nak mengelakkan penularan wabak H1N1. Hmm..kamipun try lah minta dengan pihak hospital nak masuk jenguk SIL jap. Tapi dia benarkan seorang je masuk. Mak akupun masuk dan aku? Aku pergi intai SIL kat tepi tingkap bangunan hospital hehe~ Bolehlah berjumpa & tegur2 dari tingkap tu... Alhamdulillah, lepas jumpa tu, SIL dah boleh keluar wad.

Hari ni juga genaplah setahun abang dan SIL berumahtangga. Hajat nak celebrate dalam wad tadi, nak bawa kek..tapi dah tak boleh masuk time tu, jadi cancel lah. Abang je sambut dengan SIL kot malam ni..hehe~ Aku plak tak sempat nak beli bunga rose sekuntum. Nak tiru macam Boys Over Flower tu, satahun sekuntum:) Apapun, aku doakan semoga perkahwinan abang kekal hingga ke hujung nyawa. Moga mereka tabah harungi dugaan alam perkahwinan. Biarlah jatuh bangun, susah senang, mereka sentiasa bersama & saling menguatkan antara satu sama lain.



Genap setahun.....Sekejap je kan...




Esok inshaAllah bestfriend ku akan bergelar isteri orang(memangla orang kan! hehehe). Tak sangka plak seawal ini 'Alyaa kahwin. Umur baru 23 tahun. Sebulan lagi baru masuk 24. Rezeki 'Alyaa la kan...dapat kahwin awal. Buat Hayyi, juga saya anggap bestfriend saya.. semoga Hayyi juga dapat jadi ketua keluarga yang mantop! :) Semoga anda berdua dapat layari kehidupan sebagai suami isteri dengan penuh kasih sayang & rasa tanggungjawab. Jangan lupa doakan kesejahteraan saya di sini yep (sibuk je nak suruh orang ingat kiterrr hehehe). Saya tak beli hadiah lagi ni...Anda berdua nak apa?? Mesti tak jawab sebab tak sempat baca blog dah! Sibuk dengan persiapan saat2 akhir ni.. :) Apapun, saya mendoakan yang terbaik untuk anda berdua, dunia dan akhirat.

Detik manis pertunangan...

Kami.... Mengapa soalhati ditengah2? :P

Ramai senior2 yang menamatkan zaman bujang akhir tahun ni. Tak dapat nak attend kalau yang jauh2 ni..huhu~ Apapun, diucapkan selamat pengantin baru awal2 lah buat: :)

Kak Zuni ♥ Ustaz Mior

Kak Ros ♥ Abg Khairul

Kak Sidah ♥ Ustaz Napi

Kak Maar ♥ pasangannya (tak kenal huhu)

SIAPA LAGI KAHWIN??? (hihi macam tak puas hati jek:P )

Allah memberkati untukmu dan berkat ke atasmu serta mengumpulkan kamu berdua dalam kebajikan

No comments:


.I ♥ Khat.





Grab A Button