CLICK HERE FOR FREE BLOGGER TEMPLATES, LINK BUTTONS AND MORE! »

.Tetamu Istimewa.

09 September 2009

Tunaikan janji

Oklah, haritu aku cakap nal letak gambar2 kuih muih yang aku buatkan! Jadi hari ni akutunaikan janji tu.. Aku rasa rupaku pun dah macam roti jala. Boleh kata hari2 buat roti jala. Tapi semenjak mengajar di sekolah swasta ni, lambat balik...(sangat penat + sedih) Aku tak dapat nak masuk dapur awal2 macam dulu. Kadang2 sampai lewat sebab tunggu orang ambilkan. huhu~ Start kerja kat sana, jadi tak semangat sangat buat kuih. Kalau buatpun sejenis je, lepas tu terus pergi golek2 atas katil. huhu~ Minta maafla mak..Sangat fennat....

Siapalah tak kenal roti jala kan.. Kali ni aku buat warna kuning & hijau plak. Bukan sebab warna kuning dah habis, tapi saja nak ubah citarasa :) Aku dah letak resipi dulukan? Tapi kali ni nak berkongsi resipi yang mudah sikit, tak payah nak sukat2 sangat :)

Bahan2:

1 1/2 gelas tepung gandum

1 1/2 gelas air

1 biji telur

1 sudu kecil garam

beberapa titik pewarna

Cara2:

Blend je semua skali, kemudian mulalah menjala sehingga habis adunan. Ohya, terlupa plak. Masa nak tuang adunan dari blender tu, eloklah tapis dulu. Jadi taklah tersumbat corong2 jala anda tu :) Guna kuali yang tak melekat. Jadi tak perlu sapu minyak. Maka berkuranganlah kadar kolestrol di situ hehe~

Orang Terengganu ramai suka makan dengan kuah manis/ serawa.. Tapi patik suka kuah gulai. Pedas2..Nyum3

Doh apakah ini? Ye, ini doh nak buat burger Malaysia. Tak tahu kenapa panggil burger Malaysia. Mungkin sebab inti bilis??

Doh 'naik' tak sekata..Ada mengembang melampau-lampau dan ada yang biasa2 je :)

Maka inilah hasilnya. Sedia untuk dijual :)

Bahan2:

(Ini adunan aku buat untuk jual kat kedai, jadi kalau kat rumah yang tak ramai orang tu, buatlah separuh daripada adunan ni)
400 gram tepung gandum
4 sudu planta/marjerin
4 sudu besar gula
1 sudu kecil garam
4 sudu kecil yis/mauripan
Segelas air/susu cair

Cara2:

Adun semua sekali bagi sebati & tak melekat dijari jemari anda:)
Biarkan ia naik 2 kali ganda
Tampar2 adunan yang mengembang tu bagi angin keluar
Bentukkan bulat2. Jangan buat besar sangat sebab nanti dia nak mengembangkan lagi bakatnya hehe
Biarkan lagi ia naik
Gorenglah di dalam kuali beserta minyak sehingga kekuningan dengan kadar api yang sederhana
Biarkan sejuk baru belah dua
Masukkan isinya (sambal bilis + timun)
Tunggu azan maghrib yang menandakan waktu berbuka puasa bagi kawasan2 yang sewaktu dengannya, jamah kurma, ,lepastu ngap Burger Malaysia :)
Resipi asal aku tengok kat sini & sini. Terima kasih chef2 sekalian :)


Zoom in sikit :)

Lebihan doh tadi aku buat donut :)

2 comments:

Liyana Safra Zaabar said...

lily suke gile burger msia tu,waaaa...nak!!!

♥Cahaya Mata Kemuliaan Agama♥ said...

la...cik lily suka ghupenyer.. ambe x suke sgt kuih2 tepung ni..tp suke buat sbb boleh betuk2 :)

.I ♥ Khat.




Grab A Button