CLICK HERE FOR FREE BLOGGER TEMPLATES, LINK BUTTONS AND MORE! »



.Tetamu Istimewa.

05 August 2009

MMA

Assalamualaikum.


Lama sungguh rasa aku tak update blog. Ada la 2 3 kali log in blogger nak update something, tapi baru 2 baris, mood dah hilang. Lagi utamakan rasa mengantuk & nak rest dek keletihan bekerja siang dan malam. Aci la kan tak update sangat? hehe. Tapi bila lama sangat & rasa boring bila buka blog, tajuk entry sama je...jd rasa nak 'buh' sesuatu. Jadi saya buh la entry MMA ni. Macam-Macam 'Ain. hahaha..

Kerja Sementara.

Soal kerja sementara aku dah hampir tamat tempoh. Huuuu sedih plak rasa hatiku. Budak-budak plak selalu tanya "cikgu ada berapa minggu lagi?" Aisshh tak sanggup nak menjawabnya. Cikgu ada.... seminggu lebih je lagi. Sedihkah kamu? Tapi rasanya budak-budak ni tak sedih sangatpun.. Cuma ada students yang aku tak ajar,tapi kami selalu sembang time aku tunggu abah/abang amik aku balik sekolah. Mula-mula rasa pelik jugak. Sebab aku tak ajar dia & macam-macam plak depa tanya. Tapi lama-lama jadi suka plak. Selalulah budak2 ni nak tolong angkat baranglah, nak salam cium tangan lah, bagi buah-buahan lah... Terima kasih ye peminat tak misteri. hahahah...Adakah mereka akan terasa kehilanganku nanti? hehehe

Dalam banyak2 subjek yang aku ajar, aku perasan yang aku suka sangat ajar allughotul al'arobiyah. Entahlah, mungkin sebab memang aku minat subjek ni since ustazah Rokiah Hassan yag ajar aku, mungkin juga sebab buku aktiviti bahasa arab kat sekolah sangat menarik untuk diterokai bersama anak murid, atau memang aku suka suka suka. Bila masuk subjek lain, jadi tak sama semangat dengan ajar BA.. Ish teruk plak rasa. Memilihla 'ustazah' ni...

Aku suka jugak masuk kelas pra seolah. Setiap pagi memang aku kena masuk. Bukanlah suka semata-mata kelas pra duk sebelah je dengn kantin (hehehe) tapi sebab suka ajar udak-budk ni..anak-anak kecil...so cute! Tapi bila ada yang degil 7 mengada-ngada tu, aku tinggi suara & bagi renungan tajam jugak. Cubit jugak sikit2 tapi eksyen je tu..Bukan betul2 cubitpun. Just cubit nak bagi budak lainpun rasa takut nak wat kesilapan yang sama.

Entahla, kat sekolah ramai betul cikgu-cikgu yang aku sempat sembang, pesan budak2 ni jangan diapa-apakan sangat... Nanti mak bapak salahkan cikgu. Jadi aku selaku cikgu ganti ni lagilah takut nak buat 'apa-apa' tu.. Selalu action jelah macam nak rotan walhal tak rotanpun... ketuk meja je. Hmm......

Selamat Berkahwin Cah

Bestfriend aku cah dah selamatpun jadi isteri orang. Aku tengok dia tenang je cah walaupun berdebar-debar(mestila kan tapi cah pandai cover dengan lawaknya). Masa sesi batal air sembahyangpun nampak bergenang air mata. Dalam banyak-banyak wajah, wajah ayah cah nampak paling happy! Mesti ayah cah lega sebab cah dah jumpa suami yang soleh & menyayangi cah.. Aameen. Aku? Bila bestfriend kahwin, aku mestilah tumpang gembira & tumpang memeriahkan lagi majlis. Tapi jauh sudut hati, ada rasa sedih.. tak dapat nak buanglah rasa sedih tu..... Maaf ya sahabat....

Ok, its time for me to masuk kerja at warong kak ma. Sekarang ni dah tak tidur sangat pas balik sekolah. Entah, rasa sayang masa huhu~. Tapi bila kerja malam, mulalah nak stop kerja awal. Mengantuk tahap gaban! Ada sekali 9.30malam dah zzzZZZ.. Tauke? geleng kepala je tengok huhu~ sory ye mak. Memang tak dapat tahan dah!






Syukran jaziilan 'Alyaa & Izzah. Lainkali kita picnic sini lagi :)

♥Wan♥Cah♥Mak


Cah bersama dayang kehormat.

Selamat jadi isteri Fiteri cah :)

Sorry cah im not wearing pink! takdoklah koleksi pinky ni....

No comments:


.I ♥ Khat.





Grab A Button