CLICK HERE FOR FREE BLOGGER TEMPLATES, LINK BUTTONS AND MORE! »

.Tetamu Istimewa.

13 August 2009

50sen sebungkus.

Assalamualaikum.

Cat Baru

Soalhati tukar layout lagi. Soalhati terpaksa remove layout yang biru ala-ala seluar jeans tu.. sedih juga. Tapi nak buat macam mana, bila buka blog, sangat lembap jadinya & mudah tergendala.. Seringkali membantutkan perasaan untuk menulis sesuatu. Jadi biarlah layout 'kuno' ni tapi sangat memudahkan kerja soalhati. :) Lagipun, tak semua gadget hilang..Cuma tak tersusun sangatlah jadinya. Ok la kan daripada tak ada langsung :)

Tinggal 4 hari

Esok hari last soalhati masuk beberapa kelas darjah 1. Sedih plak. Tapi jauh sudut hati soalhati tak rasa yang soalhati akan meninggalkan mereka selama-lamanya pada selasa depan. Entahlah, dengar-dengar cerita penolong kanan sekolah nak soalhati gantikan pula guru matematik juga selaku guru perpustakaan yang baru selamat bersalin & belum temui pengganti. Hmmm.... soalhati terima inshaAllah sebab soalhati nak tambahkan lagi pengalaman dalam bidang perguruan ni. Soalhati dah mula rasa sayang & seronok 'bekerja' di sekolah ni. Soalhati memikirkan juga tentang gaji yang tak seberapa.. Tambah-tambah pula soalhati berhajat nak memiliki sebuah kenderaan. Tapi, sementara tak dapat lagi job lain, kerjalah mana yang ada kan.. Soalhati masih menunggu panggilan2 temuduga & masih lagi mengisi & memohon jawatan kosong di tempat2 lain. Bukan senang nak boleh dapat kerja yang hanya berdekatan dengan rumah. Soalhati kalau boleh nak kerja dekat2 je sebab soalhati rasa tanggungjawab soalhati untuk 'take care' family soalhati. Sudah 11 tahun soalhati merantau negeri orang.. Jadi sekarang soalhati fikir sudah sampai masanya untuk soalhati 'cover' balik saat2 yang ditinggalkan.

Soalhati rasa soalhati plak ketua keluarga (amboi3).. Bukan apa, abang soalhati dah kahwin, dah punya life tersendiri & lebih lagi komitmennya. Komitmen terhadap keluarga mertua lagi. Jadi, soalhati yang masih punyai 2 adik lelaki yang masih menuntut ni, merasakan bertanggaungjawab untuk lebih prihatin kepada mereka. Nanti sampai saat soalhati pula berumahtangga, mungkin sukar sikit untuk soalhati 'take care' kepada mereka seperti mana yang soalhati dapat lakukan sekarang...

Soalhati fikir tanggungjawab untuk berdakwah sebenarnya.. Selama ini, selama dikampus, kita berdakwah untuk mad'u di sana.. tetapi keluarga, adik beradik, saudar mara sendiri, bagaimana? Y a Allah, moga soalhati dapat peluang pekerjaan yang lebih stabil, di tempat sendiri. Aameeen...

Kisah kuih getas

Soalhati tak pasti ejaan kuih tu betul ke tak.. Tapi al kisahnya, soalhati sekarang dah jadi pelanggan tetap kepada seorang anak murid kelas bahasa 'arab soalhati. Suatu pagi, sebelum masa rehat, dia berdiri di tepi sambil mengintai2 soalhati. Pelik juga. Soalhati menyuruhnya masuk ke kelas. Ada 1 masa lagi untuk tiba waktu rehat. Soalhati masuk ke kelasnya dan memulakan pembelajaran. Dia datang ke meja soalhati.

"Ustazah 'Ain, kiter dah bawak kuih getas yang ustazah 'Ain nak tu...Tok wan kiter buat..."
"Oh yelah.. ustazah order semalam orp? Berapa se eh?"
"50sen je ustazah..ustazah suh bawak 2 semalam..."
"ok2, ni seringgit eh... terima kasih.. esok bawak lagi eh.."
"terima kasih ustazah 'Ain"

Suka benar dia bila dapat duit tu. Terus masa rehat dia pegang kemas duit tu & wajahnya macam berangan & fikir nak makan apa... huhu sedih plak soalhati tengok. Mungkin dia memang datang dari keluarga yang susah.. Dia tolong nenek dia jual makanan2 macam tu. Bagus jugakkan dia ambil inisiatif macam tu. Walaupun soalhati tak makan sangat kuih tu, tapi soalhati beli jugak sebab tak sampai hati tengok dia.... huhuhu :(

Interview lagi

Kisahnya......nanti ye? Dah masa tidur ni. Selamat malam semua. Moga lena semua dalam jagaan Allah. Ingat, tidur adalah saudara mati. Segagah manapun seseorang itu, sekaya manapun seseorang itu, tapi saat dia tidur, pen di tangan boleh terlepas, kelopak mata yang lembik dan ringan juga sangat berat dirasakan untuk di'angkat'! Yang berfungsi hanyalah.....nafas aka nyawa..

2 comments:

Anonymous said...

oo soal hati dah jd ustzh skrg~!^^so sweet:)

♥Cahaya Mata Kemuliaan Agama♥ said...

sape ye anonymous ni? :) thanx for comment. na'am..jd ustazah aka cikgu aka teacher aka apa lagi? hehehe

.I ♥ Khat.




Grab A Button