CLICK HERE FOR FREE BLOGGER TEMPLATES, LINK BUTTONS AND MORE! »

.Tetamu Istimewa.

22 July 2009

'Naik Rumah'

Assalamualaikum.

Hari ni balik sekolah awal. Sepatutnya balik 3.15pm sebab ada co-co.. tapi tetiba ada announcement mengatakan co-co hari ni dibatalkan. Aku ingatkan aku & kak Sah je menjerit keriangan dalam bilik guru mini(jangan contohi aksi ini), rupa-rupanya 1 sekolah bersorakan hahaha.. Memang bunyi ''YEAAAAYYY'' 1 sekolah! Betapa budak-budak happy dapat balik awal...

Balik sekolah 1.15, aku pergi lunch dulu dengan abang. Cari kedai makan area kerteh.. Lepas makan, balik, sampai rumah dalam 3pm. Lamanya makan kat kedai tu tadi. Ada pakcik tu bersembang akan plak dengan abang. Terpaksalah aku yang dah tak sabar nak balik ni memaniskan wajah dihadapan pakcik ni...

Masa otw balik, sangat seronok bila dapat panggilan dari Ayahanda Adnan Sulong. Seorang guru yang selalu positif walau apa jua masalah yang melanda. Inilah antara cikguku yang paling rapat & yang peliknya........beliau tak pernahpun ajar kelas aku :) Tapi beliaulah yang paling banyak mendidikku tentang hidup! Bonde Rokiah juga ada sms tazkirah & bertanya khabar. Rupa-rupanya ustazah yang demam... Syafakillah ustazah..Rindu pada SHAMS walaupun baru je Sabtu lepas pergi ziarah:)

Sampai rumah, macam biasa bersiap-siap untuk tidur(bersiap-siap tuuu...hehe). Tapi akhirnya keinginan ditangguhkan. Acu sms. Katanya lagi 2jam setengah sampai kerteh. Rumah barunya :) Owh..kena raikan ni. Dah banyak kali dah Acu & suami tak jadi datang rumah aku masa depa datang Terengganu untuk survey rumah.... Kali ni, tak boleh hampakan dah permintaan sahabat.

Lalu perancangan rapi dibuat bersama Teacher 'Alyaa :) Kesian plak sebab teacher 'Alyaa puasa. Tapi teacher kata dia gagah lagi.. Jadi niat disusuli dengan amal. Aku bergegas siap ke kerteh sambil bawak air sunquick se jug! Mak kata nak bekalkan mee goreng & kepok lekor, malangnya abang nak cepat. Nak ambil adik tuisyen sekolah lagi. Jadi terpaksalah bawa air je. Maaf ye Acu. Lain kali u datang jelah kedai i... claim semua tu hehehe...

Memang seronok bila dapat jump ni. Ni baru pertemuan 10 mata. hehehe.. Acu, Khaled, 'Alyaa, aku dan...Mekna! hehehe adik 'Alyaa, Marsya. Memang pengikut setialah Mekna ni. Bukan main lagi pergi tu pakai baju 'sukan'. Konon nak tolong kemas rumah lah, maklumlah orang baru pindah ni. Tapi bila sampai, tak banyak job sangat dah. Lantai dah mop, dah kering dah pun..tinggal nak duduk atas lantai yang da bersih tu je. Jadi kami tolonglah duduk... hehehe.

Dalam 6pm, kami terpaksa 'koho-koho' balik. Nak pergi pasar malam lagi. Teacher nak beli makanan sikit untuk buka puasa...

Eh, dah exceed 5minit! Cikgu 'Ain nak tidur dululah. Dah 1.05am ni. huhuhu~ Esok inshaAllah i sambung ye. wassalam & Selamat tidur semua. Moga lena kita dalam jagaan Allah :)

1 comment:

Anonymous said...

apa yang saya cari, terima kasih

.I ♥ Khat.




Grab A Button