CLICK HERE FOR FREE BLOGGER TEMPLATES, LINK BUTTONS AND MORE! »

.Tetamu Istimewa.

20 July 2009

Alhamdulillah,boleh adapt with the situation.

Assalamualaikum.
Aku baru je selesai kerja kedai mak. Fuh..ramai betul orang hari ni. May be sebab cuti Isra' Mi'raj. Penat penat penat. Aku minta masuk rumah awal. 11 pm. Bukannya apa, esok aku stay kat sekolah sampai 3.15 pm. Bimbang mengantuk, jadi kena masuk rest awal sikit. Kalau biasa 12am baru masuk. Rumah aku ni rumah kedai. Dapur rumah bersambung dengan kedai makan mak aku. Jadi memang senanglah nak keluar masuk 'kerja' hehe.

Esok sekolah! Tak tahulah nak kata bila orang tanya best tak mengajar. Best tak jadi cikgu.. Aku happy bila aku dah ada kerja. Walaupun kerja sementara & gaji ciput je:) Atleast aku boleh kutip pengalaman,tambah kenalan, erat persaudaraan, dapat kawan dengan golongan yang jauh lebih mtng & berpengalaman..golongan ibu-ibu dan bapak-bapak :)..paling penting, kongsi ilmu yang Allah anugerahkan ini!

Tak semestinya masuk kelas tu subjek tu je aku fokus. Aku try selit-selit tazkirah ringkas mana yang aku sempat. Maklumlah, aku banyak mengajar darjah 1, time tengahari plak tu...fuh, bukan senang nak tarik perhatian budak-budak ni. Bisa naik angin maa.... Tapi mujurlah aku ni jenis tak reti nak jerit, jadi tak adalah nak tengking2 budak2 yang nakal amat tu! Suara ni tak capai tahap tu hehe. Kalau dia hyperaktif sangat, aku tarik je dia suruh duduk sebelah aku. Berdirilah sebelah aku sampai masa tamat. Nasibla aku dapat kelas yang hujung2 ni. Memang menguji kesabaran sungguh. Bila dapat memo kena ganti cikgu lain yang tak atang, yang ajar darjah 5 & 6, wah, happy rasa :) Rasa dapat bercakap dengan matang sikit heheh.

Oklah, terpaksa stop dulu. Nak iron baju & rest! Tata semua :)

No comments:

.I ♥ Khat.




Grab A Button