CLICK HERE FOR FREE BLOGGER TEMPLATES, LINK BUTTONS AND MORE! »



.Tetamu Istimewa.

12 July 2009

Yakin pada diri, Tawakal pada Allah

Assalamualaikum.

Hari ni 1st time join perhimpunan sekolah. As guru gantilah. hehe~ Simple je perhimpunan dia. Hari ni pengawas perempuan yang conduct. Baju pengawas pun sama warna dengan baju pengawas masa SHAMS. Cuma tudung depa coklat, SHAMS peach & sangat cantik! (tak habis2 nak menangkan SHAMS jugak hehe). Hari ni guru bertugas sebut pasal kebersihan sekolah & kes kecurian. Hm.. camana ni.. kecik2 dah mencuri. Huhu~ tapi sekarang ni bukan setakat mencuri, tapi banyak lagi kes2 besar dan serius yang lain. Merokok, ponteng, vandalism, tengok video lucah.. Lawan cikgu tu toksah katalah. Ada saja. Sepupu aku cerita, ada kembar kat sekolah dia, form2, kena buang sekolah sebab minum arak dalam kelas & hisap ganja. Ya Allah...

Hari ni sekali lagi sampai paling awal di sekolah. Sememangnya saat2 cikgu lain belum tiba lagi. Nak buat macam mana, abang ada hal, mestilah bertolak awal. 7.10 dah sampai. Semalam plan aku pergi sendiri sekolah. Tapi bangun pagi ni, mak kata abang hantar plak. Mak nak guna kereta tu nak pergi pasar. Hmm.. aku rasa baru semalam pergi pasar?! Aku dapat rasa, mak sebenarnya bukan nak pergi pasar sangatpun, huhu~ tapi mak tak nak bagi aku bawak kereta. Ya Allah, bilalah mak nak yakin pada aku dan kurang sikit gusar dihatinya tatkala aku memandu? huhu~..... Esok aku tekad nak pergi sendiri. Memang aku dah 2 bulan lebih tak drive, tapi tak kanlah nak biarkan saje. Nanti lama-lama takut dah tak ada keberanian nak drive. Apatah lagi kalau nak pergi jauh-jauh sikit (ada jugak 'sikit' kat belakang sebab tau dah mak takkan bagi drive JAUH!) Lagipun, aku dah drive sekali baru ni pergi sekolah. Ok je. Tapi ada orang kat sebelahlah. Siap warning jangan lebih 80. Ayyoyyo.. Aku bawak 120 je. huhu

Oklah, nak pergi bersiap untuk esok. Ni mak tak bagi rest lagi ni. Mak minta on sampai jam 12tengahmalam. Tapi masuk japlah update blog sikit :) Kalau ada orang order air baru aku keluar :)

No comments:


.I ♥ Khat.





Grab A Button