CLICK HERE FOR FREE BLOGGER TEMPLATES, LINK BUTTONS AND MORE! »

.Tetamu Istimewa.

08 July 2009

Hari ke-2.

Assalamualaikum.
Hari ni aku tiba awal di sekolah. Masa aku sampai tu, tak ada sebuahpun lagi kereta cikgu hehe. Aku sampai jam 7.10 pagi. Bertolak dari rumah jam 6.50am. Lapor diri kat bilik guru, bukatingkap, susun-susun sikit buku, bertegur sapa dengan cikgu-cikgu yang belum sempat aku berkenalan semalam. 7.30pagi, doa dibacakan. Akupun mengatur langkah ke kelas Pra Sekolah. Budak-budak tengah breakfast biskut. Sedap sungguh bau..buka bau biskut, tapi bau masakan dari dapur yang duk sebelah je kelas pra tu. menusuk hidung sungguh!

Masuk kelas pra, aku ajar mengaji. Ada dalam setengah jam. Masuk sekali dengan Kak Sah. Kak Sah ajar quran, aku ajar iqra'. Alhamdulillah, sempat dengar setiap anak murid mengaji.

Then, pergi breakfast kat kantin. Tak tau kenapa, tak berselera sangat makan akhir-akhir ni. Tapi tetap makan jugak sikit takut gastrik menyerang & takut nanti kalau rasa lapar, tak ada geng plak nak gi makan sekali. heheh~ Masa makan tu, cikgu-cikgu riuh duk cakap pasal paper bahasa Melayu darjah 6. Maklumlah dah dekat nak UPSR, bimbang sangat cikgu-cikgu bila ada tak ramai boleh dapat A dalam BM. Tu baru BM....... huhu~

Gap lamalah jugak nak menantikan kelas Al-Quran jam 11.45am. Sangat mengantuk masa ni. Ya Allah, kuatkanlah mataku ini. huhu~ Kan best kalau ada bilik rehat khas untuk cikgu2 hahaha.. Memang aku je guru yang relax sikit. Kalau orang lain, tak menyempat2 agaknya. Sangat banyak kerja nak kena bereskan. Aku siap tolong rite buku cikgu lain lagi huhu~ ok lah tu daripada duk saja & angguk-angguk geleng-geleng...

Habis waktu sekolah, abah ambil. Then pergi lunch dengan abah kat D'PIN restoren. Best jugak lauk pauk dia. Sangat ramai customer. Rupanya tu kedai member abah... Ramailah tegur-tegur abah kat kedai tu tadi. Tak kurang juga yang bertanya siapakah yang disisi abah itu... aku lar.. hehehe.

Ok, that's all for my 2nd day as cikgu 'Ain :)

No comments:

.I ♥ Khat.




Grab A Button