CLICK HERE FOR FREE BLOGGER TEMPLATES, LINK BUTTONS AND MORE! »


Daisypath Anniversary tickers
Lilypie Angel and Memorial tickers
Lilypie Breastfeeding tickers

.Tetamu Istimewa.

07 July 2009

Hari pertama sebagai guru sementara

Assalamualaikum.

Pagi ni, dalam 7.10am aku dan abang bertolak ke Sek. Keb. Seri Paka. Dah ready 7am dah, dah start kereta, abang plak sakit perut. hehe~ memang pecutla tadi. Malulah kalau 1st day sampai lewatkan. Tadi sampai dalam 7.35. Budak-budak tengah baca doa belajar ramai2 kat luar kelas. Teringat plak masa zaman SHAMS. Beratur kat luar gak before start kelas.

Terus naik level 2, tengok2, sampai kat BILIK GURU BESAR. Eh, senang plak nak jumpa. Ada seorang wanita serba ungu baru nak keluar pintu pejabat, terus dia tegur. Guru besar rupanya dia. Tak sangka, sangat ramah. Hilang sedikit gementar dihati :)

Terus beriringan dengan Guru Besar, cari cikgu yang tolong gantikan tempat cikgu yang cuti bersalin tu. Terus guru besar suruh follow dia. Alhamdulillah, diapun baya-baya aku jugak. Kak Hafsah namanya, 25tahun, bakal guru J-Qaf. Bila lebih kurang sebaya ni, rasa seronok & selesa aikit nak bertanyakan itu dan ini. Selok belok mengajar di sekolah ni. Masuk 3 kelas bersama kak Sah. Perhati je cara dia mengajar. Aku nak start terus, almaklumlah, preparation memang zero. Bahasa Arab plak tu. Walaupun pegawai PPD Dungun maklumkan aku kena ajar bahasa arab darjah 1 & 4, tapi mesti ada perkataan2 yang aku dah tak ingat maknanya. Mesti kena tengok kamus semula:) Jadi kak Sah suruh tengok je dulu tadi.

Lepas rehat, baru aku try masuk kelas. Oklah sebab yang ni darjah 1 punya. Belajar Abi, Ummi, Akhun, Ukhtun.. Seronok rasa:) Budak-budakpun ok. Cikgu-cikgu ramai pesan supaya jangan senyum masa kelas awal-awal ni. Tegas. Bagi murid takut & hormat sikit. Dah lama-lama baru friendly sikit dengan depa. Guru besarpun pesan macam tu..hmmm......

1 kelas je aku kena ajar lepas rehat. Lepas tu tersangatlah boring, mengantuk & sakit batnun.. Nak duk bilik guru, tak ada orang sangat & agak panas. Huhu~ Akupun lepak kat library. Best jugak sebab banyak majalah wanita, keluarga, harmoni..so layan jelah. Ikutkan hati nak baring je kat sofa tu. Alangkah indahnya! Hahaha...

Dalam tengahari gitu, aku jumpa Kak Na, dia ni ni kiranya orang lamalah dalam J-Qaf ni. Tadi re-arrange jadual. Akhirnya aku dapat semua darjah 1 & Pra Sekolah. Yahoooooo:) I like....

Oklah, nak gi iron baju. Esok mesti mengatur langkah ke sekolah dengan penuh semangat! :)

"Baguslah, jadilah guru yang bersemangat dalam pengajaran."- Ustazah Rokiah Hasan.
Baiklah ustazah, 'Ain akan ingat sentiasa pesanan ustazah. Guru bukan sekadar mengajar, tapi bertanggungjawab mendidik. Actually, bila difikirkan, macam tak percaya plak aku dah start bekerja ni. Dalam bidang perguruan plak tu. Memang aku bayangkan aku akan rehat aka ternak lemak dalam sebulan, lepas tu baru start cari kerja. Paling cepatpun lepas keluar result baru hantar resume dan lain-lain. Tapi ni result belum keluar, berehatpun baru seminggu (tak lah rehat sangat sebab saya kerja dengan mak saya dari petang sampai 2 3 pagi:) ) aku dah kene keluar mencari nafkah hehehe~ Alhamdulillah walaupun masih terkejut sedikit dengan perubahan jadual hidup. Kalau sebelum ni aku tidur lepas subuh, sekarang 12am mesti dah masuk tidur. Kalau tak.... tak bermayalah esok.

Aku dapat tahu kena panggil interview hari Sabtu. Masa tu tengah bersiap-siap nak balik kampung Wan. Nak tidur sana & balik esok petangnya. Tapi disebabkan kena datang interview hari Ahad jam 10pagi, makanya lepas subuh dah bertolak dari rumah wan. Huhu~ sangat spoil mood aku! Tapi mak pesan "redha lah kak In..rezeki nak datang ni.." Baiklah mak, kak In redha ... Lepas je interview yang agak mencabar kewibawaanku itu, terus dia maklumkan bila aku mula mengajar. Katanya, ESOK! (Isnin) Memang 'bedebuk' sungguhla rasa......

1 comment:

Salsabila said...

salam k.in...
wah, seronok dgr pengalaman k.in mengajar. teringat kenangan ms kt skolah dulu2... sy ni dh lupe bhs arab... rugi rasanye...huhu

selamat mengajar, ye ustazah... :)


.I ♥ Khat.





Grab A Button