CLICK HERE FOR FREE BLOGGER TEMPLATES, LINK BUTTONS AND MORE! »


Daisypath Anniversary tickers
Lilypie Angel and Memorial tickers
Lilypie Breastfeeding tickers

.Tetamu Istimewa.

04 July 2009

Serikan Rezeki dengan Syukur

Alhamdulillah..banyak perkara baik berlaku minggu ni. Syukur pada Allah. Ada rezeki yang tak disangka-sangka Allah bagi. Alhamdulillah Allah berkati doa. Seringkali kita doa moga Allah murahka rezeki kitakan? Tapi tambah sikit kat hujung tu, supaya Allah beri kita rezeki yang murah lagi diBERKATI-NYA. Berkatkan penting dalam menjami kesejateraan hidup :)

"Rezeki adalah ketentuan Allah S.W.T. Untuk menambah keberkatannya hendaklah membiasakan diri dengan sifat pemurah dan tidak bakhil untuk bersedekah kepada orang lain kerana hal ini akan memberikan ketenangan kepada diri malah akan lebih disayangi oleh masyarakat kerana sesungguhnya, harta yang kita miliki terdapat hak-hak orang lain di dalamnya yang wajib kita tunaikan."

2 hari lepas sahabat aku Ila sms. "Salam. 'Ain menang peraduan Solusi hari tu ye..baru beli yang baru, ada nama 'Ain". Tersengeh aku masa tengah basuh pinggan mangkuk time tu. Seronok rasa. Walaupun saguhati je & hadiahpun biasa-biasa je, tapi tetap dapat membuatkan hati happy:) Aku dah jawab complete dah tekasilang kata yang 1st dulu, dah siap sampul & tulis alamat & letak stamp, tapi boleh terlupa nak pos.. Akupun buat lagi untuk kali ke-2. Kalini memang pos secepat mungkin. Kalau buat lambat-lambat,nanti expired plak:) Terima kasih buat sahabat-sahabatku yang membantu. Especially En.Hafes. hehe.. Hadiah kena bagi dua ke? :p

Semalam plak masa tunggu ayah solat jumaat, mak baca paper Harian Metro. Aku plak tengah sembang 'perkembangan' masing-masing dengan Cik 'Alyaa. Tetiba mak aku menjerit! Terkejut bangat aku. Tahu kenapa? Mak terpilih salah seorang daripada 5 pemenang pertandingan Poduk Nouvellis. Pertandingan tu kena cantum gambar, teka gambar apa & cipta slogan. Mudah je tang gambar dia tu cuma nak reka slogan payah sikit. Kena kreatif & ayat power sikit. Lagi plak aku ni tak guna produk tu, lagilah tak tahu nak 'puji' apa hehe~ Tapi mak kata berkat doa sebelum berbuka, berkat usaha anak-beranak kot, tu yang dapat duit $1000. Alhamdulillah. Bolehlah buat belanja nak-nak raya nanti:)
Tak sangka sangat sebenarnya akan menang. Tapi mak memang sungguh-sungguh la sertai peraduan tu. Mula-mula aku yang semangat sebab nak hadiah kereta Viva tu. Tapi tak ada rezekipun yang tu. Ada makcik tu dapat mak kata. Ni mak plak semangat try peraduan Nouvellis. Dapat kereta jugak kalau menang nanti. Yang terpilih setiap bulan ni nanti akan diadili pula untuk melayakkan dii menerima sebuah kereta:)

Panjang plak cerita hal peraduan tu. Ni ada satu je cerita sedih. Sedih yang amat menuntut pengorbaan tenaga. Huhu~ Pekerja mak yang balik Indonesia sebab ziarah anak dia sakit tu, dengar kata akan pulang selama-lamanya. Kalau datang Malaysipun, tak kerja sini dah kot. Huhu~ sedihnya saya. Makanya kenalah saya kerja dengan mak sekarang ni. Pekerja mak kiranya ada seorang jelah. Mbak Seri Indonesia tu. Huhu~ Aku bukannya tak nak tolong mak, tapi hajat hati aku nak juga cari kerja sementara yang lain. Kumpul pengalaman kerja yang berbeza. Pagi tadi aku dah dapat kerja mengajar tuisyen kat Kerteh. Dia suruh lapor diri.
Tapi tak dapatlah aku teruskan hajat. Mak langsung tak happy bila aku kata aku dapat kerja tu. Mak kata mak memang tak ada pekerja sekarang ni. Aku kena fokus tolong mak kat kedai. Sedih sangat..... huhuhuh~ Tapi aku menangis dalam hati je. Aku sedar memang aku wajib tolong mak sekarang ni. Aku kena pasrahlah dengan keadaan yang melanda sekarang ni... :( Inikan sumber rezeki aku sekeluarga. Kalau aku tak tolong mak, siapa lagi....... Sekalipun hati benar-benar sekali nak mengajar tuisyen tu.

Nak mengubat hati yang lara, akupun pergi dapur. Buat bubur jagung favourite aku..makan dengan penuh semangat. Tak tahulah berselera teiba ni sebab happy or sad.

Bubur Jagung Soalhati

**Lokasi: Warong Kak Ma**Model: Wan(pegang sudu)

Bahan-bahan:

Jagung (Aku beli jagung dalam tin tu, elok ambil sikit jagung tu & blend,nak bagi tambah rasa jagung)
Santan (Aku guna santan peket sebab tak ada mesin nyor:) semua masih tidur.
2 Nisan aka Gula Melaka (kecik je jadi tambah gula sikit)
Tepung jagung(Santan peket tak pekat jadi tambahlah tepung ni 1sudu besar)
Secubit garam
2helai daun pandan

Mula-mula didihkan air. Lepas tu masukkan santan, nisan, dan semua bahan tu one by one. Kacau sehingga sebati & sedia untuk dihidangkan :) Kalau ada sagu ke, best jugak masukkan sekali. Nyum3....


♥Apapun, aku kena tolong mak aku. Mak dah banyak sangat berkorban untuk aku. Apa salahnya aku korbankan keinginan aku yang satu ini. InshaAllah, hari-hari medatang akan ada rezeki lain untuk aku & akan ada hikmah dari kisah hari ini.

No comments:


.I ♥ Khat.





Grab A Button