CLICK HERE FOR FREE BLOGGER TEMPLATES, LINK BUTTONS AND MORE! »


Daisypath Anniversary tickers
Lilypie Angel and Memorial tickers
Lilypie Breastfeeding tickers

.Tetamu Istimewa.

02 July 2009

Kisah beberapa hari selepas grad

Assalamualaikum.

Mengidam

Hari ni bangun je terus pergi dapur. Buat puding gula hangus. Boleh dikatakan semenjak balik ni tiap-tiap hari masak sesuatu. hehe~ May be sebab puasa kot, jadi ada je 'perasaan' nak makan itu dan ini. Jadi, buatlah. Itupun kalau bahannya simple & memang dah ada kat rumah ni. Kalau kena banyak bahan, tak buat juga. Walaupun duk kedai makan yang selalu orang ingat semua benda ada, tapi tak jugak. Bagi aku kalau duk rumah yang betul-betul rumah, bukan rumah kedai, lagi senang. Mesti bahan-bahan seperti bahan nak buat kek ke, kuih muih ke, lagi ada berbanding rumah kedai macam aku ni. Sebab mak akukan berniaga kedai makan, jadi bahan-bahan banyak bahan mentahlah, ayam..daging...ikan.. kalau nak bbq, senangla. hehehe

Actually buat puding gula hangus ni sebab kak ipar ada sebut semalam. Kak kata "puding gula hangus sedap kan?" " aku kata "erm... tapi esen vanila tak dok". Tapi harini aku buat juga. Takpelah esen vanila tu :)

Puding Gula Hangus Soalhati



Merisik Khabar

Kawan-kawan seperjuangan masa kat kampus dulu (chewah, DULU tu.. padahal baru je melangkah keluar dari kampus tak sampai seminggu hehe~) ada tanya khabar aku. Soalan lazim, 'Buat apa sekarang ni?'

Nak jawab macam mana ye? :) Ok lah, buat masa ni aku kerja full time kat Warong Kak Ma as tukang buat air & tukang basuh pinggan. Restoren ni tak cukup pekerja memandangkan salah seorang daripada 2 orang pekerja Indonesianya pulang ke kampung. Anaknya sakit. Jadi aku dikehendaki kerja full time berbanding hanya part time sebelum ini. Pekerja serius tak cukup. Ada yang berminat?? :)

Hajat nak juga jadi cikgu ganti, dah aplly dah & sedang menanti jawapan :) Kalau ada kosong, bolehlah diriku menjadi cikgu sementara waktu:)

Aku juga sedang menanti result sem akhir yang lepas. 7Julai ni dapat tahulah. Harap-harap naik sikit pointer tu. Nak harap naik banyak macam susah je sebab ambil 2 subjek je, maklumlah short sem & itu je subjek yang tinggal. Sem sebelum tu result tak berjaya dinaikkan. Maintain je. Alhmdulillah maintain huhu~ Dia tak naik walaupun keputusan setiap subjek agak memberansangkan bagi aku, tapi ada satu subjek yang teruk sangat. Jadi ia telah membantutkan pointer aku untuk terus naik huhu~ Syukurlah kan.. Daripada pointer jatuh :(

Bila dah dapat final result tu, baru best sikit nak apply kerja, nak hantar resume. Apatah lagi kalau pointer naik sikit. Harap-harap begitulah. Ya Allah, perkenankanlah. Aameeen.

So itulah kisanya si soalhati ni. Tak de lah menarik sangatpun buat masa ni. Kerja tolong mak je :) Nak tolong abah kat kedai abah, dah tak larat sebab boleh kata aku dah tak bertenaga sangat nak bangun pagi-pagi & pergi kedai abah plak. Sepanjang malam memang aku berjaga. Lepas solat subuh baru aku tidur. Cukup 5 jam, bangun kembali. Begitulah setiap hari setakat ni. Tapi kala letih sangat, Dalam 3 pagi tu aku dah tidur. Huhu~ Maaf ye tauke kedai huhu~

Sekarangni pun cik Ton aku makin mebengkak. Nak telan memang sakit. Masa duk kampus, sakit datang sekali sekala je, time tension je. Ni dah setiap hari. Aku rasa sebab penat sangat kot..... Jadi effectlah kat Cik Ton.. Tak tahulah,doc kata kalu Tonsil ni menjejaskan kegiatan harian, better operate je. Urm....Still boleh bertahan (walaupun sakit! Sebab saya takut operate huhu)

Gambar kenangan

Ni masa aku habis final exam. Abah amik aku. Fequlpun ikut sekali. Lepas tu abah tinggalkan kami di salah sebuah hotel di kota metropolitan tu ecece. Mulalah kami pandai-pandai bawa diri pergi bersuka ria bertiga :) Abah ada tournament golf...2hari berjalan-jalan je kerjanya. Sangat penat. Penat stress exam & angkut barang tak hilang lagi, tambah plak penat ber'main' hehehe

Adik aku bergaya dengan spek chowkit hehehe


Tunggu train..

Sempat lagi posing sebelum ia naik & berputar huhu~
Semua benda kami main masa kat TS. Walaupun ni kali ke3 pergi, tapi still enjoy:) Ikut adik-aadik laki aku, macam nilah... Tapi bersuka riapun, time solat aku suruh depa tunaikan kewajipan dulu. So pasni kalau depa pergi lagi mana-mana tempat nak bersuka ria, depa ingat pesanan aku ni. Apapun, solat dulu:)

No comments:


.I ♥ Khat.





Grab A Button