CLICK HERE FOR FREE BLOGGER TEMPLATES, LINK BUTTONS AND MORE! »

.Tetamu Istimewa.

01 July 2009

Roti Jala & Sambal Tempoyak+Bilis Goreng

Semalam 1st time aku buat roti jala. Rasa lama dah nak buat tapi sarang tu tak ada. Sarang ke? hehe whatever.. Dapat baucer Giant hari tu akupun carilah benda alah tu (macamlah mahal sangat nak kena tunggu ada baucer baru beli hehe~). Kak ipar tolong beli pewarna kuning! So bolehla buat semalam. Mak plak emosinya sangat baik semalam. Sangat semangat memberi tunjuk ajar. Tapi yang mak paling tak menjadi jalanya hahahah... Mula-mula susah jugak nak bagi dapat 'design' yang menarik, tapi 2 3 kali buat, alhamdulillah, baru maintain sikit tangan. Tangan aku ni ketar-ketar sikit. Tak tahu kenapa. Kalau pegang pape mesti nampak macam bergetar je.... So, inilah hasilnya!


Bahan-bahan roti jala:

3 cawan tepung gandum.
3 cawan air.
Sedikit garam.
Sebiji telur.
Pewarna kuning.

Blend je semua sekali sehingga sebati. Kemudian biarkan selama 20minit.
Kemudian, ratakan sedikit minyak pada kuali(kalau kuali tak melekat, eloklah, tak payah minyak, kurang kolestrol anda (eh saya hehe). Pastu startlah menjala hehehe...

Kuah kari.

Dah pandaikan buat kari? hehe Aku tak reti sangat nak tulis cara-cara nak buat kari. Jadi, kalau ada yang ingin tahu, search kat mana-mana resipi ye :)Kari ni kami campur ubi kentang yang dipotong dadu + carrot je. Ubi ketang tu masukkan last-last sikit & biarkn sampai empuk. Nak bagi kuahnya pekat, baru sodap :)

Ni plak Sambal Tempoyak + Bilis Goreng. Betul ke nama dia ni mak? :) Yang ni paling aku suka. Memang menyelerakan sungguhlah kalau ada sambal tempoyak goreng ni + ikan cencaru goreng + nasi + Timun batang kecik! Uish sedapnya. Ni lah menu berbuka semalam :) Sambal ni, Cef Kak Ma buat hehe..

No comments:

.I ♥ Khat.




Grab A Button