CLICK HERE FOR FREE BLOGGER TEMPLATES, LINK BUTTONS AND MORE! »



.Tetamu Istimewa.

15 June 2009

Terhutang budi

Terharu rasa. Sebentar tadi aku check kantung emelku. Owh, ada emel dari Miss yang ajar aku LOP(Language of Occupation) masa sem lepas. Aku minta tolong Miss editkan resume aku. Almaklumlah, english tak berapa nak fasih hehe.. Agak lama menanti balasan dari Miss. Tapi aku sabar dan yakin Miss akan balas. Sebab Miss sendiri yang minta aku emelkan padanya dan sangat berbesar hati nak jadi my referee. Sebelumnipun ada jugak sms Miss. Macam time teacher's day, time dapat result yang baik. heehe.

Assalamualaikum Ain,

Sorry for the long silence, I've been so busy and so tired lately with 3 hour classes and such. I've looked at your resume, have corrected it - see the red parts. Remember to blacken all the font before you print it out. There's a gap in the Personal Details, I deleted some stuffs which are not necessary but cannot erase that gap between Race and Language. Another thing you need to change would be the title for the Referees and and one or two more persons. If there is anything else please tell me, more than happy to be your referee. Good luck with your job hunting

Sr. Maimunah


Sangat detailkan Miss check resume aku? Sungguh terharu. Rasa confident sikit nak submit resume. Tu baru resume, belum lagi kene panggil interview! Huhu.. Saat-saat untuk melangkah keluar dari bumi kampus ini tinggal 8 hari saja lagi. Selepas itu, aku akan mula mencari identiti diri. Huhu menakutkan pun ada. Gembirapun ada. Entahlah, perasaan bercampur baur. Mental juga perlu bersedia dengan rapi untuk menjawab segala pertanyaan saudara-mara, sahabat handai, orang kampung.. lazimnya,

"dah keluar ni jadi mende?(keluar ni jadi apa)"

"Susoh nok dapat keje kos gitu tu..."(Susah nak dapatkan perkerjaan kalau kos macam tu)

Banyak lagi lah ayat-ayat yang bisa menusuk qolbu ku sedikit. huhu. Bukan saat nak grade je, masa kat matrik lagi dah diajukan soalan-soalan sebegini. Soalan-soalan yang jawapannya adalah 'akan datang, lihatlah sendiri' Huhu...

May be sebab inilah aku diminta supaya terus mencari kerja selepas grad nanti. Tak ada nak rest 2 3 bulan macam sesetengah orang. Kerjalah dulu. Macam jadi cikgu ganti ke, apa ke.. Hm..........(aku nak rest dulu boleh??). So nanti kalau orang tanya, ada lah jawapannya... (Perlu ke consider pertanyaan orang? Yang tak tahu menahu apa-apa tentang usaha kita? Susah payah kita? Kondisi sebenar kita?)

Apapun, aku akur. Aku akan usaha sedaya upaya aku. Peluang bukan hanya ditunggu, tapi mesti dicari. Apatah lagi zaman sekarang sangatlah tinggi persaingannya... Tabahah wahai Nurul 'Ain! Akupun dah start mencari kerja sejak sebulan yang lalu. Tapi tak semua boleh apply macam tu je. Mesti nak skroll/pengakuan senat.. So tunggulah aku konvo & bersuka ria buat sehari dua dengan jubah uia tu huhu~

♥Bumi Allah maha luas.Rezeki Allah juga maha luas!

No comments:


.I ♥ Khat.





Grab A Button