CLICK HERE FOR FREE BLOGGER TEMPLATES, LINK BUTTONS AND MORE! »


Daisypath Anniversary tickers
Lilypie Angel and Memorial tickers
Lilypie Breastfeeding tickers

.Tetamu Istimewa.

17 June 2009

Mulut terkumat kamit

Assalamualaikum.
Aku baru je balik dari isi minyak. Lama betul aku tak pergi isi minyak sendiri. Hehehe. Selalu suruh orang isikan. Kalau kebetulan orang tu memang nak datang kampus. Kali ni, keluarlah pergi isi sendiri. Bukan apa, kalau setakat keluar semata-mata isi minyak, rasa berat sangat nak pergi. Lainlah kalau ada tujuan utama yang lain seperti......shopping! hehe. Nak keluar tadipun, terkumat kamit mulut ni haa.. Biasalah, ingat pesan Wan aku, nak bawak motor tu, baca sokmo.. Dari surah al-fatihah, ayat Kursi, 3 Qul..Aku ulang-ulang ayat tu untuk awal-awal perjalanan. Doa yang selalu aku baca selain doa naik kenderaan tu,

"Ya Allah, lindungi perjalananku pergi dan balik, Tingkatkan hemahku ketika memandu, tingkatkan juga hemah manusia lain ketika memandu dan jauhkanlah aku dari sebarang musibah yang tak diingini. Jauhkan aku dari berangan."
Aku sokmolah mudah berangan bila bawak motor tu. Tu yang kena doa sekali jangan berangan sangat. huhu..Makpun selalu pesan, kita ni hati-hati dah, tapi orang lain tu, manalah kita tahu. Nak-nak kita yang naik motor ni..

Aku sedar itu. Disebabkan itulah aku seboleh-bolehnya juga tak ada saja-saja keluar. Keluar kalau ada urusan je. Lagipun, setiap kali aku naik motor ni, setiap kali itulah mak aku kat kampung akan call. Macam tau-tau je kata upin Ipin. hehehe. Mulalah mak tak sedap hati & berceramah panjang lebar. Tapi aku iyakan aja, lepas tu buat lagi. Nak buat macam mana mak, anak mak ni belum mampu nak beli kereta, terpaksalah ke mana saja bertemankan AEY ni ha...

Minggu depan dah nak send AEY ke Terengganu. Abah yang uruskan proses pengeposan itu(betul ke word nih hehe). Alhamdulillah ada AEY. Rasa banyak juga jasanya sepanjang kira-kira 3bulan dia menetap sementara di sini bersamaku. Walaupun kehadiran AEY tak disenangi mak ku, atas sebab ia telah mengelakkan proses pembakaran lemak dalam badanku berlaku hohoho... Takpelah mak, nanti kita bakar lemak sama-sama pepagi hari kat Pantai Kemasik ye??? hehehehe.....

Oklah, nak gi tengok-tengok 'lobang-lobang kerja' kalau ada.. Oh ye, student kat kampus ni dah diwajibkan memakai helmet sekalipun di dalam kampus. Sir kata kampus ni ditegur atas sebab satu-satunya kampus di malaysia yang tak kuatkusakan pemakaian helmet hehehe. Jadi, mula 1 Julai 2009 ni, pastikan anda tak lupa pakai helmet before pergi kelas ye?? hehe. Mesti leceh rasanya... Paling penting, anda haruslah memiliki helmet! Jangan jadi macam aku ni, sampai nak grad nipun duk pakai helmet pinjam :)

♥ Hari Sabtu ni hari terakhir aku ajar tuisyen BI kat Pinggiran Bt. Caves tu. Oh, syahdunya..... :(

No comments:


.I ♥ Khat.





Grab A Button