CLICK HERE FOR FREE BLOGGER TEMPLATES, LINK BUTTONS AND MORE! »

.Tetamu Istimewa.

18 June 2009

Itsar

“Itsar bermaksud mengutamakan orang lain. Dalam hal mendekatkan diri kepada Allah atau mengutamakan orang lain dalam beribadah, itu hukumnya makruh. Adapun mengutamakan orang lain selain ibadah itu dianjurkan. Dalam ibadah yang dianjurkan dan disunnahkan adalah berlumba-lumba mendapatkan yang paling afdhal. Mendapatkan pahala yang paling banyak. Maka mengutamakan orang lain sangat tidak dianjurkan / makruh.”

Baru aku tahu yang kita ni kalau nak praktis itsar pun, kenalah dengan keadaannya. Kita digalakkan mengutamakan orang lain seperti keluarga, sahabat handai, jiran-jiran dalam sesetengah keadaan. Tapi dalam bab beribadat, mesti utamakan diri sendiri dulu. Dalam novel tu, penulis bagi contoh tentang air untuk berwuduk. Kalau air tu memang cukup untuk seorang je wuduk, maka kita kena ambil wuduk dulu dan biar orang lain bertayamum. Tapi, andaikata ada orang lain yang sangat haus dan memerlukan air tu, so berilah pada dia. Kitapun bertayamumlah.

Lagi satu contoh penulis bagi, kalau time nak solat, tapi telekung sembahyang tak cukup. Ada satu je. So kalau kita sampai dulu, kita mesti solat dulu. Gunalah telekung tu dulu. Ingat, dahulukan diri sendiri kalau dalam hal mendekatkan diri kepada Allah. Apatah lagi perintah yang wajib ni. Makruh kalau utamakan orang lain dalam hal ibadah ni. Kita tak boleh bagi orang lain solat dulu dan tunggu sampai dia selesai untuk kita plak guna telekung tu.

Ada lagi satu contoh yang 'menyentuh hati Soalhati' penulis ni bagi. Tapi aku tak dapat nak kongsi lagi kat sini buat masa ni. Jadi kalau geng-geng nak tahu contoh apakah itu, bolehlah baca Ketika Cinta Bertasbih episod 1, page 319 :)
Ok, tu saja aku nak kongsi. Nak balik dah ni. Tak start study lagi. hehehe
♥ Terima kasih Dinda Teha sebab tolong Kanda petang tadi. Sangat terhutang budi denganmu.
♥ Tahniah Ummi sebab berjaya dapat DPLI.Murah sungguh rezekimu...



Dapatkan Mesej Bergambar di Sini

No comments:

.I ♥ Khat.




Grab A Button