CLICK HERE FOR FREE BLOGGER TEMPLATES, LINK BUTTONS AND MORE! »



.Tetamu Istimewa.

09 June 2009

KCB

Semalam baru je aku setel baca Ketika Cinta Bertasbih. Hehehe orang lain dah berzaman baca, cerita novelpun dah jadi filem, dah nak tayang lusa, tapi aku baru khatam baca novelnya. Lama sangat dah sahabat tanya aku dah baca belum, tapi entahlah, lepas baca ayat-ayat cinta, aku jadi takut dah nak baca novel Kang Abik. Sebab apa? Sebab aku sedar diri, kalau aku baca, mesti tak dapat buat kerja lain punya. Melainkan berhenti untuk solat, makan (kalau dah gastrik) dan tidur bila dah tak boleh nak tahan kelopak mata dari bertembung yang atas dan bawah. hehehe... Tapi weekend lepas benar-benar memberi peluang aku untuk habiskan novel tersebut. Dua buah aku baca 3 hari. Ok la kan sebab aku outing pada siang harinya, abah datang KL. Sangat seronok dapat jumpa abah! Balik outing, malam harinya baca jelah sampai terlelap :)

Sepanjang baca tu..masyaAllah, aku rasa macam diri sendiri dimuhasabah plak oleh buku tu. Mujurlah ia adalah BUKU. Tak malu sangat bila nak mengaku....... Sambil baca, hati terus menerus terdetik,

"YaAllah, lama dah aku tak buat amalan tu.
Ya Allah, lama dah aku tak buat amalan ni.
Eh, kenapalah aku tak buat macam tu?
Kenapa aku tak buat macam ni.. huhuh.
O...Macam tu sepatutnya..."

Sangat menginsafkan bagi diri yang hina ini.. Aku tak mahu ulas hasil luar biasa Kang Abik, pasti ramai yang dah mengulasnya. Lagipun, siapalah aku ni nak buat ulasan ni hehehe. Bukan penganalisa bukupun..hehe.. Cuma dari apa yang aku baca, sangat banyak pengajaran yang aku dapat. Novel Kang Abik benar-benar menyentuh seluruh aspek kehidupan. Huhu..hebatnya... MasyaAllah, Allah jadikan dia sebegitu hebat dan dia sendiri pastinya berusaha keras untuk jadi hebat sebegitu...Memanfaatku anugerah Allah semaksima mungkin..

Tak sabar rasanya nak tonton filemnya plak Harap-harap sangat ceritanya tak menghampakan seperti AAC(Ayat-ayat Cinta). Diapun kata memang ikut seratus peratus novel tu. Lakonanpun 100% kat Mesir.

TBC-> Pengajaran-pengajaran yang aku dapat dari KBC (Terlupa nak bawaklah apa yang aku tulis semalam) ♥



2 comments:

Nurul 'Izzah said...

KCB daaa... :P

SoalHati said...

haisshh..mcm mana blh tertukar plaks :)


.I ♥ Khat.





Grab A Button