CLICK HERE FOR FREE BLOGGER TEMPLATES, LINK BUTTONS AND MORE! »



.Tetamu Istimewa.

28 May 2009

Kuda kepang



Aku baru sekali tengok adik aku menari kuda kepang ni. Inipun kebetulan aku balik kampung dan persembahan tu buat kat Mesra Mall depan rumah je. So bolehla pergi naik motor sambil gendong tok wan. Semangat betul Wan nak support anak cucunya ni... Akupun pelik gak entah dari mana adik aku ni boleh minat menari. Bukan kuda kepang je, zapin, gambus dan ada lagi tarian-tarian lain. Dalam kami 4 beradik, tak de rasanya yang masuk tarian-tarian ni masa sekolah dulu. Aku? Pernah la masa SRP dulu cikgu suruh menari. Tapi tarian India. huhu~ Aku tak sanggup nak pakai sari. Walaupun masa tu aku masih di zaman 'jahiliyah', tapi bab-bab pakaian yang seksi sikit ni memang bukan taste aku. Ingat lagi cikgu suruh aku masuk peragaan pakaian. Tahu pakaian apa? Orang Hawaii... yang rambu-rambu skirt dia tu. Oh tidak.... masa tu aku darjah 3 rasanya. Memang tak sanggup sebab seksi. Huhu~ Cikgu, mengapakah aku diberi watak sebegitu? hehehe.. Lastly aku tak join tarian, tapi aku masuk koir, dikir barat, tukang baca sajak.. so takdelah terdedah sangat. Masa sekolah dulu brutal sikit, tu yang tak suka pakai seksi ni. Tak fikirpun bab-bab aurat time tu.. huhuhuh~

Baru aku tahu yang adik aku ni minat menari sebab keturunan kah kah kah.. boleh tak gitu? Abah cakap masa dia mudo-mudo dulu dia wakil negeri Johor dalam tarian kuda kepang.. Fuyyo! Tak sangka betul aku. Setahu aku masa abah kahwin dengan mak, ada persembahan kuda kepang kat kenduri depa. Memang happeningla. Buat 3 hari 3 malam. Kebetulan masa tu ada persembahan budaya kat kampung mak, jadi depa raikan sekali pengantin sebab abahpun one of the member penari kuda kepang tu. Makpun kuat menari masa zaman sekolah. Hehe.. tapi aku tak sure tarian apa. Bila tengok gambar mak masa muda-muda dulu, memang adalah gambar mak pakai pakaian tradisional dengan kawan-kawannya... Merah-merah pipi sorang-sorang sebab kena makup.. :)

Apapun, aku harap adik aku enjoy dengan apa yang dia buat. Dah dia suka kan. Kita kenalah hargai. Bagi sokongan. Baru dia tak terasa keseorangan atau family members tak support. Jadi parent ni, kena luangkan masa dengan anak-anak. Kalau busy sangatpun, cari jugak kesempatan untuk menonton persembahan anak, dengar cerita anak dan lain-lain lagi. Barulah anak rasa dihargai dan disayangi... kan?kan?kan? Sekalipun maybe certain parents tak suka sangat nak join aktiviti-aktivit macam tu. Tapi, sekali sekala, turunlah padang... :) Peringatan buat diri sendiri jugak yang akan bergelar parent.. Kih3... kalau mak tahu, kenalah ni! Kahwinpun belum :p

No comments:


.I ♥ Khat.





Grab A Button