CLICK HERE FOR FREE BLOGGER TEMPLATES, LINK BUTTONS AND MORE! »



.Tetamu Istimewa.

10 March 2009

Kisah aku di hujung minggu

Assalamualaikum geng-geng semua.
Sabtu & Ahad (7-8Mac2009)

2 hari ini aku peruntukkan di STIGMA. Apa tu? Simposium Tindakan Gerakan Muslimat Muda. STIGMA diadakan di Masjid Al-Muhsinin Cheras. Innalillah, aku dan kak Lang sesat dalam 2 jam setengah untuk pergi ke sana. Kami bertolak jam 6.30 petang. Hanya berdua. Menaiki si kancil sewa. Rasa tak bersemangat pula. Kenapa? Sebab hanya 2 orang je dari bacth kami yang dapat pergi. Sedih. Tak terasa kemeriahan perjalanan kami. Ohye, campur Ummi yang dah grad, 3 oranglah. Tapi ummi pergi sendiri. Dia bertolak awal sedikit. Kami perbetulkan niat. Pergi STIGMA bukan kerana sahabat. Tapi kerana ALLAH. Bukankah apa sahaja dilakukan kerana DIA baru dikira ibadat? Sesat 2jampun dikira ibadah kalau dah niat ke sana hanya keranaNYA:)

Tahu siapa yang banyak membantu kami bagi direction? Cuba teka siapa? Ini sms yang dikirim 'beliau'... waktu ni kami sesat entah mana-mana. Dapat arahan kena pergi Mid Valley dulu...

"Masuk balik jalan depan crystal crown kuo federal highway lepas angkasapuri amik lane kiri terus midvalley."

3 minit kemudian..

"Kalau nak senang ain masuk pusat bandaraya je dia akan kuo kat bangsar dekat dah midvalley"

45 minit kemudian, kami masih sesat...

"masuk depan muzium, turn kanan jupe flyover dekat stesen k/api jupe roundabot dekat 2/stand kalang terus ke jln maharajalela dkt stadium. masuk jalan loke yew terus ke cheras. Ada sign cheras lepas bulatan loke yew. Selamat mencuba.."

Tapi kami tak ikut direction 'beliau'. Kami tak masuk jalan loke yew. Kami ambil jalan lain. Akhirnya, makin jauh kami tersesat. Badan sangat penat. Duduk sangat lama didalam kereta amat memenatkan. Tambah lagi dengan perut yang berkeroncong mahukan nasi. Cukuplah asyik makan roti dan air 100plus sepanjang ke'sesat'an ini.

Kami berhenti di stesen minyak Petronas. Ku lihat ramai pakcik teksi sedang berbaris mengisi minyak. Haa...jom kita tanya depa! Mesti depa tahu. Alahmdulillah, pakcik teksi ke2 yang kami tanya, maklum tempat tersebut. Kepadanya kuserahkan sehelai kertas dan sebatang pen. Pakcik mula melakar sesuatu. Terima kasih banyak-banyak pakcik! Inilah padahnya tak dengar cakap 'beliau' tadi.

Dalam 20minit kemudian, akhirnya kami tiba di destinasi. Alhamdulillah. Alhamdulillah. Alhamdulillah. Lega rasa. Sedang elok saat kami tiba, peserta STIGMA bakal menjamu selera. Dinner! Alhamdulillah. Saya sangat lapar....

Sekalipun jalan berliku dan penuh ke'sesat'an untuk ke sana, tapi dihujungnya saya ketemu cahaya. Alhamdulillah. Bukan untuk menunjuk-nunjuk, jauh sekali untuk membangga diri. Saya sekadar berkongsi.

Sepatutnya minggu ini saya pulang ke rumah. Tiket sudah saya beli sebulan yang lalu. Semangatkan? Saya beli awal kerana saya tahu tiket akan habis cepat. Namun cuaca tak sentiasa baik, tiba-tiba pensyarah menundakan tarikh exam pertengahan kami. Saya sedih. Teramat sedih. Sudah 2 bulan saya tidak pulang. Tidak mendapat 'charger' yang mencukupi dari 'orang rumah' saya. Tapi pensyarah bertindak sedemikian. Saya migrain. Ya, saya mudah tertekan dengan perkara-perkara yang amat saya hajatkan tapi tak menjadi realiti. Apatah lagi melibatkan janji saya pada 'orang rumah' saya dan 'homesick' yang melanda.

Saya bertindak berjumpa pensyarah saya. Seperti yang dijangkakan, usaha saya tak berhasil. Tak mengapalah, saya pelajari sesuatu darinya. Sekalipun mulanya saya sedih dan sakit hati dengan tindakan pensyarah tersebut, tapi kini saya mengucapkan terima kasih kepadanya. Saya telahpun berjumpa dengannya dan mengucapkan ''Thank you so much miss!" Dia akui dia marah dengan saya. Katanya saya tidak sepatutnya diam bila dia bertanya bolehkah dia menundakan exam tersebut. Satu kelas bersetuju. Tiada yang bantah. Katanya sekalipun saya seorang yang bermasalah dan tak dapat menangguhkan exam, saya mesti bangun dan menyatakan hak saya. Saya berHAK. Tapi saya tak lakukan itu memikirkan saya masih boleh menukar tiket saya dan pulang lewat sedikit. Ternyata, tiket sudah habis. Semua jenis perkhidamatan bas saya survey.

Pesannya, "Awak mesti perjuangkan hak awak. Bukan berdiam diri. Saya tak akan lewatkan exam kalau awak seorang saja yang tak boleh tangguh exam. Lagipun itu silap saya menangguhkan exam tersebut."

Saya redha dengan apa yang berlaku. Saya pujuk hati berulang kali. Saya kata "Pasti ada hikmah! Pasti ada hikmah!" Akhirnya rancangan untuk pulang ke kampung bersama Akuz tak menjadi. Dia pulang seorang diri. Alhamdulillah dia tidak terlajak bas kali ini. Bimbang saya andaionya dia terlajak hingga ke sempadan Thailand. Akuz..Akuz.. Saya tidak berupaya tidur awal malam keberangkatannya. Saya tunggu hingga jam 1pagi untuk menelefon dan mengejutkannya. Jangkaan saya ketika itu dia sudah tiba di Kemaman.Alhamdulillah, dia sedar dengan panggilan kali ini!

Pemergian ke STIGMA membawa seribu makna. Banyak yang saya pelajari dengan sekadar memerhati. Ya, saya sangat suka memerhatikan tindak tanduk orang. Tapi saya pastikan mereka yang saya perhatikan, tidak menyedarinya.

Di sana, saya tak berkesempatan sangat untuk menyertai slot-slot yang telah disusun rapi. Saya banyak berada di bilik komiti. Saya menyiapkan multimedia untuk SIGMA (SERIKANDI GERAKAN MUSLIMAT MUDA). Dulunya dipanggil HELWANI. Agak rumit proses menghasilkan multimedia kali ini. Bukan kerana software yang digunakan. Bukan kerana kemahiran yang kurang. Tetapi masalah bahan yang tiada. Saya terpaksa menangguhkan beberapa kali untuk menyudahkan multimedia tersebut. Komiti tersilap bagi bahan dan lain-lain lagi masalah.Saya pula mesti menghasilkan multimedia mengikut kehendak komiti program. Saya bersabar. Pasti ada hikmah!

Akhirnya, saya mengambil masa 2 hari untuk menyiapkan multimedia yang hanya memakan masa 6minit! Saya hanya tidur 2 jam di sebelah malam. 3jam saya qadha' juga diwaktu siang. Penting! Supaya saya boleh meneruskan amanah saya menyediakan multimedia tersebut.

Akhirnya lebih kurang 10 minit multimedia bakal ditayangkan, saya berjaya menyiapkannya. Semuanya dengan izin Allah. Thank You Allah. Saya bersandar di atas kerusi dibelakang sekalidi dalam dewan. Saya menonton hasil tangan sendiri bersama serikandi gerakan muslimat muda yang lain. Hasil izin Allah yang Maha Agung lagi Maha Penolong.

Beberapa orang mendekati saya. "Syabas!" " Hebatnya" "Ajarlah saya" Tahniah, sangat menarik!" "Ish..ish..terornya..""Terima kasih 'Ain..suka sangat..". Saya istighfar. Takut dengan pujian. Pujian bisa melupuskan hasil ibadat kita yang mulanya niat ikhlas kerana Allah. Pujian bisa menghapuskan pahala kerana pujian bisa menyebabkan lahirnya rasa riyak, sombong, takabbur, rasa diri hebat! Astargfirullahal 'azim. Saya mohon Allah jauhi semua ini. Apa yang saya lakukan, hanyalah dari Allah. Allah pinjamkan kepada saya 'sedikit' kepandaian untuk menghasilkan multimedia tersebut. Ramai lagi yang Allah turut berikan kepandaiaan tersebut, malah lebih dan lebih lagi dari saya. Saya syukur, saya punyai sedikit kemahiran dalam bidang ini. Saya dapat menjadi 'pengantara' olehNYA untuk menyedarkan orang-orang sekeliling dengan tanyangan-tayangan yang dihasilkan. Tapi semuanya dari Allah. Saya hanyalah 'saluran' yang Allah gunakan untuk menyedarkan, menaikkan semangat dan memberi ilham kepada hamba-hambaNYA yang lain setelah menonton tayangan tersebut...

Itu cahaya yang saya 'nampak' setelah berakhir tayangan tersebut. Sungguh, tak sia-sia saya tidak pulang ke kampung kali ini dan duit tiket saya sebanyak RM 64 hangus.

3 comments:

one-areyou said...

congratulation... Good job. Anugerah Tuhan untuk kak ain. Kehebatan yang ada pada Kak Ain tak ade pada orang lain.. Teruskan. Wahggh.. ada juga sorang lagi yang homesick gegile.. Tapi minggu ni balikkan. Kita kan dah janji nak gi KT kenduri kawin sama-sama. Pas tu kita gi jalan-jalan sama-sama plak ye..

Anonymous said...

hee.kak in.
kte balik minggu nie! :D

SoalHati said...

terima kasih ummi... ;)

inshaALLAH balik minggu ni. bersama si kakcik!!! hehehe...


.I ♥ Khat.





Grab A Button