Petang tadi... Allah pertemukan saya dengan 2 orang kawan saya. Pertemuan di waktu dan tempat yang sedikit berbeza. Namun kedua-duanya dijumpai sekitar petang tadi tanpa dirancang. Kedua-dua insan ini sebaya dengan saya. Kedua-dua orang ini lahir di negeri kelahiran yang sama.. Kedua-dua orang ini mempunyai pengalaman yang sama. Kedua-dua orang ini mempunyai ciri fizikal yang hampir sama. Kedua-dua orang inilah yang telah menceritakan pengalaman mereka dibedah!
Seorang kanser ovari. Seorang lagi masalah bahagian pundi kencing. Innalillah... lagi, lagi, lagi, besar ujian Allah buat kedua-dua insan ini. Jauhnya ujian Allah untuk saya yang hanya mungkin dibedah dibahagian tonsil. Itupun MUNGKIN. Belum pasti. Tapi kedua-dua insan ini telahpun melaluinya..... Dari A sampai Z teman saya yang mengalami kanser ovari menceritakan pengalamannya. Beberapa kali saya menggosok-gosok dibelakang bahunya... memicit-micit lengannya...Saya kagum. Saya pilu. Saya terkedu. Saya tak sangka dia menghadapi ujian yang jauh lebih perit. Setelah dia menceritakan pengalamannya dibedah sebanyak 2 kali pada tahun lepas, saya langsung menceritakan kisah sakit tonsil saya yang tak seberapa itu. Dia senyum. Banyak sekali mutiara nasihat dia hadiahkan buat saya. Sesekali saya nampak dia mengelap matanya..menyapu air mata yang bergenang. Pasti dia sendiri masih merasai keperitan menghadapi semua itu. Masih baru. Tahun lepas.
Dia bukan perit mengenangkan kesakitan yang ditanggung sahaja, tapi perit memikirkan susah payah, pengorbanan tinggi ibu dan ayahnya menguruskannya sepanjang dia sekeluarga diuji Allah begini.Saat menghadapi kimoterapi, diceritakan kepada saya satu persatu prosesnya. Ditunjukkan saya bulu keningnya yang baru tumbuh. "Semua baru ni.." katanya sambil senyum terukir. Ditunjukkan kepada saya tangannya yang penuh tompok-tompok hitam kecil. Tanda sudah banyak kali dicucuk jarum. Uratnya halus. Jadi sukar untuk doktor menemuinya. Badannya susut 11kg. Wah, andai aku yang susut begitu..
Pesannya,
'Ain jangan takut..Kuat semangat..Walaupun 'Ain tonsil je, tapi kena jaga betul-betul. Maybe boleh ada kesan lain. Saya sanggup bedah sebab saya tak tahan dah sakit perut yang saya rasa tu. Macam dicarik-carik perut ni. Saya demam 3 kali seminggu.. Bila dah buang ovari sebelah, sekarang ni saya rasa makin sihat. Walaupun saya masih dalam perhatian doktor... Tapi Alhamdulillah saya dah boleh berjalan ke kelas...
'Ain ceritalah kat mak..kumpul kekuatan untuk cerita..Memang semua ibu akan bmbang..Tapi itulah naluri ibu. Kita tak dapat elak..Sokongan keluarga tu penting..Saya jadi kuatpun sebab saya tahu mak, ayah , adik beradik, saudara mara, kawan-kawan semua sokong saya. Jaga saya..'Ain kuat semangat ye! Ceritalah nanti!
Saya mengangguk dan mohon berlalu kerana ada seseorang menelefon saya. Dalam hati saya terdetik " Allah uji mengikut kemampuan hambaNYA. Dia (kawan saya) sangat KUAT!"

No comments:
Post a Comment