CLICK HERE FOR FREE BLOGGER TEMPLATES, LINK BUTTONS AND MORE! »

.Tetamu Istimewa.

13 February 2009

Tak sangka...


Assalalamualaikum..

Macam mana nak mula ye.

Episod 1: Di klinik kampus.

Mulanya begini. Haritu kan aku dah pergi klinik kampus disebabkan batuk yang kembali menyerang setelah seminggu ia baik. As usual, doktor akan tanya kita sakit apa...

Batuk doktor...
Berapa lama dah? oo.. 3 hari baru..(dia tengok rekod kad sebab aku dah datang klinik 3 hari lepas untuk minta ubat batuk)
Bukan doktor. dah dekat sebulan saya batuk sebenarnya. lepas tu baik. tak sampai seminggu, saya batuk balik.
Biasalah tu..sebab kamu hidup dipersekitaran orang ramai batuk..saya pun batuk ni...
Hmm...
Nganga mulut..hmm.. tonsil bengkak..
Lagi satu doktor, saya selalu muntah-muntah sekarang ni. hari ni dah 2kali.
Oohh.. biasalah tu. sebab kamu batuk kuat..muntahlah.
Yelah kot.. kiranya tak de sebab lainla kan saya muntah ni..
Takde..takpe, saya bagi kamu ubat batuk yang kuat sikit supaya kurangkan muntah tu..
Ok doktor.
Ok tu je.
Terima kasih doktor...

Doktor check paru-paru, check demam, semua ok!

EPISOD 2: Perjalanan ke Greenwood

Aku, Izzah Ulfah & Ila pergi greenwood. Hajatku hanya 1. Nak beli tiket balik Terengganu cuti maulid Nabi ni. Bila? 5 Mac! hehe.. Makpun terkejut!

Allah..awalnye gi beli tiket?
Holah mok..takut abih..sokmo deghah abih..
Yelah-yelah..gi nge mende tu? naik motor la tu..!
Dok eh.orang naik bas ni...
Sungguh?
Ye...naik bas..
Gi nge sape?
Gi nge Izzah ni..
Holah, jaga Izzah molek...
Howweh...

Setibanya di Greenwood, memang aku berlama-lamaan di tempat lain. tengok hadiahla, tengok makanan la..hehe. Yang pasti, memang beli popia basah! Sangat suka! Bila dah beli tiket, dah beli sedikit barang keperluan lain, aku tanya sahabat-sahabat nak beli apa lagi. Mereka mengingatkan aku....."PERGI KLINIK!!!" Aku pergi ke hujung kedai..Ku lihat ada klinik India. Aku u-turn :) Aku beri alasan pada sahabat-sahabatku, aku tak nak pergi klinik. Klinik India je ada. Yang 2 orang tu sepakat jer kata " la, takpelah..ok je..masuklah.." huhu..Aku tak naaaakkk...! Walhal dari kecik sampai besar, memang aku deal dengan klinik India jer kat Kerteh tu. hehe... Klinik Perumal. Tak de klinik lain dah. Sampai jadi sangat akrab dengan doktor Perumal dan isterinya :)

Akhirnya aku melangkah masuk jua. Itupun setelah dipaksa 2 orang itu. Hati sangat berat! Aku tengok pekerja dia tersengguk-sengguk. Yang seorang lagi memang tidur. Ai, tak laku ke klinik ni.. Lagilah berkurangan perasaan aku nak jumpa doktor tu. huhuhu.. Disebabkan memang tak ada pesakit lain dah, so cepatlah dapat jumpa doktor..Lama jugak..Hampir 15minit kot berada di dalam...Kalau klinik kampus, tak sapai 3minit dah keluar ;p

Awak tak sedar ke awak ada tonsil selama ni? tak ada orang ke bagitau awak tonsil awak dah bengkak macam tu? (bilang doktor sambil menggeleng-gelengkan kepalanya dan memandang dengan mata yang sipi-sipi gitu)
Ada doktor..tapi just cakap " ada tonsil ni... / tonsil bengkak.. / awak kena tonsil..tak tahu plak dah bengkak macam tu..
(doktor menggelengkan kepala lagi.....akupun nak geleng gak!!! huhu)
Dia bengkak sebab apa ye doktor?
Sebab infection lah..hmm..awak tengok ni,....
(doktor pun melukis bahagian anak tekak dan rupa tonsil yang membengkak dengan jayanya tu..akupun berkata......)
Ooo..saya tak tahupun doktor.. saya ingatkan saya asyik muntah ni sebab penyakit lain.
Awak muntah berapa kali dah?
Hari ni 2kali..tapi memang setiap kali makan nak muntah.. rasa makanan tu tak jatuhpun..tersekat kat sini....
Yelah, dia dah bengkak, so dia dah sukar nak telan makanan...thats wahy u rasa tak selesa..u demam tak? (aku angguk), u sakit kepala tak?(aku angguk), u rasa tak sedap badan kan..(aku angguk) semua tu sebab u ada tonsil ni lah..
Oo..saya ingatkan saya muntah2 tu sebab ubat yang saya makan tu besar sangat & tersekat kat kerongkong!Sebab saya start rasa macam ni lepas makan ubat besar tu...yang klinik sana bagi.
Tak...mana ada..sebab tonsil bengkak..sebab tu u payah nak telan...hmmm....
So nak buat camana doktor?
Kena operatelah. orang dewasa, kalau dah bengkak macam ni, bedahlah..

Aku dah tak sanggup nak dengar penerangan doktor. Banyak juga yang doktor terangkan lagi lepas tu. Aku mohon doktor bagi cara lain. Aku tak sanggup. Hakikatnya aku TAKUT! Masa nak minor operation gusi dulupun aku dah kecut perut tak tahu nak kata, nikan pulak nak operate kat anak tekak tu..huhuhu..Aku terkejut sebenarnya. Aku tak sangka kes ni sampai tahap ni. Aku ingatkan gejala demam, muntah-muntah, sakit dada, semuanya sebab sakit biasa..sakit dada, sukar bernafas aku terasa sangat masa pergi program di Cheras 2minggu yang lepas. Pelik. Rupanya laluan pernafasan dah sempit.. :(

6 comments:

Liyana Safra said...

hmm,tonsil,nk bedah mmg takut,tp...it's the best way kalau dah truk,sbb my pakcik dulu pun sakit cmtu,die bedah dan Ok,if tak,sgale mcm lagi kesakitan akan blaku...plus,bnyakkan minum air masak,jgn makan pedas,take care!

Cahaya Mata Kemuliaan Agama said...

tulah Lily..'Ain buka banyak site gak smlm cari info pasal tonsil n baca pengalaman org yang dh kene bedah..
rata2 sume ckp kesihatan lebih baik lepas bedah..
tak selalu demam dah, x batuk dah, x sakit kepala dah..

yang tak bedah tu, mmg byk komplikasi lain..huhuhu

Apapun, sy takut..sy nak try ubat ni dulu..tengok seminggu ni makin ok tak... doakan!

hkmhzhr~ said...

masyaAllah..
bistu cemane nie? kesiannye k.ain.
hm.

Cahaya Mata Kemuliaan Agama said...

camane? kesimpulannya skrg kene makan ubat lah..huhuhu perkara paling tak suka. tak suka. tak suka.
sapelahr suka mkn ubat kan..

n 1more kakcik, tak leh mkn pedas..tak leh berais(due2 ni sukar utk ku amalkan), takleh kene hujan, tak leh panas sangat..
hehehe jadi puteri la sayer..

MofiR said...

smoga ain sihat dan selamat...
saya rasa elok ikut nasihat doktor tu...
apa2 pun, buatlah keputusan yg terbaik utk diri sendiri...

syafakillah...

Cahaya Mata Kemuliaan Agama said...

terima kasih dekmat!
apa kata dekmat try dulu...?
hahaha

.I ♥ Khat.




Grab A Button