CLICK HERE FOR FREE BLOGGER TEMPLATES, LINK BUTTONS AND MORE! »



.Tetamu Istimewa.

22 January 2009

Sementara menanti result PRK

Dah 4.30petang. Setengah jam lagi Polling Station tutup. Mengantuk dah aku tercongok kat tepi Soca Lab. Aku bertugas dari jam 8.30pagi-10pagi. Bila adik-adik dah datang, terus aku cabut. Pergi mana? Pergi qadha' tidur. hahaha teruk betul! Hajatnya balik tadi nak prepare untuk presentation kelas Social Change petang ni.. Tapi tiba-tiba sangat sakit gigi huhu... Sepatutnya aku buat rawatan akar setahun lalu. Tapi aku tangguh(ignore sebenarnya) memandangkan kos agak yang agak tinggi. Apatah lagi waktu tu aku dah belanjakan hampir 500 untuk pembedahan gusi, rawatan akar, tampal dan lain-lain. huhu... hanya kerana 2 batang gigi yang sakit, sebanyak itu ku lihat duitku 'terbang melayang' huhu... Tapi mak marah sangat kalau cakap macam ni! mak kata kalau dah sakit, biarlah habis duit banyak manapun. Asalkan kita sihat.. Mak, sakit gigi datang semula ni! huhu... Aku tetap pergi kelas social change jam 2petang tanpa sebarang persediaan. Sakit sangat... Tak larat nak baca. Alhamdulillah, madam Pute kata kelas terpaksa cancel madam ada kerja penting. Silakan madam..Jangan serba salah nak cancel kelas hehehe...

Semalam aku berkempen bagi pihak temanku di KAED. hm..Kempen kali ni personally aku tak rasa kemeriahannya. Tak tahulah kenapa. Maybe sebab student KAED tak ramai stay kat bilik time aku pergi. Depa ada HALAQAH kata roomates depa. Tapi mana yang aku dapat jumpa dan bagi cenderamata tu, sangatlah terharu mereka dibuatnya. Sampai tanya "Betul ke nak bagi kat saya ni? Untuk saya ke?" Lantas roomates yang kos lain merasa cemburu. hehehe... Nak bagi juga ke kalau kos lain? Huhu sayangla.... Sorry yep!

Kejap lagi dapat tahu result election! dup dap dup dap.... Tapi kita tawakal sajalah kan. Menang kalah memang adat. Tapi bila menang, ada petandanya. Bila kalahpun begitu. Dua-dua punyai HIKMAH yang Allah nak ajarkan pada kita. Teruskan saja pengharapan pada Allah. Apa yang akan diumumkan nanti, itulah yang terbaik buat kita! bismillahitawakkal alallah walahaulawalaquwwata illa billahil aliiyilazim... hasbunallahu wani'mal wakil...

Ikutkan hati nak balik terus malam ni! Nak balik Terengganu. Tapi...apakan daya. Mana ada tiket! Esok malam inshaAllah pergi Kelantan.. hmmm.... semangat nak ke Kelantan tak berapa wujud plak sekarang ni. Entahlah, mungkin sahabat2 senegeriku tak ikut sama, jadi tak semangat mana..huhu.. Tapi bila fikir balik, biarlah, bukan selalu ada peluang macam ni. Pergi rombongan kahwin ramai-ramai naik bas dari kampus! nanti dah grad, mesti rindukan saat2 begini.. Daripiada aku kempunan, baik aku pergi je! Aja! Aja! (nak pergi kelantanpun nak kena push semangat..hehehe malas nak berjalan jauh senarnya dan sangat homesick... :( )

No comments:


.I ♥ Khat.





Grab A Button