CLICK HERE FOR FREE BLOGGER TEMPLATES, LINK BUTTONS AND MORE! »


Daisypath Anniversary tickers
Lilypie Angel and Memorial tickers
Lilypie Breastfeeding tickers

.Tetamu Istimewa.

26 January 2009

Hadiah percutian tak sampai sehari di Kelantan


Alhamdulillah, ini kali ke3 aku ke 'Klate'...kami bertolak dalam 10.30malam. Walaupun perjalanan mengambil masa hampir 9jam, tapi kerana semangat setiakawan, kugagahi jua. hehe.. Aku dan Ila seperti biasa berjaga sepanjang malam... Sampai ke beberapa tempat je aku terlelap dalam 5-10minit. Dah masuk kelantan, aku paksa jugak diri tidur. Esok nak pergi kenduri! Mana boleh tak tidur malam ni! Nanti ada yang tak ceria sebab mengantuk :) huhu.. Alhamdulillah, dalam 6.40pagi, kami selamat tiba di Masjid Mukim Ketereh. Kami tunaikan kewajipan kepadaNYA di sini. Tak berapa lama kemudian, bodyguard kak Erni aka adik-adik lelakinya yang 'mudoh basso' datang ambil kami. 2 kereta. Of course aku duduk depan seperti biasa hehe.. Tapi segan juga dengan adik kak Erni. Walaupun tahu dia lagi muda tapi tetap segan. Senyap sepi sepanjang perjalanan menuju ke rumah kak Erni. Lagipun, subuh-subuh hari ni, tak lalu nak cakap banyak...... Fennat naik bas..... Sampai rumah kak Erni yang unik itu (sebab ada 2 rumah. dua-dua duduk bertentangan) rumah yang kami check in rumah kat atas ni. Memang kami 9orang ni jelah memenuhi ruang kosong rumah tu. Family kak Erni semua duduk rumah 1 lagi. Terharu plak dilayan sebegitu. Segan pun ada.... Rasa menyusahkan lagilah ada..walaubagaimanapun, aku tetap teruskan niatku untuk qadha' tidur! Tapi sarapan dulu hehehe... dalam 9pagi........zzZZZZZ....... sampai 10.30pagi.

"Bonde..bonde..bangun bonde...yang lain dah bersiap nak gi kenduri nih....."

Kami pergi 3 buah kereta. Ambil kak Ac dulu kat area dekat dengan Pantai Timur... Rasanya pantai timur ni shopping complex kot. Sebab kak Ac cakap dia beli hadiah kat sini. Kami tak sempat pergipun..sebab masa keluar rumah dah jam 12.30 tengahari... Janji dengan 'isteri orang tu' nak datang jam 11 :)

Taraaa...!!! Comel kan? Ayu sangat kak hasna aka kak senaa;) Tak perlu mekap tebal-tebal. Lipstic kak sena tak pakai. Dia cantik semulajadi dah! Macam ayat dalam iklan tu "awak tak perlukan saya...muka awak dah cantik..." hihihi...


Ha.. Inilah husband kak Sena... Abe Fadhil heheh marah kak Sena panggil husband dia 'abe' :p maaflah tak dapat ambil gambar mereka yang lebih proper.. Ramai sangat nak bergambar. Kami tunggu turn dan curi2 lah ambil gambar. Tapi aku tahu mana nak dapat gambar yang baek punyaaa......Paknye! Dia bawak camera canggih aritu... Gambar Tok Guru pun dia snap entah berapa belas kali hehehe. Semangat sungguh! Bagus! Bonde nak ye paknye!!! Ohye, Tok Guru Nik Aziz datang sekejap masa kenduri kak Sena.. Terkejut gak. Terharu dapat tengok Tok Guru dari jauh..Yelah, ramai muslimin kerumun... Masa tu hujan lebat juga. Takkan nak serbu sekali kui3.... Oh! Nilah 1st time aku jumpa Tok Guru secara live!

Ni dia...Rombongan cik kiah! eh tak...cik Erni..selaku tourist guide! :)

Kak Senaa ajak bergambar dalam bilik...fuh..Kami yang dikatakan Paih 'overweight' naik atas katil pengantin dengan segan silunya tapi tetap bergaya bergambar. hehehe.... mentang-mentang la u tak cukup weight...sampai hati u cakap kat i macam tu. tape, i akui. hahaha... Ha, masa nipun gambar tak proper...Nanti kita minta dengan insan yang bawa camera canggih itu! sabar ye... :)


5pm, kami berlalu dari rumah kak Senaa... Kami pergi masjid dekat Pantai Irama. Usai tunaikan kewajipan, kami ke pantai beramai-ramai. Semua anak-anak lelaki dan perempuan pergi pantai Irama. semangat la pulak mereka ni nak tengok pantai.. Aku pantai belakang rumah jer.. hehehe.. Tapi bila pergi ramai-ramai dengan 'adik beradik' ni lain rasanya... Bermakna sekali! Rasa seronok sangat walaupun hanya 20minit kami lepak kat sana. Makan udang celup tepung, makan fish ball, udang ball, dragon ball..:p minum ABC .. Aku plak kempunan nak rasa CPT... huhuhuhu...... Kak Erni kata kat pantai ada jual..Aku cari2 tak adapun sebenarnya.. Kak Erni!


Around 6.05pm, kami terpaksa balik. 'bapak' dah call..bising2 suruh balik.. Tadi dia yang ajak pi pantai. Ni dia yang sibuk nak balik cepat. Kami semua ke 'rumah tumpangan kami ' semula. hehehe... Dinner, prayer, lepas tu berkemas untuk berangkat pulang ke tanah air masing-masing:) Ada 2 stesen. 3 orang ke Jalan Hamzah. 6orang ke Terminal Langgar... Masa ni dah jam 8pm. Waktu 'berlepas' paling awal jam 9malam. Apa lagi, rempit la kak Erni dan sekali lagi, adiknya yang 'mudoh basso' bersusah payah menghantar kami :) terima kasih dik mudoh basso...hehehe.

Aku tiba-tiba rasa sayang sangat nak balik..ecece.. tapi, betul ni! Mula2 kan aku rasa berat nak pergi. Tapi tak sampai sehari berada di klate, macam-macam sweet moment yang kulalui. sangat seronoklah 'percutian' kali ni! Aku isytiharkan percutian sebab kurasakan rombongan kahwin kali ini bukanlah sekadar memenuhi undangan perkahwinan, tapi lebih kepada ENJOY LEPAS HABIS PRK! hehehe....

Aku paling last naik bas. Sepatutnya jam 10malam tapi bas tiba jam 10.30malam. Tak ada 'anak-anak' yang nak melambai bonde 'Ain sebab Bonde 'Ain orang terakhir naik bas... Tiba di rumah jam 4.30pagi. Alhamdulillah......

Special thanx to Kak Erni, Kak Naim, Ila, Asma, Aidah, Wani, Amalina & Syahid... Paknye, Paih, Pakdin, Luqman, Jumin, Khair, terima kasihlah 'menemani' perjalanan kami ke Kelantan dari jauh hehehe... lain kali kita buat rombongan sebegini lagi :)

10 comments:

Salsabila said...

best kan gi bercuti dengan 'adik-beradik'... cuti sem lps sy n 'adik-beradik' gi bercuti di penang. seronok, boleh eratkan ukhuwah n tambah pengalaman manis :)

p/s: nnt kenduri k.in, jemputla sy... hihi~

MofiR said...

waaa... bestnya...

makan bola-bola ikan... udang... huhu

x de rezki nk p klantan kali nie... coz balik rumah...

Anonymous said...

waa meriahnye...
jie pun letak gmbr walimah k.na dlm blog, hehe...

SoalHati said...

salsabila
wah..gi penang..penah gi skali baru masa lawatan skolah dulu hik3..
inshaAllah, kalau dah sampai turn kak in, kak in decorate kad kawen tu n 'tepek' kat blog ni:)

mofir
jgn sedih2..bulan 3 ni kenduri kak sara plak. bolehla belayar ke klate lagi. hehehehe

gie,
mmg meriah. sampai rasa sayang nak balik ganu..tapi tetap balik! kih3

Nurul 'Izzah said...

Owoh3..banyoknye laaa gambo :p Walaupun diriku tak dapat ke sana, namun sesuatu milikku telah kuwakilkan untuk ke sana. Apakah ia? Haha :D :D :D

SoalHati said...

mestila izzah ulfah...nanti akan datang kalau panjang umur, bolehla belek2 gambar kat blog ni..kenang-kenangan..ehehe...ikutkan hati nak letak semua, tapi tak boleh..bahaya..hehe..jadi letak mana yg proper je..

kiriman anda juga telah selamat sy sertakan skaligus dengan kiriman2 anak2 lain :)

MofiR said...

letak la smua gambar tu..... hehe... :D

SoalHati said...

mofir ni makin dh grad makin menjadi....

nak kene piat ngan rotan buluh kasap ni!

Asiyah said...

Eh, gambo gue pun ade? Ini bagus punye blog! Hehe.. Next time, jmputla ke teratak gue pulak ye, bunde 'in..

SoalHati said...

amboi3..nak kene letak pic 'gue' banyak2 lah gini hehehehe..
nak gi sgt umah kak ac...tapi masa x mengizinkan. lenkali deh. setakat ni yg terdekat walimah kak sara. kalu tak de pape2, blh la gi n numpang umah kak ac plaks. eh, tupun kalu kak ac ade..huhu


.I ♥ Khat.





Grab A Button