CLICK HERE FOR FREE BLOGGER TEMPLATES, LINK BUTTONS AND MORE! »



.Tetamu Istimewa.

07 November 2008

'Double M'

Assalamualaikum

Hari ni...best! sebab apa? sebab Wan datang sekali dengan family Asu(panggilan untuk Pak su aku). semestinya sepupu-sepupu aku yang masih kecil datang sekali. riuhlah sekejap rumah ni. sempat melayan karenah Danial. umur 2tahun lebih. manja betul dia dengan aku kali ni. mungkin sebab abang dan adik aku kelihatan agak malas nak melayan budak-budak ni petang tadi, jadi akulah tempat dia berkata itu dan ini.. aku turuti saja..memang suka kanak-kanak! plannya nak pergi Mesra Mall sama-sama. tapi Asu nak balik cepat. muncung aje mulut budak-budak tu sebab tak dapat nak bersuka ria lama-lama sikit. akupun sedih. ingatkan dapatlah tidur dengan budak-budak tu malam ni, tapi tak sampai asar, mereka dah balik. hmmm....

Aku tengok mak kemas bahagian tepi rumah dengan kakitangan2 ofisnya. sangat banyak barang-barang yang tak diperlukan dan mesti dibuang. ya, memang aku tengok je. sebab yang membantu dah ramai. jadi kalau aku tolong sekali, pasti menyempitkan ruang je. hehehe.

Malam...pelanggan agak ramai. mak panggil aku untuk buat air. wokkeh! no problem. sekalipun pekerja mak dah 5 orang..apa? 5 orang? biar betik? ya, memang 5 orang. seblum aku balik, dikhabarkan mak mengalami krisis pekerja yang sangat meruncing. aku tidak teragak-agak untuk pulang seketika. aku ada gap for the last paper about 4 days! itu yang aku tetiba je blah dari kampus tu. aku tak sampai hati dengar cerita mak. kerunsingan melanda agak lama. pekerja seorang cuma. mana sempat!!! banyak hari kedai terpaksa hentikan operasi berniaga. tapi, sebaik saja aku tiba di rumah, ku lihat mak baru saja menerima 2 orang pekerja Thailand. lelaki. seorang berkahwin seorang bujang. 2 hari kemudian, mak menerima lagi pekerja Indonesia. perempuan. dua-dua janda. kesimpulannya, khidmat percuma yang aku berikan pada Warong Kak Ma selaku pembuat air tersedap di Kemasik terpaksa kuhentikan. aku harap buat selama-lamanyalah. hahaha.. aku boleh ubah fokus. membuat persedian untuk hari bersejarah sahaja. tak perlu lagi 'main air'. hehe.. tapi time 'sibuk' aku kena tolong juga. biasalah, pekerja baru, dalam proses nak adapt dengan suasana 'pejabat' yang baru.

lepas isya', abang dah menyatakan rasa laparnya. tapi tak tahu nak makan apa. ye, walaupun beribu-ribu resipi ada, tapi kami masih nak mencari kelainan. ecece.. apalagi, terus ajak abang pergi double M. abangpun pelik. Abang bertanya,

''amende double M?"
"la...Mesra Mall lah..nak sebut MM payah..jadi sebut double M. awak dok tahu ke selama ni orang sebut gitu?"
"la..yeke? dok tahu plok. 'Ain tahu mane?"
"la..mestilah saya tahu..dah saya yang reka....hehehehe"
"ces!"

Tiba di tempat parking..aii..macam kenal je kenderaan tu. ya, tak syak lagi. itulah 'kereta kebal' abah. ada peluang abah belanja ni. hahaha.... sah! memang sah! sampai je, terus abah bagi duit dan belanja kami. of course la kan kami bawa duit sendir. tapi, save budget...hehehe..rezeki jangan ditolak!

DitakdirkanNYA, bertemu pula 'Alyaa sekeluarga. hehe seronok2..dah nama shoping complex kat kampung sendiri, mestilah jumpa ramai yang dikenali. best3. walaupun double M tu taklah sebest shoping complex lain, tapi bagi aku oklah. atleast ada juga tempat untuk kami orang kampung Kemasik ni nak membeli belah, nak melancong melencong. taklah nak shoping je kena pergi Kemaman. kalau budak-budak muda, ramailah beratur naik bas sebab nak pergi jalan-jalan kat Kemaman. sekarang dah terbina double M, tak payahlah pergi jauh-jauh. jalan kaki je dah sampai. tepi sekolah depan rumah aku je. hehe...paling suka, ada Popular Bookstore! yeeehaaa!! bolehla aku lepak kat situ lepas ni.... ajak 'Alyaa sekali:)

No comments:


.I ♥ Khat.





Grab A Button