CLICK HERE FOR FREE BLOGGER TEMPLATES, LINK BUTTONS AND MORE! »


Daisypath Anniversary tickers
Lilypie Angel and Memorial tickers
Lilypie Breastfeeding tickers

.Tetamu Istimewa.

07 November 2008

Persiapan





Assalamualaikum.

hari ni bangun jam 8.30pagi. tidur 2jam setengah je. terus bersiap-siap nak ikut mak ke Kemaman. so many things to do today. 1st, of course pergi isi perut dulu. hehe. mak paling tak suka kalau naik kereta cakap ''laparlah...". jadi akupun tukarlah dialog tu. kata ''ish, bakpe pedih je perut pagi-pagi ni. rasa kosong je.." itupun mak marah. mak kata kalau dalam perjalanan tak boleh kata lapar. tapi 'Ain tak kata lapar. kata pedih perut je. hehe. kenapa tak boleh cakap lapar? mak kata kalau nak makan, nanti sampai destinasi tu, nampak kedai makan, baru kata ''ha, jom singgah makan dulu..''.

1st station,pasar.makanpun area pasar jugak. settle beli barang sikit kat pasar, kami ke butik perkahwinan. di sini, banyak juga beli. kotak bekas telur, plastik nak letak cenderahati tu, bunga telur dan aku, beli rama-rama yang disulam. cantik sangat! nak buat apa? aku nak tepek kat laptop. hehe.

next station, kami ke kedai borong. beli gula-gula. banyak juga. semalam abang dah beli apolo cake kat sini. tersengih je amoi tu. sukalah tu ada pelanggan tetap ni. kami meneruskan agenda ke butik perkahwinan lagi satu. yang ni best! sebab bila masuk je kedai tu, bukan setakat aircond nya yang dingin dan nyaman, tapi siap ada background music..lagu uji rashid dan hail amir...fuh...layaaann... memang syoklah. dah rasa macam esok je kahwin. hahaha. kat sini, beli beg-beg kertas, dan.. tu je rasanya. tak banyak sangat. lagipun kat sini mahal sikit barang-barang dia. kami just melilau2 tengok decoration hantaran pengantin. siap ambil gambar lagi. hehe. nak cilok idea ni.. tak salahkan? abang sampai geleng kepala tengok aksi mak dan aku.. ''Allahu akbar dua beranok ni...dalam ni pung nak posing amik gambo! puas cari tadi..."

hehe. aku memang suka ambil gambar ni. apatah lagi kalau mak plak semangat jadi modelnya. hehe. last, kami berangkat pulanglah. dah jam 12.45tengah hari. sangat panas. tak tahan dah aku. cair make up ni. haha...tak pakai make up pun. bedak Safi mak punya jer..eh, ada lagi 1 tempatlah. kami ke center point plak. kat sini beli kain untuk kenduri sambut menantu nanti. warna tema? PURPLE!!! hu..paling tak suka. tapi apakan daya, kena beli jugaklah...Izzah suka sangatlah colour ni. hmm.. nanti datang pakai purple tau. dah banyakkan collection pakaian warna purple:)

sampai rumah dalam 2.30petang. solat. qadha' tidur...zzzZZZ....:)

*** Gambar mak dengan bunga-bunga tu dah macam kat oversea je. musim bunga. hehe. mak kata nanti tulislah LA. padahal kat Kemaman je. hehe..

No comments:


.I ♥ Khat.





Grab A Button