CLICK HERE FOR FREE BLOGGER TEMPLATES, LINK BUTTONS AND MORE! »



.Tetamu Istimewa.

01 October 2008

lebaran penuh kesederhanaan


BERLALULAH SUDAH RAMADHAN

Alhamdulillah. 1 syawalku rasakan telah diraikan dengan sebaik mungkin. Alhamdulillah. Mulanya soalhati tak bersemangat mana nak raya. Yelah, rasa banyak kekurangan dilakukan sepanjang Ramadhan 1429H ni. Tapi apa mampu soalhati lakukan? Hidup mesti diteruskan. Amalan mesti diteruskan dan dipertingkatkan lagi. InshaAllah. Pesan buat soalhati dan semua teman juga. Lagi satu faktor kesayuan hati soalhati ni..hmm..perkara dah menjadi suratan hidup. Takdir. Soalhati tak dapat elak. Jadi kena redha dengan semua ketentuan Ilahi. Kena kuatkan semangat! Hari raya mana boleh nangis!!! Bassyyaaaakkk!!!!


MALAM RAYA
Malam raya, macam-macam kami buat. Faham-faham jelah bila dah semua sanak-saudara berkumpul ni. Riuh…..! best sangat! Soalhati antara orang paling banyak dan kuat cakap. Ha. Percaya tak? Hehehe. Sampai pagi syawal, serak-serak lembap dibuatnya. Malam raya, kami main mercun, abah bagi! Nak buat macam mana kalau abah dah bagi. Kenalah main. Dari jauh lagi soalhati sound kat adik supaya lari cepat-cepat bila dah pasang api tu. Baca bismillah dulu. KEBABOOOMM!!! Haha. Tak adelah bunyi macam tu skali sebenarnya. Tapi bestla, time mercun yang 16 das tu.. semua duk ‘’fuyo!’’. Dah macam makhluk DG soalhati tengok.


Ayampun wan dah tangkap. Ha, gagah perkasa tak tokwan soalhati? Haha. Wan kejar 2 ekor ayam sorang-sorang je. Malam tu wan dapat gelaran ‘’Heroin Ayam’’ hehehe. Wan kejar ayam dalam reban je. So senangla. Sekali pegang dah dapat! kih3...


Badie (abangku) menjadi cameraman setia malam tu. Manakala soalhati pula pengacara rancangan Expose Mistik tersebut! Mistik kehilangan ayam yang telah disembelih. hehe. Ayam lari lepas kepala dah putus sikit. Mujur jumpa akhirnya setelah krew kami membuat siasatan ditempat kejadian, di belakang rumah Wan.


Asy hadu an laailaha ilallah….wa asyhadu anna muhammadar rasulullah……….


Eh, ni nak sembelih ayam ke orang ni Badi?


Ayam, mintak maaflah, kamipun tak sampai hati ni. Hari tu dah buat kenduri tahlil untuk sedare ngkau. Kali ni engkau pulak. Sabarlah ye. Dah lumrah hidup ayam macam tu. Apa boleh buat…huhu..


Petot..petot..petot..bunyi ayam sebelum disembelih. Hu..kesian pulak. Tapi dalam-kesian-kesianpun, esoknya akulah orang pertama rasa gulai ayam tu. Huhu


Satay pun dah setel cucuk. Dapatlah dalanm 350 cucuk satay. Malamnya, as usual soalhati imsomnia lagi. Tapi oraitla. Ada citer best malam tu. Hehehe.


Pagi 1 Syawal 1429H


' Jemaah haji' yang baru selamat pulang ke Felda Seberang Tayor. kih3..


Sessi yang soalhati paling suka!!! klik3!!!

"Ampunkan salah silap saya bang.. nak duit raya jugak.. bagi tebal-tebal skit.."

My Family yang ceria sokmo. tapi sayang, 3 gambar yang sepupu amik, semua blur!!! wa!!


Cucu sulong Wan.

Kaum Adam control macho hehe

Kaum Hawa yang manis-manis belaka.

ALL! Tapi ada 1 keluarga tak dapat balik kali ni. Sebelah mak macam nilah. Tak ramai sangat. tapi keriuhannya sampai mengganggu orang surau. huhuhu...

4 daripada 5 adik beradik mak Soalhati . Mak punyalah terharu sebab semua peluk dia...

Cucu sahaja dibenarkan masuk. ok, semua cakap, "KAMI CUCU WAN...!"

Angah(Mak Saudara, Soalhati, Abang dan Apis- sepupu yang selalu tarik rambut aku masa kecik!!!)

Menzirahi pusara arwah Ayah (panggilan untuk datuk sebelah mak)

6.10 petang.





2 comments:

Nurul 'Izzah said...

terserlah keORENanmu..kwang3 :p Makcik Ma pun oren wuhu.suspek2 :D

SoalHati said...

haha..ko perli aku yer..tahun ni lah palinh x mikir skali baju raye kaler mende. sapa dumoh, mok kate baju x siap lagi. lusa nk raye, baru siap. tupun 1 je. lagi 2 x siap lagi sampailah raye ke 5 ni..simpan wak raye ajilah gamaknye....

makcik ma kaler hijau lumut la cik izzah..oren tu warna tema fmly makcik..hehe. tiba2 i termasuk skali ngan fmly dieorang hehe..

tudung raya i pun mak bli mase mlm raye. hehehe....


.I ♥ Khat.





Grab A Button