CLICK HERE FOR FREE BLOGGER TEMPLATES, LINK BUTTONS AND MORE! »



.Tetamu Istimewa.

17 August 2008

AKRAB PERSAHABATAN

Persahabatan yang sejati adalah idaman ramai insan. Sahabat merupakan gandingan yang diperlukan bagi menyempurnakan tuntutan kehidupan.Dengan adanya sahabat sejati maka kita dapat menyempurnakan tanggungjawab sebagai muslim samada urusan yang bersangkut dengan ALLAH ataupun sesama manusia.

Oleh itu peliharalah " ADAB PERSAHABATAN"

1. Saling mengutamakan kepentingan sahabat, berbanding diri sendiri dalam perkara-perkara yang difikirkan wajar.Hendaklah seseorang yang lebih kemampuan, dapat meringankan beban sahabatnya apabila ditimpa sesuatu kesulitan.
Contoh - Pernahkah kita bertanyakan masalah sahabat kita?

2. Bekerjasama dan bantu membantu.
Contoh - Pernahkah kita mengirim top-up walaupun RM 1 sekiranya kita tahu sahabat kita kehabisan kredit tel bimbit.

3. Amanah dalam menyimpan rahsia ataupun sebarang kelemahan atau kekurangan sahabat.
Contoh - adakah kita pernah menceritakan pada pihak ketiga apabila ada sahabat telah meminta menyimpan rahsia.

4. Cermat menjaga tutur kata agar sentiasa dapat saling menghormati peribadi atau pendirian masing-masing.
Contoh -Adakah kita akan berkata "tak palah mungkin dia ada hal yang lebih penting" apabila sahabat kita terlewat daripada masa yang dijanjikan.

5.Memanggil nama yang disenangi oleh sahabat apabila berinteraksi. Berilah penghargaan yang lazim disenanginya.
Contoh - Pernahkah kita memberikan ucapan tahniah dengan kata-kata yang disenanginya sebaik saja sahabat telah berjaya menguruskan sesuatu program.

6. Memahami dan memaafkan sahabat dalam hal-hal tertentu. Hadapilah dengan cara yang tenang dan berhikmah.
Contoh - Adakah kita bersangka baik apabila sahabat kita tidak dapat menjalankan tanggungjawabnya dengan sempurna.

7.Sering mendoakan sahabat agar sentisa memperolehi petunjuk ALLAH dalam menunaikan amanah memelihara keluarga.
Contoh - Adakah kita mendoakah sahabat kita dalam doa kita. Adakah kita menyebut nama mereka satu persatu.

8.Tidak memutuskan rasa persaudaraan walaupun setelah ketiadaanya.
Contoh - Pernahkah kita menziarahi kelaurga yang ditinggalkan.

9. Bertimbang rasa dan sentiasa peka dengan tidak membebankan sahabat terhadap sesuatu tanggungjawab yang sulit.
Contoh - pernahkah kita mahu bersama-sama memikul tanggungjawab tersebut.

10.Mendahului memberi salam apabila bertemu,dan menyediakan tempat baginya ketika menyertai sesuatu majlis.
Contoh - Biasakah kita memberikan tempat duduk kita kepada sahabat yang terlewat dan adakah kita orang yang yang terakhir apabila menjamah makanan apabila bersama.

11. Hargai dan hormati kehadirannya kesuatu majlis dengan turut menemaninya jka mahu beredar atau mengundur diri.
Contoh - Biasakah kita menemani sahabat yang pulang dari rumah kita sehingga hilang dari pandangan mata.

12. Saling mempunyai persefahaman yang baik apabila berkomunkasi.Menjadi pendengar yang baik. Berusahalah untuk menjawab segala pertanyaanya.
Contoh - Berapa kerapkah kita memotong cakap sahabat kita

"Seorang Mukmin dengan Mukmin yang lain itu bagaikan satu bangunan yang mana sebahagian mengukuhkan sebahagian yang lainya"
(Bukhari & Muslim)

sumber:http://dmpbkatil.blogspot.com

6 comments:

venty i.p said...

Assalamu'alaikum wr.wb.
Alhamdulillah.........saya suka sekali membaca artikel ini. salam kenal dari saya.
Wassalamu'alaikum wr.wb

SoalHati said...

waalaikummussalam wbt venty indah..
salam kenal juga dariku, soalhati:)

Anonymous said...

ya ALLAH..
kiranya Rasul-MU hidup bersahabat,
kurniakan jua aku sahabat,
tapi..
biarlah sahabat-sahabat dari lorong-lorong yang membenarkan-MU
seperti kebenaran As-Siddiq,
biarlah sahabat dari pintu-pintu ilmu-MU seperti Ali,
biarlah sahabat dari kemuliaan Khadijah yang kau cipta sebagai pasangan kekasih-MU.
ya ALLAH..
Kiranya semua itu tidak layak bagiku,
Aku bersyukur dipertemukan dengan sahabat yang satu ini,
mungkin padanya ada segalanya yang tidak pernah aku selami,
mungkin padanya letaknya apa yang aku impikan selama ini...

semoga kite dapat menjadi sahabat yang baik buat sahabat kite.=)

SoalHati said...

(adakah kata-kata 'anonymous' ditujukan buat soalhati?)
sungguh terharu sekiranya benar sekiranya sekadar perkongsian, tetap rasa terharu kerana sudi berkongsi di sini.
moga kita dapat jadi shbt yang bermanfaat utk shbt kita...

selalulah berterima kasih kepada shbt..kerana bila kita berterima kasih kpd manusia, itu tandanya kita bersyukur kepada Allah..

Nurul 'Izzah said...

sesegar...hijau daunan..
begitulah kita diibaratkan..
tiada siapa yg bisa memisahkan kita..
antara kita semua..

Hehe..jom nasyid sama2! :p

(`_^)v

SoalHati said...

teringat zaman muda2 dulu bila nyanyi lagu tu :p


.I ♥ Khat.





Grab A Button